Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)
Showing posts with label penyelidikan. Show all posts
Showing posts with label penyelidikan. Show all posts

Friday, April 24, 2009

jom awet muda dengan BUDU




MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang. Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka. Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, boleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang?










Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) membuktikan ia mampu direalisasikan.

Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.

Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan."Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.

"Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.

Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis. Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara. Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan. Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu. Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.

Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan. "Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi."Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan. "Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan.

Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya. "Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan."Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan. "Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.

"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya. Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabkan terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.

Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik. "Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan. "Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan," katanya.

Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak. Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.

"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka. "Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.








Budu


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.



Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.






nak tahu lagi ? dapatkan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu

Sunday, May 25, 2008

temubual bersama Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM)

BAB halal-haram sentiasa menjadi topik perbincangan umat Islam terutama produk industri makanan kerana ia akan menjadi darah daging manusia. Berikut adalah hasil temubual wartawan UTUSAN MALAYSIA, MOHD. RADZIMOHD. ZIN dan jurufoto, BAIZURA HARUN bersama Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr.Yaakob Che Man pada 6 Mac 2007 bagi mengulas mengenai kedudukan industri halal negara.

*UTUSAN MALAYSIA: Apakah status industri makanan halal negara?*
*PROF. DR. YAAKOB:* Salah satu objektif Pelan Induk Pembangunan Ketiga(IMP3) 2006-2020 adalah menjadikan Malaysia sebagai hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan halal. Malaysia mempunyai kelebihan dalam pembangunan industri halal kerana kita adalah negara Islam moden yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka. Selain itu, negara mempunyai infrastruktur fizikal dan institusi yang berupaya menyokong inisiatif dan program bagi membangun serta mempromosi industri ini. Masyarakat Islam sering keliru kerana ramai yang beranggapan produk halal ini hanya makanan sahaja. Sebaliknya, industri ini termasuk sektor perkhidmatan seperti logistik, pembungkusan, penjenamaan dan pasaran. Ia juga meliputi produk farmaseutikal, dandanan diri dan kosmetik, kewangan dan sebagainya. Pada tahun 2005, saiz pasaran dianggarkan berjumlah RM1,371.6 per kapita untuk perbelanjaan makanan halal bagi 26.1 juta rakyat Malaysia dengan saiz pasaran sebanyak RM21.2 trilion. Industri ini melibatkan operasi 'ladang ke meja'. Ini mewujudkan hubungan baru dalam rantaian nilai terutama logistik, pelabuhan, perkapalan, penghantaran, kemudahan pengendalian dan gudang. Semua ini kini muncul sebagai bidang yang menguntungkan dalam pasaran halal global.

Bagaimanakah keupayaan negara dalam mengeluarkan sijil halal kepada bahan-bahan pemprosesan bagi tujuan komersial?
Pelbagai negara pengeluar dan pengeksport makanan utama sedang mengambil inisiatif mendapat keuntungan daripada potensi pertumbuhan pasaran global terhadap produk dan perkhidmatan halal. Mereka tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran produk dan perkhidmatan halal tetapi juga persijilan halal. Malaysia adalah negara yang membangunkan sistem persijilan yang kukuhberasaskan standard MS1500:2004. Ia dibangunkan oleh Jabatan StandardMalaysia dan diwartakan pada Julai 2004. Ia diiktiraf oleh banyak negara termasuk negara di bawah Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri bermuafakat mengeluarkan sijil halal kepada perniagaan yang mematuhi standard tersebut. Prosedur Jakim ini adalah sistem yang mantap dan memenuhi semua aspek pengeluaran makanan dan sejajar dengan standard lain yang dibangunkan oleh negara luar.

Adakah perlu negara mempunyai pusat khas atau badan yang mengesahkan status halal sesuatu produk?
Setiap negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam wajib mempunyai pusat dan badan khas bagi mengesah dan memantau pengeluaran dan pemasaran produk halal. Ini bagi mengelakkan sebarang anasir yang mencemar kandungan produk tersebut terutama dari segi perlabelan dan nutrisinya. Kita sewajarnya menjadikan ayat 168 surah Al-Baqarah sebagai pemangkin untuk menghasilkan produk halal lagi baik. Rasulullah s.a.w juga bersabda, "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya." (riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim). Selain itu, pusat sebegini boleh dijadikan tempat rujukan kepada syarikat bagi mengesahkan kandungan sesuatu produk sebelum boleh dipasarkan.

Adakah negara sudah cukup persediaan dari segi kepakaran tenaga dan kelengkapan untuk pengesahan status halal ini?
Negara masih kekurangan dari segi sumber manusia, teknologi dan kewangan dalam bab ini. Oleh itu, IPPH berperanan menyelidik dan membangunkan teknik supaya lebih berkesan untuk mengesan kehadiran komponen haram seperti lemak dan daging khinzir dalam makanan. Beberapa teknik telah dibangunkan dan antara kaedah yang sedang dibangunkan ialah kaedah instrumentasi, kaedah pengesanan berasakan DNA dan kaedah kromatografi. Proses menaiktaraf dan peningkatan perlu bagi mewujudkan makmal yang mempunyai akreditasi pengesahan halal di seluruh negara. Dalam masa yang sama, kita perlu menjalin kerjasama dengan badan berkaitan untuk mencari pendekatan yang lebih praktikal, tepat, cepat dan mengikut peredaran masa. Sebab itu, adalah penting para ulama fikah dan ahli sains duduk semeja bagi mencari titik pertemuan dalam agama dan sains untuk produk halal ini. Kalau kita rujuk semula kepada halalan thoiyiban (halal lagi baik), halalan itu adalah merujuk kepada aspek agama contohnya dari segi penyembelihan dan penyediaan. Thoiyiban ini pula melibatkan ilmu sains seperti makanan itu tidak mengandungi bahan merbahaya seperti asid borik atau ganja dan lain-lain. Ini juga penting dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam terutama di kalangan para saintis. Setakat ini, kita telah membangunkan beberapa kaedah saintifik pengesahan produk halal.Makan dan minum yang halal adalah isu utama bagi orang Islam.

Sejauh mana ketepatan pemeriksaan status halal yang diguna pakai setakat ini?
Prosedur pemeriksaan status halal Jakim adalah mantap. Walaupun terdapat pelbagai tuduhan yang kurang manis dilemparkan kepada Jakim, sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam bab ini, saya mempertahankan Jakim. Malah, mereka telah melakukan yang terbaik selama ini. Yang menjadi kelewatan dalam mengesahkan produk halal ialah ketiadaan kepakaran dan makmal oleh Jakim. Ini menyebabkan mereka bergantung kepada pihak lain seperti Jabatan Kimia untuk mendapatkan keputusan analisis. Bagaimanapun, Jakim dan badan berkaitan kini dalam proses penambahbaikan dan memantapkan lagi dari segi input dan analisis. Jakim dan Jabatan Standard Malaysia juga dijangka akan mengumumkan standard halal yang baru berkaitandengan produk dandanan diri dan kosmetik halal sedikit masa lagi. IPPH membantu dengan membangunkan beberapa teknik pengesanan menggunakan Spektroskopi Penukaran Fourier Inframerah, Hidung Elektronik, KalorimeterImbasan Pembe zahan dan teknik biologi molekul iaitu Tindakan BerantaiPolimerase (PCR) dan Enzyme Linked Immunorsorbant Assay (ELISA).

Sejauh mana hendak memahamkan pengusaha bukan Islam dalam aspek kandungan dan pengendalian halal. Ini kerana fahaman mereka halal cuma tidak mengandungi arak dan khinzir?
Tanggapan tersebut memang betul. Itulah yang selalunya berlaku apabila kami mengadakan perbincangan dengan orang bukan Islam. Malah di kalangan orangIslam pun ada yang tidak memahami bab ini dengan baik. Masalahnya, hampir 90 peratus pengeluar makanan negara adalah bukan Islam. Pendek kata, kesedaran tentang kandungan dan pengendalian makanan halal oleh golongan ini masih belum menyeluruh. Contohnya, bukan Islam menganggap makanan halal adalah selain khinzir sedangkan terdapat banyak isu seperti ekstrak dari haiwan itu digunakan dalam industri makanan seperti gelatin, enzim untuk menghasilkan keju dan minyak dalam coklat. Bagi masyarakat Islam pula, alkohol semuanya haram. Walhal bukan semua alkohol haram. Yang memabukkan sahaja adalah haram. Tapai yang kita makan itu pun ada 8 peratus alkohol tetapi ia bukan haram. Kita akan mempunyai peralatan untuk menganalisis alkohol dan kajian terperinci akan dibuat untuk menangani permasalahan ini. Sebab itu adalah penting untuk ulama terutama yang mengeluarkan fatwa dan ahli sains sama-sama berbincang agar seia sekata dalam hal ini. Lagi pun banyak perkara sains disebut dalam al-Quran.

sumber : http://www.mail archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg07430.html

kit pengesan daging babi (dalam makanan)