Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Tuesday, June 15, 2010

Status Tindakan Ke Atas “Flashing Candy” Buatan Negara China - 10.02.2010



Flashing' candies merangkumi Kidsmania Pirate Flash Pop, Kidsmania Blink Pop, Kidsmania Baby Flash Pop dan Kidsmania Flash Pop Mini yang dikeluarkan oleh Syarikat Zhaoqing Kidstar Toys Manufactory Ltd., China telah ditarik balik dari pasaran di Singapura.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sememangnya KKM tidak membenarkan pengimportan dan penjualan sebarang produk makanan yang merbahaya kepada kesihatan. Dalam hal ini, KKM telah meletakkan produk tersebut dan juga produk yang mempunyai ciri-ciri yang sama daripada Negara China dan juga Negara-Negara lain pada Tahap Pemeriksaan 6 (tidak dibenarkan dibawa masuk)melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM).

Produk makanan tersebut mempunyai mentol bercahaya (Light Emission Diode – LED) yang disaluti dengan kandi dan sekiranya mentol ini pecah dan tertelan oleh mereka yang memakannya boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang membahayakan kesihatan. Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan-makanan seperti ini tidak dibenar dijual kepada orang ramai kerana mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan dan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

No comments:

kit pengesan daging babi (dalam makanan)