USM cipta pengesan daging babi
PULAU PINANG 1 April - Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui kaedah mudah, murah dan cepat bagi membezakan antara daging ayam dengan daging babi. Menggunakan alat 'spectrophometer' dan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose', daging kedua-dua haiwan itu akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.
Seseorang hanya perlu mengambil secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan untuk diuji. Campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya. Menggunakan alat 'spectrophometer', julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi.
- mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi
- ujian tidak sampai dua jam
- kos gula ribose ini adalah RM15 bagi empat gram
- spectrophometer berharga serendah RM10,000
sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0402&pub=utusan_malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm&arc=hive
Lebih kuasa kepada Jakim kuat kuasakan sijil halal
KUALA LUMPUR 6 April - Isu restoran tidak halal yang sengaja menggajikan wanita bertudung dan memaparkan ayat-ayat al-Quran di premis mereka dengan niat mengelirukan pelanggan Islam akan diatasi dengan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, pindaan berkenaan memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melakukan pemeriksaan terhadap restoran tidak halal yang bertindak sedemikian.
''Pindaan ini juga membolehkan Jakim merampas barangan dan menggeledah premis yang menyalah guna logo halal.
''Sebelum ini, Jakim tidak mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan secara bersendirian sebaliknya perlu menumpang operasi yang dijalankan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya menjawab soalan tambahan Taib Azamudden Md. Taib (Pas-Baling) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Produk bihun, laksa Twenty-Twenty halal
POKOK SENA 8 April - Twenty-Twenty Food Industry Sdn. Bhd., ahli Kumpulan Bernas, menafikan bahawa syarikat tersebut terlibat dalam pengeluaran produk makanan seperti bihun dan laksa yang tidak halal sebagaimana disiarkan menerusi sebuah laman blog, baru-baru ini.
Pengarah Urusannya, Tan Sey Lai memberitahu, ini kerana syarikat tersebut tidak mempunyai kaitan langsung dengan kilang yang memproses dan mengeluarkan bihun dan laksa tidak halal tersebut.
"Syarikat kami memproses dan mengeluarkan sendiri bihun dan laksa menggunakan jenama kami sendiri, tidak langsung mempunyai urusan perniagaan dengan syarikat yang disiarkan dalam blog berkenaan," kata beliau.
sumber :
Jadi pusat rujukan industri halal
IPOH 15 April - Kewujudan Pusat Guna Sama Halal Perak bakal meletakkan negeri ini sebagai pusat rujukan industri halal negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya komited untuk menggerakkan secara besar-besaran industri halal tersebut berdasarkan potensi yang dimilikinya.
''Ia merupakan pusat informasi dan perkhidmatan penyelesaian setempat kepada para pelabur untuk industri halal. Fungsinya membantu dan memudahkan usahawan berkaitan pensijilan halal.
''Kita berharap pendekatan strategik yang dilakukan dapat meningkatkan industri ini sekali gus berpotensi dalam membantu perkembangan ekonomi rakyat dan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah Pembangunan Pusat Guna Sama Halal Perak di sini hari ini.
p/s : Tahniah kerajaan 'Non-Halal'
sumber :
Halal: Sasar RM1b pelaburan
IPOH 15 April - Perak menyasarkan kewujudan 3,000 atau kirakira 20 peratus syarikat berstatus sijil halal dengan nilai pelaburan sekurang-kurangnya RM1 bilion menjelang 2015 (p/s : harap-harapnya kerajaan pun bertukar kepada yang Halal nanti).
Pengerusi Perak Halal Corporation Sdn. Bhd., Kapten (B) Datuk Mohd. Najmuddin Elias berkata, pihaknya menggariskan tujuh komponen utama sebagai teras pembangunan industri terbabit.
Komponen tersebut yang mempunyai sumber bahan mentah bukan sahaja mencukupi tetapi juga halal, menyediakan pusat pemprosesan atau pusat halal dan pemasaran yang sistematik.
Selain itu, mementingkan integriti daripada segi piawaian logo halal, keperluan modal, pembangunan modal insan serta membangunkan pusat maklumat dan direktori industri halal.
''Fungsi utama kewujudan pusat ini adalah memimpin dan menggerakkan industri halal di negeri ini secara terancang dan bersifat global," katanya pada majlis pelancaran Pembangunan Pusat Guna Sama Industri Halal Negeri Perak di sini hari ini.
sumber :
KERAGUAN PADA SIJIL HALAL
SAYA tertarik dengan cerita berkaitan sijil halal untuk restoran-restoran di negara kita, termasuklah barangan makanan. Sebagai contoh, ada sebuah kopitiam yang diasaskan di Perak dan kini telah jadi sebuah rangkaian kopitiam yang besar di seluruh negara, malah ada iklan di televisyen. Logo halalnya tertera besar di pintu-pintu masuk kedai mereka, tapi bila saya menelefon pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Perak, mereka kata tidak ada rekod kopitiam ini diberi sijil halal. Mungkin diberi atas nama lain. Jadi inilah masalahnya. Bagaimana kami nak pastikan kesahihan sijil halal ini?
sumber :
Hanya 20 miliki sijil halal
PULAU PINANG 18 April - Hanya kira-kira 20 daripada 100 hotel yang beroperasi di Pulau Pinang ketika ini mempunyai sijil pengiktirafan halal bagi penyediaan makanan dan pengurusan dapur dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Bagaimanapun, selebihnya masih tidak memiliki sijil halal termasuk ditarik balik lesen halal tersebut disebabkan gagal mengikut prosedur yang ditetapkan.
Perkembangan itu amat membimbangkan kerana ketika umat Islam semakin gemar berkunjung ke hotel untuk menikmati makanan enak, sebahagian besar pengusaha hotel pula mengambil sikap tidak kisah dengan keperluan sijil halal tersebut.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal (JHEAIPP), Faizal Ibrahim, berkata, kebanyakan yang ditarik balik sijil halal adalah hotel bertaraf empat dan lima bintang yang didapati memasukkan ramuan tambahan yang tiada logo halal atau meragukan ke dalam masakan mereka.
"Kita telah melakukan siasatan di beberapa hotel sejak awal tahun ini dan mendapati, tukang masak hotel berkenaan memasukkan cuka wain dan sos sushi yang diimport dari Jepun untuk disajikan kepada pengunjung.
sumber :
MIHAS: Jualan disasar naik 20 peratus
KUALA LUMPUR 20 April - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 peratus sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2010 yang diadakan pada sepanjang Minggu Halal Malaysia (MHM) Jun ini.
Tahun lalu, MIHAS berjaya meraih jualan serta merta berjumlah RM226.4 juta dan potensi jualan sebanyak kira-kira RM3 bilion tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Noharuddin Nordin yakin sasaran itu mampu dicapai memandangkan keadaan ekonomi yang bertambah baik selain meningkatnya penyertaan daripada pempamer.
"Dijangka lebih 600 peserta dari 30 negara akan mengambil bahagian dan sehingga kini kami telah pun menerima 88 peratus tempahan petak pameran," katanya.
sumber:
Tanda halal tidak diiktiraf Jakim
TEMERLOH 25 April – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesan banyak kopitiam dan premis francais di negeri ini menggunakan tanda halal yang tidak diiktiraf pihak berkuasa agama.
Sehubungan itu, Penolong Pengarah Unit Penguatkuasaan Halal Bahagian Penyelidikan JAIP, Noridzuan Abdul Manan meminta pemilik premis terbabit segera memohon tanda halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) sebelum sebarang tindakan diambil ke atas mereka.
Ini kerana, tegas beliau, pihaknya akan melancarkan operasi pemeriksaan dalam masa terdekat ini bagi membendung penggunaan logo halal yang tidak diiktiraf itu.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan terdapat banyak premis terutama kopitiam dan syarikat francais menggunakan tanda halal yang dikeluarkan syarikat swasta,” katanya.
sumber :
Halal: Persaingan makin sengit
KUALA LUMPUR 28 April - Meningkatnya persaingan global dalam menembusi pasaran industri halal menunjukkan dunia memperakui potensi besar produk dan perkhidmatan halal.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Noharuddin Nordin berkata Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam perlumbaan itu dan perlu kekal menjadi pusat halal dunia.
"Sekarang terdapat pencabar di Abu Dhabi, Brunei dan juga Paris. Jepun dan China turut mula berkecimpung dalam industri halal selepas melihat potensi pasaran globalnya.
"Kami akan mengekalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sebagai tapak pameran halal ulung dunia terutamanya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan halal Malaysia kepada dunia," katanya pada sesi perbincangan MIHAS 2010 bersama media di sini hari ini.
sumber :
Dim sum halal Seri Dinar
IPOH 28 April - Dim sum memang sinonim dengan masyarakat Tionghua. Makanan yang dikukus atau digoreng itu memang menjadi santapan yang enak sepanjang masa.
Hari ini, makanan tradisional yang berusia ratusan tahun itu bukan sahaja mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat Cina, tetapi turut menjadi kegemaran masyarakat Melayu.
Namun ramai yang bimbang untuk menikmati makanan itu kerana status halalnya yang diragui.
Menyedari hakikat tersebut, Mahmad Khalid Mohd. Yazir, 58, memberanikan diri untuk menceburkan diri dalam perniagaan itu dengan menghasilkan sendiri dim sum.
sumber :
No comments:
Post a Comment