Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Monday, June 21, 2010

Minggu Halal Malaysia bemula hari ini!


Alhamdulillah, buat kesekian kalinya Minggu Halal Malaysia menjengah semula untuk tahun ini dengan tiga acara besar Halal Malaysia iaitu World Halal Forum (WHF)(21-22 Jun), World Halal Research (WHR) (23-25 Jun) dan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) (23 - 27 Jun).

Maklumat lanjut, sila layari :
1. MIHAS - http://www.halal.com.my/
2. WHR - http://whr.hdcglobal.com/index.php
3. WHF - http://www.worldhalalforum.org/main.html

Moga integriti Halal terus dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dan moga tahun ini Minggu Halal tidak lagi dicemari insiden-insiden yang non-Halal yang menjijikkan. (2009)

Friday, June 18, 2010

Awas dengan Gabungan - Pakatan Kurma dan Barisan Kismis

Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali

Diriwayatkan dari Jabi bin Abdullah al-Anshari r.a, bahwasanya Nabi saw. melarang membuat minuman dengan mencampurkan kismis dengan kurma dan busr (buah kurma sebelum matang) dan kurma kering, (HR Bukhari [5601] dan Muslim [1986]).

Diriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, bahwasanya Nabi saw. melarang membuat minuman dengan mencampurkan kurma dengan kismis dan busr (buah kurma sebelum matang) dengan kurma kering, (HR Muslim [1987]).

Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Jangan kalian membuat minuman dengan mencampurkan kurma yang hampir matang dengan kurma yang sudah matang. Jangan kalian buat minuman dengan mencampurkan kismis dan kurma. Tetapi pisahkanlah keduanya pada tempatnya masing-masing'," (HR Bukhari [5602]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. telah melarang meminum minuman campuran kurma dan kismis, kurma mentah dan matang. Lalu beliau bersabda, "Minuman tersebut dibuat pada tempat terpisah," (HR Bukhari [1989]).

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata, Nabi saw. telah melarang mencampurkan kurma dengan kismis dan kurma mentah dengan kurma matang, lalu beliau menuliskan surat kepada penduduk Jurasy yang isinya melarang mencampurkan kurma dengan kismis," (HR Muslim [1990]).

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, bahwasanya ia pernah berkata, "Dilarang membuat minuman dengan campuran kurma mentah dan kurma matang, kurma dan kismis," (HR Bukhari [1991]).

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. melarang membuat minuman dengan campuran kurma hampir matang dengan kurma matang, karena itu adalah bahan pembuat khamr pada hari diharamkanya khomr," (HR Muslim [1981]).

Kandungan Bab:

1.Haram hukumnya membuat membuat minuman dengan bahan campuran kurma dan kismis atau campuran kurmah mentah dan kurma matang. Hal itu dikarenakan zat yang memabukkan itu lebih cepat muncul pada minuman campuran sebelum menimbulkan buih sehingga peminumnya mengira minuman itu belum memabukkan, padahal sudah.
2.Sebagian ulama berpendapat, larangan tersebut dikarenakan ada kaitannya dengan pemborosan. Pengaitan ini sangat jauh dan perlu ditinjau kembali. Sebab syariat mengizinkan jika masing-masing dibuat secara terpisah dan tidak membedakann antara sedikit dan banyak. Kalaulah larangan tersebut dikarenakan pemborosan tentunya syari'at tidak melarangnya secara mutlak.
3.Boleh meminum air kurma, anggur, kismis dan kurma mentah apabila dibuat secara terpisah berdasarkan hadits hadits Abu Sa'id, ia berkata, "Barangsiapa minum jus maka minumlah minuman kismis saja, atau kurma matang saja atau kurmah mentah saja," (HR Muslim [1987]).




Demikian juga dengan hadits Abu Qatadah yang tercantum dalam bab ini.

(sumber : http://tokguruent.blogspot.com/)






p/s : hebatnya Rasulullah S.A.W. dalam bab penjagaan pemakanan.

Sejarah memberi iktibar : Siri 1




"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari masa ke semasa meningkatkan keberkesanan pemantauan logo Halal agar tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Bagi
jangka pendek JAKIM sedang meningkatkan ciri-ciri keselamatan bagi logo Halal seperti menggunakan bar code yang membolehkan orang ramai membuat aduan dan mengesan penyalahgunaan logo Halal tersebut melalui sistem SMS. Sistem pengesanan atau pemantauan melalui bar code ini akan disiapkan pada penghujung tahun ini. Di samping itu juga, JAKIM sedang berusaha untuk menambah pegawai secukupnya bagi tujuan pemantauan.

Bagi jangka panjang JAKIM sedang menetapkan memantapkan:
(i) Portal Halal ialah satu laman web JAKIM yang memaparkan maklumat-maklumat mengenai halal seperti permohonan persijilan halal, aduan halal dan direktori halal bagi memudahkan orang ramai mengetahui senarai syarikat-syarikat yang mempunyai sijil pengesahan halal yang sah;

(ii) Portal Halal JAKIM mempunyai rangkaian dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan sebagainya;
(iii) Sistem E-Halal iaitu sistem permohonan persijilan halal secara online oleh syarikat-syarikat yang ingin memohon bagi kategori produk ataupun barangan gunaan, premis makanan atau rumah sembelihan.
"


(Jawapan lisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin apabila diajukan pertanyaan oleh Dr. Junaidy bin Abdul Wahab, ahli parlimen Batu Pahat bagi menyatakan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang sedang dan akan dilaksanakan di dalam memastikan penyelewengan logo atau tanda halal tidak berulang, Dewan Rakyat, Parlimen ke-11, Penggal ke-2, Mesyuarat ke-2, Bil. 35, pada hari Isnin, 11 Julai 2005)

Tuesday, June 15, 2010

Status Tindakan Ke Atas “Flashing Candy” Buatan Negara China - 10.02.2010



Flashing' candies merangkumi Kidsmania Pirate Flash Pop, Kidsmania Blink Pop, Kidsmania Baby Flash Pop dan Kidsmania Flash Pop Mini yang dikeluarkan oleh Syarikat Zhaoqing Kidstar Toys Manufactory Ltd., China telah ditarik balik dari pasaran di Singapura.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sememangnya KKM tidak membenarkan pengimportan dan penjualan sebarang produk makanan yang merbahaya kepada kesihatan. Dalam hal ini, KKM telah meletakkan produk tersebut dan juga produk yang mempunyai ciri-ciri yang sama daripada Negara China dan juga Negara-Negara lain pada Tahap Pemeriksaan 6 (tidak dibenarkan dibawa masuk)melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM).

Produk makanan tersebut mempunyai mentol bercahaya (Light Emission Diode – LED) yang disaluti dengan kandi dan sekiranya mentol ini pecah dan tertelan oleh mereka yang memakannya boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang membahayakan kesihatan. Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan-makanan seperti ini tidak dibenar dijual kepada orang ramai kerana mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan dan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Friday, June 11, 2010

Cuka Wain : Ada apa pada nama

Pengenalan
Almaklum, apabila ada saja seminar atau bengkel Halal diadakan, ada saja isu-isu panas yang dibangkitkan. Terbaru ialah isu berkenaan fatwa pengharaman penggunaan cuka wain dalam makanan yang mewarnai dunia makanan Halal untuk bulan Mei 2010 ini melalui Seminar Penerangan Fatwa Hukum Cuka Wain yang diadakan.

Menurut Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid, masih ramai masyarakat umum yang kurang prihatin malah ada yang tidak faham langsung berhubung larangan penggunaan bahan itu dalam penyediaan makanan halal meskipun fatwa mengenai pengharamannya telah dibuat sejak 4 tahun lepas lagi. Apa yang membimbangkan, pengawalan bahan itu dalam makanan di kalangan pengusaha dan pengeluar makanan termasuk di hotel-hotel adalah sukar dilakukan kerana ia merupakan bahan yang sukar dikesan. Bahan ini digunakan pada makanan seperti penyediaan pencuci mulut, bahan perap daging, salad dressing, mustard, jeruk, sos, kek dan biskut yang mana fungsinya termasuklah supaya makanan yang dihasilkan tahan lebih lama atau mungkin juga bagi tujuan menyedapkanya.

Cuka (Vinegar1) adalah cecair asidik yang dihasilkan melalui proses fermentasi etanol dengan melibatkan penggunaan asid asetik sebagai bahan asas utama. Secara tipikal, kepekatan asid asetik dalam lingkungan 4% hingga 8% untuk table vinegar dan boleh mencecah sehingga 18% bagi pickling2. Cuka semulajadi mengandungi sejumlah kecil asid tartarik, asid sitrik, dan asid-asid lain.

1 Perkataan "vinegar" diambil daripada perkatan Perancis lama (Old French) iaitu vin aigre, yang bermaksud wain yang masam (sour wine)
2 Makanan yang melalui proses pengawetan makanan secara fermentasi anaerobik di dalam larutan brine (air garam) untuk menghasilkan asid laktik atau memerap dan disimpan di dalam campuran asid (biasanya cuka)

Cuka telah dikenali manusia sejak dahulu kala yang mana ianya dihasilkan oleh pelbagai bakteria penghasil asid asetik (rumus molekul : CH3COOH / rumus empirik : C2H4O2), dan salah satu sumber asid asetik ialah hasil sampingan dari pembuatan bir atau wain. Dalam industri makanan, asid asetik digunakan sebagai pengawal keasidan (Keasidan (pKa) asid asetik ialah= 4.76 pada 25 °C).


Proses penghasilan cuka wain
Melalui proses fermentasi, jus anggur ditukar kepada minuman beralkohol dengan kehadiran yis. Yis akan bertindak balas dengan gula di dalam jus anggur untuk menghasilkan etanol (biasanya dikenali sebagai etil alkohol, dan karbon dioksida (sebagai by-product). Sekiranya melalui proses lanjutan seperti pengoksidaan, etanol yang dihasilkan ini akan dioksidakan kepada asetildehid dan seterusnya dioksidakan kepada asid asetik atau cuka wain, bergantung kepada bahan dan keadaan.


Fatwa3
Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain)
Tarikh Keputusan: 4 Apr, 2006
Tarikh Mula Muzakarah: 4 Apr, 2006
Tarikh Akhir Muzakarah: 6 Apr, 2006
Oleh: Muzakarah Kali Ke-73

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain). Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggunakan Cuka Wain (Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

3(Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wine-vinegar-cuka-wain)


Perbincangan lanjut yang diperlukan
Kita mestilah memahami asas kepada keputusan pengharaman itu.

Pertamanya ialah nama dan istilah wain itu sendiri yang boleh membawa kekeliruan dan membawa kepada konotasi bahan yang haram seperti mana istilah bak kut teh (dikaitkan dengan sup babi), hamburger (dikaitkan dengan burger babi) atau hot dog (terjemahan langsung membawa maksud “anjing panas”)

Kedua, kita perlu memberi penghuraian yang lebih lanjut bagi campuran bahan luar sehingga menyebabkan cuka wain itu haram. Ia supaya berlaku adil kepada realiti dan pihak industri.

Rasionalnya dalam industri, memang secara sengaja dimasukkan bakteria asid asetik agar hasilnya dimana alkohol secara pastinya akan bertukar menjadi cuka. Misalnya menyediakan 10 tong untuk dijadikan cuka wain atau cuka asli, jika kita membiarkan proses tersebut berlaku secara tabie tanpa dikawal atau diinokulasi secara sengaja, tidak dapat dipastikan sama ada proses fermentasi tersebut akan menghasilkan cuka atau ia akan akan rosak akibat daripada pencemaran bakteria lain.

Ketiga, perkara yang diambil perhatian termasuklah memberi penjelasan perbezaan antara proses penghasilan alkohol dan arak (khamr). Kerana jika arak ditambah, walaupun pada kadar yang sedikit, sekali-kali tidak memenuhi keperluan halal.



p/s : komen dan penambaikan amat dialu-alukan.

Info lanjut cuka wain:
1. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cuka-wain-haram-kata-mufti-selangor/
2. http://www.bernama.com/kpdnhep/news.php?id=497479&lang=my
3. http://www.selangorkini.com.my/my/berita/12486
4. http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/fatwa_haramkan_cuka_wain_perlu_kajian.html?date=2010-06-01
5. http://www.wisegeek.com/what-is-wine-vinegar.htm
6. http://en.wikipedia.org/wiki/Vinegar
7. http://www.wine-tastings-guide.com/how-to-make-wine-vinegar.html

Thursday, June 10, 2010

Jihad kuasai industri halal

2010/03/04

BARU-BARU ini, saya diundang menyampaikan ceramah di Seminar Halalan Toyyiban di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seminar anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu salah satu pengisian di dalam Kempen 1Malaysia 1Halal bertujuan meningkatkan kesedaran dan keprihatinan pengguna terhadap sijil dan logo halal Malaysia yang dikeluarkan Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.

Antara lain seminar itu bertujuan menjelaskan prosedur dan keperluan Sijil Halal Malaysia serta memanfaatkan geran dan insentif yang disediakan oleh kerajaan dalam pembangunan industri halal. Ia juga mampu dijadikan platform kepada peserta seminar meneroka peluang bisnes dalam industri halal dengan mewujudkan peluang pasaran dan memberi khidmat nasihat kepada usahawan dalam klinik usahawan untuk menyelesaikan isu berkaitan industri halal.








Saya menyampaikan kertas kerja bertajuk “Bisnes Halal Satu Jihad kerana sedar pentingnya umat Islam sama-sama terbabit dalam bidang ini. Sempena Maulidur Rasul, saya juga menarik perhatian peserta seminar terhadap hakikat betapa bisnes adalah satu sunnah, dengan mengambil contoh Rasulullah sebagai seorang ahli bisnes amanah dan berjaya sebelum menjadi Rasul.

Kegagalan menjadikan bisnes sembilan persepuluh sumber kehidupan menyebabkan umat Islam terus tercicir. Demikian juga kegagalan menghayati dan merealisasikan seruan Islam agar menjadi umat ‘alyadul ulya’ iaitu ‘tangan di atas’ atau ‘tangan memberi’ yang lebih mulia kedudukannya daripada ‘tangan di bawah’ dan ‘tangan yang meminta-minta’. Bisnes halal cukup luas pengertiannya dalam konteks kehidupan hari ini. Pengarang The Halal Journal, Kamarul Aznam Kamaruzaman mentakrifkan logo halal sebagai ‘bukan setakat menjamin produk tidak mengandungi apa yang telah Allah haramkan, ia mesti menjadi tanda bukti produk berkenaan dikeluar oleh syarikat yang berbisnes mengikut cara yang penuh etika dan berakhlak.’ Di situ jelas menunjukkan makanan halal tidak lagi hanya terhad kepada aspek penyembelihan dan isu bersandarkan ramuan serta kandungan yang dicampurkan dalam makanan. Ia merangkumi aspek lain yang terbabit dalam faktor pengeluaran makanan itu. Saya mengambil ayam goreng sebagai contoh. Selama ini kita hanya menitik beratkan isu sama ada ayam disembelih dan bagaimana ia disembelih. Namun, kita terlupa dengan aspek lain seperti dari mana ayam itu datang, bagaimana ia dibela, makanan apa yang diberikan, lori untuk mengangkutnya dari ladang (apakah pernah digunakan untuk membawa khinzir), bekas dan minyak untuk menggorengnya dan kebersihan pengendalinya.

Aspek ini andai dikupas memakan masa panjang namun, ia menjadi tanggungjawab kita untuk memastikannya makanan halal yang dimakan akan memberikan kesan kepada kebersihan rohani dan jasmani kita, menjadi darah daging kita dan anak cucu kita.

Peningkatan sensitiviti masyarakat terhadap aspek halal juga membuatkan pengusaha dan pengeluar berlumba-lumba memastikan produk masing-masing terjamin kualitinya, halal dan terus diterima pengguna. Sebenarnya, isu halal membabitkan banyak aspek lain lebih meluas.

Untuk menuju ke arah itu, kumpulan syarikat JCorp telah memperjuangkan Jihad Bisnes yang kini dijadikan gagasan perjuangan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan menjadi salah satu resolusi di Kongres Ekonomi Islam Ke-3 pada 2009. Paling penting ialah anjuran supaya semua ahli bisnes dan korporat Muslim menjadikan usaha bisnes sebagai perjuangan memartabatkan Islam dan umatnya.

Saya juga mengingatkan masyarakat selaku pengguna boleh memainkan peranan menjayakan perjuangan Jihad Bisnes ini. Sebagai pengguna, kita berkuasa menggunakan setiap ringgit yang dibelanjakan setiap hari umpama undi dalam menentukan kuasa politik.

Telah tiba masanya masyarakat mengambil berat penggunaan kuasa ekonomi yang ada di tangan mereka untuk memartabatkan halal, menegakkan syariat Islam, amar makruf dan nahi mungkar menerusi Jihad Bisnes. Salah satu faktor menyumbang kepada masalah dihadapi umat Islam dalam isu halal ialah kerana kita terlalu bergantung kepada penguatkuasaan pihak berkuasa tanpa mengambil inisiatif tambahan memastikan syarat pensijilan halal dipatuhi di semua peringkat operasi secara konsisten. Ini jika tidak ditangani segera akan menjejaskan reputasi dan integriti Sijil Halal Malaysia dan kewibawaan Malaysia sebagai peneraju industri halal global.

Kerana itu, kumpulan JCorp menubuhkan Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal pada 2007 di syarikat kumpulannya yang terbabit dalam industri makanan iaitu KFC Holdings (Malaysia) Bhd meliputi bisnes restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Kemboja. Langkah ini diambil untuk memastikan integriti halal semua produknya dapat dipertahankan dan tidak diragui.

Tugas dan tanggungjawab utama jabatan berkenaan adalah untuk memantau dan mengaudit bagi menentukan semua bahan, sistem pemprosesan dan pengeluaran produk makanan ini mematuhi syarat halal dan aspek pematuhan syariah sebagaimana ditetapkan tanpa menunggu pemeriksaan pihak berkuasa.

Jabatan ini mempunyai pekerja terlatih dalam sistem pengauditan halal. Malah, dipercayai KFC Holdings (Malaysia) Bhd adalah syarikat pertama yang menubuhkan jabatan seumpama ini sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna kepada produknya termasuk Pizza Hut, Rasamas dan Ayamas di negara ini.

KFC Holdings (Malaysia) Bhd juga melantik kalangan profesional dan cendekiawan agama termasuk beberapa orang bekas mufti dalam Majlis Penasihat Syariahnya. Fungsi Majlis Penasihat Syariah ini ialah sebagai penasihat kepada pengurusan demi memastikan operasi yang dijalankannya sentiasa memenuhi keperluan syarak.

Perjuangan jihad bisnes juga tidak akan sempurna selagi ia tidak dijadikan teras perjuangan untuk menjayakan cita-cita memperkasa ekonomi umat sehingga menjadi ‘khaira ummah’ atau umat terbaik dan khalifah dalam bidang ekonomi. Status khaira ummah dan khalifah ekonomi juga tidak akan tercapai selagi umat Islam berlarutan gagal dalam usaha merebut peluang memanfaatkan halal yang harus dimulakan dalam industri makanan yang malangnya kini terus didominasi dan dikuasai bukan Muslim.Kini lebih 80 peratus makanan halal yang diguna oleh umat Islam dibekalkan oleh bukan Islam. Syarikat gergasi korporat antarabangsa atau Multinational Corporation (MNC) adalah pemain utama dan sumber pergantungan kita untuk sebahagian besar makanan halal. Dengan demikian, umat Islam Malaysia perlu merancang strategi bisnes jangka panjang untuk mengatasi cabaran ini. Saya menganjurkan supaya disusun strategi yang menggabung tenaga, kerjasama dan persepakatan antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersama korporat Muslim dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menjayakan rancangan ini. Ia boleh dimulakan dengan langkah korporat Muslim serta GLC mendampingi PKS Muslim untuk menjayakan program membina usahawan PKS berjaya sehingga ke peringkat lebih tinggi. Semua ini boleh dilakukan menerusi kaedah pasaran dan bisnes tanpa membebankan kerajaan dan menggunakan sumber cukai.

Justeru, sudah sampai masanya untuk kita bangkit berjihad demi menghalalkan sistem ekonomi daripada terus didominasi golongan yang menolak konsep halal haram dan dosa pahala. Walaupun saya percaya bahawa penguatkuasaan piawaian halal begitu penting bagi menjamin produk yang dimakan halalan toyyiban (halal lagi baik), kita tidak harus hanya bergantung semata-mata kepada agensi terbabit untuk menguatkuasakan piawaian ini. Salah satu langkah yang perlu diambil ialah menggalakkan semua syarikat besar makanan mengambil inisiatif menubuhkan Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal sendiri di syarikat masing-masing bagi memastikan setiap operasi yang dijalankan selari dengan nilai Islam dan berlandaskan hukum syarak.

Penulis ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM). Layari http://www.businessjihad.com/

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Jihadkuasaiindustrihalal/Article/

Koleksi berita Halal Mei 2010 (utusan online) : Siri 2

Pelaksanaan Standard MS1900:2005 harus menyeluruh dalam industri
KOTA KINABALU 11 Mei - Pelaksanaan Standard MS1900:2005 tidak harus tertumpu pada proses penghasilan produk-produk halal sahaja tetapi melibatkan aktiviti logistik, perdagangan dan kewangan yang mematuhi keperluan syarak secara menyeluruh.

"Cara itu bukan sahaja mematuhi keperluan syarak tetapi juga menjadikan negeri dan negara ini sebagai hab halal yang berkualiti tinggi. "

"Dalam hal ini, ingin ditekankan bahawa usaha mendapatkan pensijilan yang mematuhi keperluan syarak tidak harus dilihat sebagai satu perkara remeh atau dianggap beban dalam operasi perniagaan. "

"Hakikatnya, pensijilan ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih terbuka iaitu sebagai strategi ke arah mengukuhkan potensi perniagaan,"

"Matlamat akhir kita sudah pasti untuk melihat sesebuah organisasi atau syarikat dapat diperkasakan sekali gus berprestasi tinggi dan dapat menyumbang secara optimum ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat serta negara,"

- Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Seminar Pengenalan Sistem Pengurusan Kualiti (MS1900:2005) : Keperluan Daripada Perspektif Islam di Kompleks Tabung Haji

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_10.htm&arc=hive


Semua pihak perlu sedar mengenai cuka wain yang difatwa haram
SHAH ALAM 12 Mei — Semua pihak terutamanya pengusaha dan pengeluar makanan perlu mempunyai kesedaran sendiri berhubung penggunaan cuka wain dalam industri makanan yang difatwakan haram pada 2006.

"Walaupun fatwa mengenai pengharamannya dibuat pada 2006, namun masih ramai yang kurang prihatin malah ada yang tidak faham langsung berhubung larangan penggunaan bahan itu dalam penyediaan makanan halal."

"Biasanya cuka wain ini digunakan pada makanan seperti kek dan biskut termasuk di hotel-hotel, mungkin bertujuan supaya makanan yang dihasilkan tahan lebih lama atau mungkin juga bagi tujuan menyedapkanya,”

"Kesedaran adalah faktor penting di mana pengusaha dan pengeluar makanan perlu mengisytiharkan penggunaan cuka wain jika ia terdapat dalam produk yang mereka pasarkan, atau mereka boleh terus mengambil inisiatif tidak menggunakan bahan itu lagi dalam produk-produk mereka."

-Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid, Seminar Penerangan Fatwa Hukum Cuka Wain

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm&arc=hive


Fatwa haramkan cuka wain perlu kajian
SHAH ALAM 12 Mei - Walaupun Majlis Fatwa Negeri Selangor telah mengharamkan penggunaan cuka wain daripada anggur di kalangan umat Islam pada Jun 2006 tetapi sehingga kini ia sukar dilaksanakan.

"Saya berharap matlamat utama seminar untuk mencari jalan agar masalah mengenal pasti produk bercampur cuka wain dapat diatasi segera mencapai sasaran.

"Seminar ini juga diharap mampu memberi panduan kepada pengusaha makanan terutama di hotel untuk memasak makanan selaras dengan tuntutan halal dalam Islam," - Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid, Seminar Penerangan Pengharaman Cuka Wain Untuk Orang Islam.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 dan 27 Jun 2006 menyatakan haram menggunakan cuka wain atau seumpamanya yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan lain.

Bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain atau seumpamanya kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm&arc=hive


Tauhu, taucu, kicap buatan orang Islam
Semasa kecil-kecil dahulu, iaitu tahun-tahun 60-an dan 70-an, memakan tauhu, taucu, kicap, mee dan mihun buatan orang bukan Islam adalah perkara lumrah. Masa itu tidak timbul sama ada makanan itu buatan orang Islam atau tidak. Kerana konsep tanda halal juga belum ada.

Minum di kedai kopi bukan Islam adalah perkara biasa. Makan makanan buatan orang bukan Islam juga perkara biasa. Minum air tauhu, malah makan kuetiau sekalipun. Yang penting diketahui makanan itu sendiri bukanlah sesuatu yang tidak halal.

Pada satu hari di tahun 1978, sekumpulan orang berjubah hijau dan berserban putih datang memberi ceramah di sekolah penulis, Sekolah Menengah Sains Selangor. ..

....Hanya dengan orang Islam membuat sendiri makanan untuk dijual, maka dapat dipastikan halalnya. Ia merupakan fardu kifayah dan oleh kerana di Malaysia tidak ada orang Islam membuat tauhu, taucu, kicap dan pelbagai makanan harian lain, maka adalah kewajipan orang Islam untuk melakukannya.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_11.htm&arc=hive


Komita sasar eksport produk halal RM2.6 juta
PULAU PINANG 18 Mei - Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani (Komita) akan memasarkan produk halal negara ke pasaran antarabangsa dengan sasaran eksport bernilai RM2.56 juta bagi tempoh enam bulan pertama.

Ini merupakan hasil kerjasama strategik dengan AAALink Group Sdn. Bhd. (AAALink) menerusi pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) yang disaksikan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif Komita, Sheikh Ahmad Dasuki berkata, menerusi perjanjian itu, lapan negara terutamanya Timur Tengah antaranya Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Oman, Mesir dan Syria menjadi sasaran pasaran.

''Eksport ini meliputi bekalan bahan-bahan mentah antaranya daging segar, produk tenusu, produk sejuk beku, makanan kering termasuk makanan tradisional yang dikomersialkan seperti kerepek ubi dan kerepek pisang.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0519&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_13.htm&arc=hive


Pasaran jenama Islam semakin penting
KUALA LUMPUR 20 Mei - Kajian yang dijalankan oleh firma pengiklanan antarabangsa, Ogilvy & Mather, mengenal pasti 'pengguna baru Islam' sebagai perkembangan penting untuk jenama yang mahu mewujudkan hubungan yang berjaya dengan dunia Islam.

Pasaran Islam dianggap sangat penting untuk syarikat pemasaran, memandangkan segmen halal sahaja kini bernilai AS$2.1 trilion (RM6.72 trilion) dan berkembang sebanyak AS$500 bilion (RM1.6 trilion) setahun.

Pengarah Global Strategi Kebudayaan Ogilvy & Mather, Nazia Hussain :
"Pengguna muda Islam hari ini lebih terbuka, positif dan inovatif, sama seperti pengguna di tempat lain.

"Prinsip amalan penjenamaan Islam yang baik, merupakan amalan yang baik untuk semua perniagaan di seluruh dunia,"

"Sebagai contoh, label halal yang perlu mempunyai sijil, tidak lagi mencukupi untuk memujuk pengguna baharu Islam bahawa syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan menjalankan perniagaan selari dengan nilai-nilai Islam,"

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0521&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm&arc=hive


Kuat kuasa fatwa haramkan cuka wain
SHAH ALAM 21 Mei - Orang ramai mahu fatwa pengharaman penggunaan cuka wain (cuka dihasilkan daripada buah anggur) dalam makanan umat Islam segera dikuatkuasakan disamping makanan dan pengusaha terbabit disenaraikan.

Fatwa pengharaman tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Negeri Selangor pada 26 dan 27 Jun 2006 yang mengharamkan penggunaan cuka wain dalam kalangan umat Islam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tidak ramai yang tahu sudah wujud fatwa yang mengharamkan cuka wain dalam masakan untuk umat Islam.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0522&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm&arc=hive


Sarawak banyak restoran halal
KUCHING 22 Mei - Sejumlah 281 restoran dan hotel di Sarawak telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga hari ini.

Perkembangan itu menyaksikan Sarawak mendahului negeri-negeri lain di Semenanjung dan Sabah dari segi bilangan yang memperoleh sijil halal Jakim.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, peningkatan bilangan restoran dan hotel yang mendapat pengiktirafan halal jelas menunjukkan pengusaha premis makanan berkenaan bersikap lebih bertanggungjawab.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan para pelanggan Islam tidak berasa was-was apabila mengunjungi premis makanan mereka.

Tambahnya, secara keseluruhannya, hampir 75 peratus sijil halal yang dikeluarkan Jakim dimiliki pengusaha makanan di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

''Perkara ini berlaku mungkin disebabkan pengusaha makanan beragama Islam memandang remeh pengiktirafan ini," ujarnya.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0523&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive


Bukan semua alkohol haram
Salah tanggapan ini antara lain akibat kesilapan dalam menterjemahkan khamar daripada asal perkataan Arab kepada bahasa Inggeris sebagai alkohol. Sedangkan maksud sebenar khamar adalah arak.

Penggunaan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan. Alkohol yang dimaksudkan adalah etanol yang mungkin digunakan sebagai pelarut atau pembawa kepada bahan seperti perisa atau pewarna makanan. Istilah alkohol yang dimaksudkan di sini bukanlah arak. Kerana jika arak ditambah, walaupun pada kadar yang sedikit, tidak memenuhi keperluan halal.

Alkohol, secara umumnya pula merujuk kepada etanol tulen dan etanol nyahasli pada sebarang kepekatan (proof). ..

Dalam hal ini Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 24 Nov. 1988 telah mengeluarkan kenyataan bahawa kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:

- Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak

- Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan.

Pengharaman cuka wain itu adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-76 pada 4-6 April 2006.

Keputusan Muzakarah adalah: Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

Bagaimanapun, saya suka mencadangkan agar kita melihat kepada tiga aspek sebelum membuat keputusan dalam hal ini.

Pertama, memahami asas kepada pengharaman itu. Salah satu daripadanya berdasarkan kepada istilah wain iaitu mengharamkan sesuatu itu disebabkan konotasi pada namanya.

Contohnya, kalau wain ia mesti haram. Begitu juga kalau istilah bak kut teh (sup babi) membawa kepada konotasi bahan yang haram.

Dalam Standard Makanan Halal (MS1500) (Semakan Kedua) yang dikuatkuasakan mulai November 2009, mana-mana produk yang mempunyai istilah yang membawa kepada konotasi bahan yang haram tidak akan diberi pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kedua, kita perlu menjelaskan apakah maksud campur tangan bahan luar sehingga menyebabkan cuka wain itu haram. Ia supaya berlaku adil kepada realiti dan pihak industri.

Sebabnya, dalam industri sekarang, memang secara sengaja dimasukkan bakteria asid asetik supaya hasilnya dimana alkohol secara pastinya akan bertukar menjadi cuka.

Mereka ini tidak boleh mengambil risiko. Misalnya menyediakan 10 tong untuk dijadikan cuka wain atau cuka asli, jika kita membiarkan proses tersebut berlaku secara tabie tanpa dikawal atau diinokulasi secara sengaja, tidak dapat dipastikan sama ada proses fermentasi tersebut akan menghasilkan cuka atau ia akan akan rosak akibat daripada pencemaran bakteria lain.

Ketiga, peratusan kandungan alkohol di dalam cuka tersebut. Kajian yang kami lakukan di atas sampel-sampel yang diambil daripada pasaran setakat ini mendapati kandungan paling tinggi alkohol dalam cuka adalah 0.18 peratus.

Ini menjelaskan bahawa kandungan alkohol sedemikian adalah rendah dan kemungkinan besar tidak boleh memabukkan.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive


Pantau logo halal di kedai makan bukan Islam
SYABAS diucapkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Sarawak atas perhatian mengisytiharkan restoran-restoran dan kedai-kedai makan sebagai tempat yang halal untuk umat Islam menjamu selera.

Tetapi apa yang saya kecewa, pemberian sijil halal tidak disusuli dengan pemantauan yang berterusan. Malahan ada juga restoran-restoran yang bukan Islam turut mempunyai logo halal kerana cuba untuk mengaburi mata umat Islam. Persoalannya, di mana pihak Jabatan Agama Islam Sarawak?

Burunghantu_89@yahoo.com , Semariang Jaya, Kuching

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive


'Ajar' hotel tiada sijil halal
KENYATAAN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Sabtu lalu, bahawa tiada lagi majlis anjuran kerajaan akan diadakan di hotel yang tidak ada sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) amat dialu-alukan.

Syabas diucapkan kepada beliau kerana 'keberanian' mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebenarnya, sudah lama kita menunggu kenyataan tegas itu.

Sebabnya, tindakan itu bermakna kerajaan tidak lagi memberi muka kepada pengusaha hotel yang keras kepala dan memberi pelbagai alasan untuk tidak memohon sijil halal Jakim.

Ia juga sudah pasti dapat dijadikan panduan oleh masyarakat awam - hotel mana yang patut mereka singgah makan dan yang mana patut dipulaukan.

Daripada semakan di laman web e-halal Jakim, setakat semalam, cuma 62 dapur hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal Jakim. Walhal bilangan hotel di negara kita mencecah lebih 2,000 buah.

...Inilah antara akibat apabila pertimbangan keuntungan hanya dibuat berdasarkan neraca hidup di dunia sahaja...

...Apabila disebut halal, maknanya ia bukan sahaja tidak ada campuran babi dan arak. Sebaliknya jika diperhalusi, ia hendaklah bebas daripada unsur- unsur syubhat dan campur tangan walau sekelumit pun benda yang haram..

..Ayuh, kita sebagai umat Islam bersatu hati dan menunjukkan keseriusan kita dalam hal yang sama...

Makan yang halal itu perintah Allah SWT kepada kita sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekelian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban). (al-Baqarah: 168)

Orang beriman akan berusaha mencari makanan yang halal. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Mencari yang halal adalah fardu (wajib) bagi setiap orang Islam." (riwayat Dailami)

Di Malaysia, tiada sebab dan alasan bagi kita untuk tidak mencari makanan halal.
Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di akhirat. Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya." (riwayat Thabrani)

Jika mereka terus ingkar, elok Jakim mengeluarkan sijil tidak halal untuk ditampal di hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal Jakim.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive


Sijil halal diseragam, ujian penilaian KAFA diiktiraf
PUTRAJAYA 25 Mei - Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-51 di sini hari ini mencapai kesepakatan untuk menyeragamkan Sijil Halal Malaysia ke seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perakuan pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu akan dipersembahkan untuk perkenan Majlis Raja-Raja pada persidangan akan datang.

''Ketika ini hanya logo pada Sijil Halal Malaysia itu sahaja yang seragam tetapi kandungan sijilnya masih dikeluarkan secara berbeza-beza oleh kerajaan-kerajaan negeri. Selepas ini nanti, sijil berkenaan masih akan dikeluarkan oleh negeri-negeri ini tetapi kita akan pastikan ia seragam.

Fungsi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam termasuklah memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, kerajaan negeri atau Majlis Agama Islam negeri berkaitan perundangan atau pentadbiran agama Islam dengan tujuan menambah baik atau menggalakkan persamaan undang-undang.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0526&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive


Malaysia tumpu wujudkan ekosistem halal
ALOR SETAR 28 Mei — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih menumpukan kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ekosistem halal dan tidak hanya hab halal bagi produk makanan.

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia boleh dikatakan agak ketinggalan dalam pengeluaran produk makanan halal kepada beberapa negara terutama Thailand tetapi kerajaan tidak mahu fokus halal hanya kepada produk makanan sahaja tetapi juga produk lain.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0528&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm&arc=hive


Inisiatif iktiraf halal peringkat global - KasehDia
KUALA LUMPUR 28 Mei - Halal merupakan satu perkara yang begitu sensitif di kalangan umat Islam khususnya jika ia berkait rapat dengan makanan.

Jika sebelum ini berlaku kesukaran untuk mengenal pasti kesahihan status halal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memanipulasikan logo serta piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan tertentu secara tidak langsung meninggalkan tanda tanya, khususnya dalam pasaran industri makanan dan farmaseutikal di negara ini.

Berikutan tanggungjawab itu, Pengasas dan Pengarah Urusan KasehDia Sdn. Bhd, Jumaatun Azmi merasakan perlu ada satu inisiatif bagi mengiktiraf dan mengukuhkan kedudukan halal di peringkat serantau dan global agar menjadi satu platform kepada masyarakat dan industri khasnya.

Dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan dikenali umum, beliau merasakan Malaysia mampu bertindak dalam kapasitinya untuk menyediakan platform maklumat, rangkaian perhubungan, peluang niaga dan hal-hal yang berkaitan dengan agenda halal.

Jumaatun berkata, pasaran halal bertindak sebagai pintu perdagangan yang lebih besar dengan melibatkan perkhidmatan halal, kontrak dan piawaian halal, dan mata wang halal.

Tidak ketinggalan juga konsep halal turut memberi kesan kepada bidang fesyen dan tekstil, pelancongan, logistik, perkapalan, pengangkutan, hinggalah urusan storan di gudang.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive

Wednesday, June 9, 2010

Koleksi berita Halal Mei 2010 (utusan online) : Siri 1

Atelier des parfums bakal hasilkan wangian halal
KUALA LUMPUR 2 Mei - Syarikat wangian dari Perancis Atelier des parfums sekali lagi bakal mempamerkan satu siri produk wangian halal bertaraf dunia di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-7 (MIHAS) 2010 dari 23 hingga 27 Jun.

Syarikat itu, yang terletak di pusat industri wangian Perancis di Grasse, juga telah memutuskan untuk menubuhkan syarikat Malaysia yang dinamakan Atelier des parfums Malaysia Sdn. Bhd.

"Kami gembira dapat membuat produk kami di sini dengan kepakaran dan lokasi yang rapat dengan komuniti Islam,

"Kami kini mampu membawa wangian halal bertaraf dunia, dicipta di Perancis dan dihasilkan di Malaysia, kepada orang Islam di seluruh dunia pada harga yang mampu beli.

"Kami memberikan mereka bauan yang moden, segar, baharu dan lebih bermutu daripada wangian halal lain di pasaran. Pelanggan juga diberikan jaminan produk halal yang disijilkan," - Mustaffa Omar, Pengurus besar Atelier des parfums Malaysia Sdn. Bhd

Mustaffa berkata, syarikat itu buat masa ini mempunyai 22 bauan moden untuk perempuan dan kini sedang berada di peringkat akhir proses persijilan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sementara itu, melalui MIHAS yang semakin terkenal sebagai pameran produk dan perkhidmatan halal unggul dunia, Portner berkata, Atelier des parfums turut mahu mempromosi Malaysia sebagai pusat global bagi wangian halal dan kosmetik.

sumber :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0503&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_09.htm&arc=hive


Pindaan Akta Perihal Dagangan dibentang bulan depan
SHAH ALAM 6 Mei – "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membentangkan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 di Dewan Rakyat pada persidangan bulan depan untuk memperkemas lagi peraturan industri halal negara."

"Melalui pindaan ini, kementerian boleh mengambil tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan penyalahgunaan logo halal."

“Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan secara bersama dengan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri.”

"Hanya satu logo halal yang akan diguna pakai kelak iaitu yang dikeluarkan oleh Jakim di mana selepas ini tugas kementerian ialah memastikan sama ada logo halal Jakim yang digunakan palsu ataupun tidak.”

"Logo-logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam negeri dan syarikat yang dilantik oleh Perbadanan Pembangunan Halal masih lagi boleh diguna pakai sehingga pindaan akta tersebut diluluskan."

- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

sumber :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive


Pengusaha produk halal dicadang bergabung di bawah koperasi
SHAH ALAM 6 Mei - Pengusaha produk halal yang bergerak secara kecil-kecilan disyorkan supaya bergabung di bawah satu persatuan atau koperasi agar perusahaan mereka dapat berkembang dengan lebih cekap dan berkesan.

"Kejayaan Dubai Cooperative Society yang mula beroperasi secara kecil-kecilan pada awal 1970-an dan kini berjaya bertapak sebagai pembekal pelbagai rangkaian produk segar dan sejuk beku halal di Asia Barat melalui jenama Coop Islami."

"Dalam pada itu, bilangan koperasi yang melibatkan diri sebagai pengeluar produk atau perkhidmatan halal di negara ini masih amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan lebih 7,000 koperasi."

"Potensi penglibatan koperasi dalam industri halal sebenarnya meliputi skop yang luas dan boleh terlibat pada semua peringkat rantaian bekalan sama ada di peringkat asas pertanian seperti pengusaha, penternak dan peladang atau pada peringkat pembuatan dan pengilangan."

- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,

sumber :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm&arc=hive


Masakan Cina halal di Redwok
PENGGEMAR masakan Cina dari kalangan penganut agama Islam kini mempunyai satu lagi pilihan untuk menikmati hidangan kegemaran mereka. Pembukaan Restoran Redwok di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi sejak dua bulan lalu itu pastinya menjadi lokasi buruan mereka selepas ini.

Jamu selera tanpa ragu, itu jaminan yang diberi pemilik bersama restoran, Muhammad Oon Seng Choy, Awang Hasyim Abdullah dan Natasha Abdul Rahim.

Kata mereka, proses mendapatkan pengiktirafan halal daripada Jakim sedang melalui fasa terakhir.

Dari segi rasa, pemilik restoran itu juga tidak mahu berkompromi. Setiap hidangan dipastikan mengikut selera masyarakat Cina yang sememangnya cerewet dengan rasa masakan mereka. Namun begitu, penggunaan ramuan hanya daripada sumber halal.

Deria rasa orang Cina sangat sensitif. Jika sedikit sudah tidak menepati, mereka tidak akan datang walaupun harganya murah,” demikian ujar Muhammad.

sumber :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0509&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive


Ramly Burger tidak pernah bertukar tangan
KUALA LUMPUR 9 Mei - "Tidak pernah pada bila-bila masa pegangan syarikat itu dijual dan perniagaan yang berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Datuk Ramly Mokni."

''Banyak kenyataan di Internet menyebarkan kononnya Kumpulan Ramly telah dijual dan ia adalah satu dakwaan yang tidak benar dan kami menafikan sekeras-kerasnya.

''Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan bahawa semua produk kami adalah halal dan mematuhi setiap aspek dan prosedur Syariah,''

"Jika ada pengguna yang masih was-was dengan kenyataannya, mereka boleh mendapatkan pengesahan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)"

"Khabar angin itu sedikit pun tidak menjejaskan perniagaan Kumpulan Ramly, sebaliknya permintaan bagi produk-produknya terus meningkat."

- Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly (generasi kedua pengasas perniagaan)

- jumlah permintaan adalah 30 % lebih tinggi berbanding pengeluaran.
- memasarkan 40 produk dan burger Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 p% kepada perniagaannya.
- tidak menolak kemungkinan akan memasarkan produknya di pasaran serantau dan Thailand dijangka menjadi destinasi pertama Kumpulan Ramly.

sumber :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm&arc=hive


Pusat sembelih Pandan kurang sambutan
KALAU kita melalui kawasan di sekitar Pasar Borong Pandan, Johor Bahru, kita boleh nampak dengan jelas bangunan Pusat Penyembelihan Pandan (PPP) yang dibina dengan kos RM17 juta (tiga lagi pusat memproses ayam Johor ialah Pusat Penyembelihan di Pekan Nanas, Kluang dan Machap).

Sejak 2009, ia beroperasi dengan kemudahan dan peralatan moden yang menepati syarak iaitu penyembelihan menggunakan kaedah manual oleh juru sembelih bertauliah dari Jabatan Agama Islam Negeri.

Namun entah apa yang tidak kena, pusat yang boleh memproses 80,000 ekor ayam dalam dua syif setiap hari, hanya dapat memproses antara 20,000 ekor sehari kini.

Mengikut statistik, daerah Johor Bahru yang mempunyai penduduk kira-kira sejuta orang dianggarkan memerlukan bekalan ayam antara hampir 250,000 ekor sehari.

Jadi timbul tanda tanya, jika dicampurkan kesemua jumlah ayam yang disembelih di empat buah pusat penyembelihan bertauliah itu, maka masih terdapat sejumlah besar ayam yang tidak diketahui di mana ia disembelih?

Adakah ia disembelih di belakang pasar, belakang kedai atau pusat sembelihan haram? Atau pengguna membeli ayam hidup, lalu disembelih sendiri di belakang rumah?

Adakah penyembelihan yang dilakukan oleh pihak yang tidak ada tauliah menepati kehendak syarak?

sumber :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive


Bekal ayam halal di Kemboja
KUALA LUMPUR 11 Mei – QSR Brands Bhd dan Royal Group of Companies Ltd. dari Kemboja telah memeterai perjanjian menubuhkan sebuah syarikat usahasama baharu untuk menternak dan membekalkan daging ayam halal ke restoran-restoran KFC di Kemboja.

Di bawah perjanjian itu, QSR akan menguasai 51 peratus kepentingan dalam syarikat usahasama yang mempunyai modal berbayar awal AS$300,000 atau RM1 juta, manakala bakinya 49 peratus oleh Royal Group.

QSR dalam kenyataannya di sini berkata, pada peringkat awal, syarikat usaha sama itu akan mengadakan 25 tempat ternakan ayam daging untuk disewakan kepada petani kontrak, menyediakan makanan ayam dan anak ayam serta menguruskan kontrak dengan pihak ketiga untuk memproses dan membekalkan ayam siap dipotong ke restoran KFC.

Tempat penternakan ayam itu mampu memuatkan kira-kira 100,000 ayam bagi setiap kitaran hayat, mencukupi untuk memenuhi unjuran permintaan restoran KFC di kemboja tahun ini.

QSR dan Royal Group merupakan pemegang saham utama dalam Kampuchea Food Corporation Ltd, pengendali restoran KFC di negara itu dengan QSR memegang 55 peratus ekuiti manakala Royal Group 35 peratus dan Rightlink Corp Ltd dari Hong Kong sebanyak 10 peratus.

QSR merupakan antara pengendali perkhidmatan makanan bersepadu sepenuhnya di rantau ini dengan memiliki lebih 570 restoran KFC di Kemboja, Malaysia, Brunei, dan India serta memiliki 260 restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura.

sumber :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm&arc=hive


Ikan keli tempatan halal, bebas najis
KUCHING 11 Mei - Penghasilan ikan keli oleh penternak tempatan di negeri ini adalah halal dan bebas daripada penggunaan najis sebagai makanan haiwan berkenaan.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera, Mohd. Naroden Majais memberitahu, pengusaha ikan keli di negeri ini menggunakan baja herba dan ikan sebagai makanan kepada ternakan masing-masing.

''Ikan keli yang berada di pasaran Sarawak ketika ini adalah halal kerana para penternak menggunakan baja yang dihasilkan daripada herba dan ikan sebagai makanan utama.

sumber :


Tuesday, June 1, 2010

Koleksi berita Halal April 2010 (utusan online)

USM cipta pengesan daging babi
PULAU PINANG 1 April - Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui kaedah mudah, murah dan cepat bagi membezakan antara daging ayam dengan daging babi. Menggunakan alat 'spectrophometer' dan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose', daging kedua-dua haiwan itu akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Seseorang hanya perlu mengambil secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan untuk diuji. Campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya. Menggunakan alat 'spectrophometer', julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi.

- mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi
- ujian tidak sampai dua jam
- kos gula ribose ini adalah RM15 bagi empat gram
- spectrophometer berharga serendah RM10,000

sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0402&pub=utusan_malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm&arc=hive


Lebih kuasa kepada Jakim kuat kuasakan sijil halal
KUALA LUMPUR 6 April - Isu restoran tidak halal yang sengaja menggajikan wanita bertudung dan memaparkan ayat-ayat al-Quran di premis mereka dengan niat mengelirukan pelanggan Islam akan diatasi dengan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, pindaan berkenaan memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melakukan pemeriksaan terhadap restoran tidak halal yang bertindak sedemikian.

''Pindaan ini juga membolehkan Jakim merampas barangan dan menggeledah premis yang menyalah guna logo halal.

''Sebelum ini, Jakim tidak mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan secara bersendirian sebaliknya perlu menumpang operasi yang dijalankan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya menjawab soalan tambahan Taib Azamudden Md. Taib (Pas-Baling) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

sumber :



Produk bihun, laksa Twenty-Twenty halal
POKOK SENA 8 April - Twenty-Twenty Food Industry Sdn. Bhd., ahli Kumpulan Bernas, menafikan bahawa syarikat tersebut terlibat dalam pengeluaran produk makanan seperti bihun dan laksa yang tidak halal sebagaimana disiarkan menerusi sebuah laman blog, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Tan Sey Lai memberitahu, ini kerana syarikat tersebut tidak mempunyai kaitan langsung dengan kilang yang memproses dan mengeluarkan bihun dan laksa tidak halal tersebut.

"Syarikat kami memproses dan mengeluarkan sendiri bihun dan laksa menggunakan jenama kami sendiri, tidak langsung mempunyai urusan perniagaan dengan syarikat yang disiarkan dalam blog berkenaan," kata beliau.

sumber :



Jadi pusat rujukan industri halal
IPOH 15 April - Kewujudan Pusat Guna Sama Halal Perak bakal meletakkan negeri ini sebagai pusat rujukan industri halal negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya komited untuk menggerakkan secara besar-besaran industri halal tersebut berdasarkan potensi yang dimilikinya.

''Ia merupakan pusat informasi dan perkhidmatan penyelesaian setempat kepada para pelabur untuk industri halal. Fungsinya membantu dan memudahkan usahawan berkaitan pensijilan halal.

''Kita berharap pendekatan strategik yang dilakukan dapat meningkatkan industri ini sekali gus berpotensi dalam membantu perkembangan ekonomi rakyat dan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah Pembangunan Pusat Guna Sama Halal Perak di sini hari ini.

p/s : Tahniah kerajaan 'Non-Halal'


sumber :



Halal: Sasar RM1b pelaburan
IPOH 15 April - Perak menyasarkan kewujudan 3,000 atau kirakira 20 peratus syarikat berstatus sijil halal dengan nilai pelaburan sekurang-kurangnya RM1 bilion menjelang 2015 (p/s : harap-harapnya kerajaan pun bertukar kepada yang Halal nanti).

Pengerusi Perak Halal Corporation Sdn. Bhd., Kapten (B) Datuk Mohd. Najmuddin Elias berkata, pihaknya menggariskan tujuh komponen utama sebagai teras pembangunan industri terbabit.

Komponen tersebut yang mempunyai sumber bahan mentah bukan sahaja mencukupi tetapi juga halal, menyediakan pusat pemprosesan atau pusat halal dan pemasaran yang sistematik.

Selain itu, mementingkan integriti daripada segi piawaian logo halal, keperluan modal, pembangunan modal insan serta membangunkan pusat maklumat dan direktori industri halal.

''Fungsi utama kewujudan pusat ini adalah memimpin dan menggerakkan industri halal di negeri ini secara terancang dan bersifat global," katanya pada majlis pelancaran Pembangunan Pusat Guna Sama Industri Halal Negeri Perak di sini hari ini.

sumber :



KERAGUAN PADA SIJIL HALAL
SAYA tertarik dengan cerita berkaitan sijil halal untuk restoran-restoran di negara kita, termasuklah barangan makanan. Sebagai contoh, ada sebuah kopitiam yang diasaskan di Perak dan kini telah jadi sebuah rangkaian kopitiam yang besar di seluruh negara, malah ada iklan di televisyen. Logo halalnya tertera besar di pintu-pintu masuk kedai mereka, tapi bila saya menelefon pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Perak, mereka kata tidak ada rekod kopitiam ini diberi sijil halal. Mungkin diberi atas nama lain. Jadi inilah masalahnya. Bagaimana kami nak pastikan kesahihan sijil halal ini?

sumber :



Hanya 20 miliki sijil halal
PULAU PINANG 18 April - Hanya kira-kira 20 daripada 100 hotel yang beroperasi di Pulau Pinang ketika ini mempunyai sijil pengiktirafan halal bagi penyediaan makanan dan pengurusan dapur dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Bagaimanapun, selebihnya masih tidak memiliki sijil halal termasuk ditarik balik lesen halal tersebut disebabkan gagal mengikut prosedur yang ditetapkan.

Perkembangan itu amat membimbangkan kerana ketika umat Islam semakin gemar berkunjung ke hotel untuk menikmati makanan enak, sebahagian besar pengusaha hotel pula mengambil sikap tidak kisah dengan keperluan sijil halal tersebut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal (JHEAIPP), Faizal Ibrahim, berkata, kebanyakan yang ditarik balik sijil halal adalah hotel bertaraf empat dan lima bintang yang didapati memasukkan ramuan tambahan yang tiada logo halal atau meragukan ke dalam masakan mereka.

"Kita telah melakukan siasatan di beberapa hotel sejak awal tahun ini dan mendapati, tukang masak hotel berkenaan memasukkan cuka wain dan sos sushi yang diimport dari Jepun untuk disajikan kepada pengunjung.

sumber :



MIHAS: Jualan disasar naik 20 peratus
KUALA LUMPUR 20 April - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 peratus sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2010 yang diadakan pada sepanjang Minggu Halal Malaysia (MHM) Jun ini.

Tahun lalu, MIHAS berjaya meraih jualan serta merta berjumlah RM226.4 juta dan potensi jualan sebanyak kira-kira RM3 bilion tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Noharuddin Nordin yakin sasaran itu mampu dicapai memandangkan keadaan ekonomi yang bertambah baik selain meningkatnya penyertaan daripada pempamer.

"Dijangka lebih 600 peserta dari 30 negara akan mengambil bahagian dan sehingga kini kami telah pun menerima 88 peratus tempahan petak pameran," katanya.

sumber:



Tanda halal tidak diiktiraf Jakim
TEMERLOH 25 April – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesan banyak kopitiam dan premis francais di negeri ini menggunakan tanda halal yang tidak diiktiraf pihak berkuasa agama.

Sehubungan itu, Penolong Pengarah Unit Penguatkuasaan Halal Bahagian Penyelidikan JAIP, Noridzuan Abdul Manan meminta pemilik premis terbabit segera memohon tanda halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) sebelum sebarang tindakan diambil ke atas mereka.

Ini kerana, tegas beliau, pihaknya akan melancarkan operasi pemeriksaan dalam masa terdekat ini bagi membendung penggunaan logo halal yang tidak diiktiraf itu.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan terdapat banyak premis terutama kopitiam dan syarikat francais menggunakan tanda halal yang dikeluarkan syarikat swasta,” katanya.

sumber :



Halal: Persaingan makin sengit
KUALA LUMPUR 28 April - Meningkatnya persaingan global dalam menembusi pasaran industri halal menunjukkan dunia memperakui potensi besar produk dan perkhidmatan halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Noharuddin Nordin berkata Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam perlumbaan itu dan perlu kekal menjadi pusat halal dunia.

"Sekarang terdapat pencabar di Abu Dhabi, Brunei dan juga Paris. Jepun dan China turut mula berkecimpung dalam industri halal selepas melihat potensi pasaran globalnya.

"Kami akan mengekalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sebagai tapak pameran halal ulung dunia terutamanya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan halal Malaysia kepada dunia," katanya pada sesi perbincangan MIHAS 2010 bersama media di sini hari ini.

sumber :



Dim sum halal Seri Dinar
IPOH 28 April - Dim sum memang sinonim dengan masyarakat Tionghua. Makanan yang dikukus atau digoreng itu memang menjadi santapan yang enak sepanjang masa.

Hari ini, makanan tradisional yang berusia ratusan tahun itu bukan sahaja mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat Cina, tetapi turut menjadi kegemaran masyarakat Melayu.

Namun ramai yang bimbang untuk menikmati makanan itu kerana status halalnya yang diragui.
Menyedari hakikat tersebut, Mahmad Khalid Mohd. Yazir, 58, memberanikan diri untuk menceburkan diri dalam perniagaan itu dengan menghasilkan sendiri dim sum.

sumber :

kit pengesan daging babi (dalam makanan)