Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)
Showing posts with label arak. Show all posts
Showing posts with label arak. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Koleksi berita Halal Ogos 2010 (utusan online) : Siri 1

Produk makanan, kosmetik, farmaseutikal wajib sijil halal (16/08/2010)
Semua pengusaha produk makanan, kosmetik dan farmaseutikal akan diwajibkan untuk mendapatkan sijil halal selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

"Kita tidak boleh menyalahkan pihak syarikat sahaja, mungkin ada kekangan yang lain, tetapi apabila akta itu dipinda nanti, ia membolehkan mereka berusaha untuk mendapatkan sijil halal,” ~Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Sijil halal, ayuh gunakan kuasa massa (17/08/2010)
Isu restoran halal, kopitiam halal dan hotel halal bukanlah baru. Ia dibangkitkan dan terus berbangkit. Pada bulan Ramadan ini, status hotel yang menyediakan bufet Ramadan sekali lagi mendapat sorotan umum. Begitulah saban Ramadan. Dalam hiruk-pikuk Malaysia mahu dikenal sebagai hab halal global, masih banyak hotel yang tak peduli soal itu. Alasannya saban tahun tetap sama - syarat mendapatkan sijil halal rumit dan remeh.

Mengapa masih sukar untuk sebuah hotel yang boleh berbelanja besar untuk perkara lain, tidak berusaha mendapatkan sijil halal?


70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim (18/08/2010)
"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan,"~Mohd. Amri Abdullah,Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim

"Saya harap masyarakat Islam negara ini tidak memilih hotel yang tidak memiliki sijil halal kerana mencari yang halal adalah wajib dan jauhilah perkara yang meragukan,"~Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

BISIK-BISIK (18/08/2010)
Jakim yang melakukan pemeriksaan ke atas hotel dan premis makanan seumpama itu di sekitar Lembah Klang dan mendapati 70 peratus daripadanya mencampurkan alkohol dalam penyediaan bufet Ramadan.

Perasaan was-was perlu ada pada diri seseorang yang mahu memilih makanan halal, jika sesebuah premis menjual makanan itu tidak mempamerkan sijil halal.


Wajibkan dapat sijil halal (20/08/2010)
“Hotel dan restoran ini kemudian diawasi secara berkala oleh kedua-dua jabatan menggunakan khidmat pakar teknologi makanan bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi pensijilan halal yang diterima. Begitu juga dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, mereka perlu lebih agresif mengawasi situasi dan bertindak terhadap pengendali makanan yang melanggar akta Perihal Dagangan 1972,”~SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Laporan akhbar sebelum ini mendedahkan hanya 22 hotel dan 51 dapur di sekitar ibu kota diberikan pensijilan halal Malaysia oleh Jakim sehingga 10 Ogos lalu.


Pastikan hidangan halal (20/08/2010)
“Masyarakat Islam perlu melihat dan meneliti terlebih dahulu makanan serta minuman yang ingin dimakan tidak mempunyai unsur-unsur haram seperti arak. Walaupun penggunaan arak hanya sedikit dan tidak memberi kesan mabuk ke atas pengguna tetapi ia tetap haram dan tidak dibenarkan sama sekali,”~Datuk Abdul Majid Omar, Timbalan Mufti Selangor

“Umat Islam yang telah mengambil arak hukumnya berdosa besar dan sembahyang mereka selama 40 hari tidak akan diterima Allah.Ia jelas menunjukkan bahawa arak merupakan ibu kepada segala maksiat dan Rasulullah telah melarang umatnya daripada mendekati najis ini,”~Datuk Abdul Rahman Osman, Mufti Pahang


Jumlah hotel halal bertambah (20/08/2010)
Lima lagi hotel di negeri ini mendapat pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hotel-hotel tersebut ialah Concorde Shah Alam, Singgahsana Petaling Jaya, Carlton Holiday Shah Alam, Grand Dorsett Subang Jaya dan Hotel Crystal Crown Pandamaran.

Ini menjadikan jumlah hotel yang telah mendapat pengesahan halal di Selangor kini berjumlah 22 buah.


24 hotel tawar Bufet Ramadan guna bahan diragui (20/08/2010)
"Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan dan stor penyimpanan,”~Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


24 hotel diragui statusnya (21/08/2010)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 24 hotel di Lembah Klang yang mengadakan promosi Bufet Ramadan telah menggunakan bahan yang diragui status halalnya.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut adalah daripada 34 hotel di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang dan Kedah yang telah dipantau oleh pihaknya sejak 1 Ramadan.

24 hotel yang didapati menggunakan bahan tidak halal itu termasuklah One World Hotel First Avenue; Shah's Village Hotel; Prescoot Inn Kajang; Lagenda Cuisine Sdn. Bhd.; Oriental Crystal Kajang dan Eastin Hotel Petaling Jaya di Selangor.

Selain itu, hotel dan restoran di Selangor yang turut didapati tidak menepati status halal ialah Restoran Tupai-Tupai Kampung Sungai Tangkas, Bangi; Bangi Golf Restaurant dan The Saujana Kuala Lumpur, Subang.


Mandatori pengusaha hotel dapat sijil halal (21/08/2010)
Gesa kerajaan menjadikan satu mandatori kepada pengusaha hotel yang menyediakan makanan untuk orang Islam supaya mendapatkan sijil halal..ini penting supaya pengusaha hotel akan memastikan premis mereka tidak mengabaikan hak pengguna Islam..prosedur berhubung pemprosesan dan pembungkusan makanan halal juga perlu diawasi secara berkala kerana kebanyakan hotel di negara ini menggunakan perkhidmatan pakar asing yang kabur konsep makanan halal,''~SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Lebih baik jika kerajaan menggubal undang-undang baru selaras dengan cadangan ini bagi memantapkan lagi usaha kerajaan meletakkan Malaysia berstatus hub halal...ini akan memudahkan kerajaan bertindak jika status halal terhadap produk misalnya tidak dipatuhi...secara tidak langsung ini juga akan menggalakkan pengusaha hotel untuk menyediakan dapur halal supaya dapat menyediakan makanan halal untuk pengguna Islam.~Datuk Dr. Maamor Osman, Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


Guna kuasa pengguna (21/08/2010)
Mereka gagal menjadi pengguna bijak dalam usaha menekan pengusaha hotel yang tidak mempunyai sijil halal. Sepatutnya, umat Islam perlu menggunakan kuasa pengguna bagi memboikot hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal. Inilah kaedah terbaik bagi ‘mengajar’ pengusaha hotel yang liat mendapatkan sijil halal.


JAIM tegur hotel lima dan empat bintang lewat baharui sijil halal (21/08/2010)
Pemilik hotel perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan ketika mereka memohon pensijilan halal daripada Jakim bagi mengelak timbul sebarang kekeliruan...kebanyakan hotel di negeri ini terutama bertaraf lima dan empat bintang mengambil sikap sambil lewa dan tidak ambil peduli kerana lewat memperbaharui sijil halal yang tamat tempoh sah...Sepatutnya mereka memperbaharui sijil halal dalam tempoh enam bulan sebelum tamat kerana ia terkandung dalam arahan yang dikeluarkan ketika mula-mula mohon sijil halal.~Sulaiman Harmain Shah, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)


Friday, June 11, 2010

Cuka Wain : Ada apa pada nama

Pengenalan
Almaklum, apabila ada saja seminar atau bengkel Halal diadakan, ada saja isu-isu panas yang dibangkitkan. Terbaru ialah isu berkenaan fatwa pengharaman penggunaan cuka wain dalam makanan yang mewarnai dunia makanan Halal untuk bulan Mei 2010 ini melalui Seminar Penerangan Fatwa Hukum Cuka Wain yang diadakan.

Menurut Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid, masih ramai masyarakat umum yang kurang prihatin malah ada yang tidak faham langsung berhubung larangan penggunaan bahan itu dalam penyediaan makanan halal meskipun fatwa mengenai pengharamannya telah dibuat sejak 4 tahun lepas lagi. Apa yang membimbangkan, pengawalan bahan itu dalam makanan di kalangan pengusaha dan pengeluar makanan termasuk di hotel-hotel adalah sukar dilakukan kerana ia merupakan bahan yang sukar dikesan. Bahan ini digunakan pada makanan seperti penyediaan pencuci mulut, bahan perap daging, salad dressing, mustard, jeruk, sos, kek dan biskut yang mana fungsinya termasuklah supaya makanan yang dihasilkan tahan lebih lama atau mungkin juga bagi tujuan menyedapkanya.

Cuka (Vinegar1) adalah cecair asidik yang dihasilkan melalui proses fermentasi etanol dengan melibatkan penggunaan asid asetik sebagai bahan asas utama. Secara tipikal, kepekatan asid asetik dalam lingkungan 4% hingga 8% untuk table vinegar dan boleh mencecah sehingga 18% bagi pickling2. Cuka semulajadi mengandungi sejumlah kecil asid tartarik, asid sitrik, dan asid-asid lain.

1 Perkataan "vinegar" diambil daripada perkatan Perancis lama (Old French) iaitu vin aigre, yang bermaksud wain yang masam (sour wine)
2 Makanan yang melalui proses pengawetan makanan secara fermentasi anaerobik di dalam larutan brine (air garam) untuk menghasilkan asid laktik atau memerap dan disimpan di dalam campuran asid (biasanya cuka)

Cuka telah dikenali manusia sejak dahulu kala yang mana ianya dihasilkan oleh pelbagai bakteria penghasil asid asetik (rumus molekul : CH3COOH / rumus empirik : C2H4O2), dan salah satu sumber asid asetik ialah hasil sampingan dari pembuatan bir atau wain. Dalam industri makanan, asid asetik digunakan sebagai pengawal keasidan (Keasidan (pKa) asid asetik ialah= 4.76 pada 25 °C).


Proses penghasilan cuka wain
Melalui proses fermentasi, jus anggur ditukar kepada minuman beralkohol dengan kehadiran yis. Yis akan bertindak balas dengan gula di dalam jus anggur untuk menghasilkan etanol (biasanya dikenali sebagai etil alkohol, dan karbon dioksida (sebagai by-product). Sekiranya melalui proses lanjutan seperti pengoksidaan, etanol yang dihasilkan ini akan dioksidakan kepada asetildehid dan seterusnya dioksidakan kepada asid asetik atau cuka wain, bergantung kepada bahan dan keadaan.


Fatwa3
Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain)
Tarikh Keputusan: 4 Apr, 2006
Tarikh Mula Muzakarah: 4 Apr, 2006
Tarikh Akhir Muzakarah: 6 Apr, 2006
Oleh: Muzakarah Kali Ke-73

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain). Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggunakan Cuka Wain (Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

3(Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wine-vinegar-cuka-wain)


Perbincangan lanjut yang diperlukan
Kita mestilah memahami asas kepada keputusan pengharaman itu.

Pertamanya ialah nama dan istilah wain itu sendiri yang boleh membawa kekeliruan dan membawa kepada konotasi bahan yang haram seperti mana istilah bak kut teh (dikaitkan dengan sup babi), hamburger (dikaitkan dengan burger babi) atau hot dog (terjemahan langsung membawa maksud “anjing panas”)

Kedua, kita perlu memberi penghuraian yang lebih lanjut bagi campuran bahan luar sehingga menyebabkan cuka wain itu haram. Ia supaya berlaku adil kepada realiti dan pihak industri.

Rasionalnya dalam industri, memang secara sengaja dimasukkan bakteria asid asetik agar hasilnya dimana alkohol secara pastinya akan bertukar menjadi cuka. Misalnya menyediakan 10 tong untuk dijadikan cuka wain atau cuka asli, jika kita membiarkan proses tersebut berlaku secara tabie tanpa dikawal atau diinokulasi secara sengaja, tidak dapat dipastikan sama ada proses fermentasi tersebut akan menghasilkan cuka atau ia akan akan rosak akibat daripada pencemaran bakteria lain.

Ketiga, perkara yang diambil perhatian termasuklah memberi penjelasan perbezaan antara proses penghasilan alkohol dan arak (khamr). Kerana jika arak ditambah, walaupun pada kadar yang sedikit, sekali-kali tidak memenuhi keperluan halal.



p/s : komen dan penambaikan amat dialu-alukan.

Info lanjut cuka wain:
1. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cuka-wain-haram-kata-mufti-selangor/
2. http://www.bernama.com/kpdnhep/news.php?id=497479&lang=my
3. http://www.selangorkini.com.my/my/berita/12486
4. http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/fatwa_haramkan_cuka_wain_perlu_kajian.html?date=2010-06-01
5. http://www.wisegeek.com/what-is-wine-vinegar.htm
6. http://en.wikipedia.org/wiki/Vinegar
7. http://www.wine-tastings-guide.com/how-to-make-wine-vinegar.html

Thursday, June 10, 2010

Koleksi berita Halal Mei 2010 (utusan online) : Siri 2

Pelaksanaan Standard MS1900:2005 harus menyeluruh dalam industri
KOTA KINABALU 11 Mei - Pelaksanaan Standard MS1900:2005 tidak harus tertumpu pada proses penghasilan produk-produk halal sahaja tetapi melibatkan aktiviti logistik, perdagangan dan kewangan yang mematuhi keperluan syarak secara menyeluruh.

"Cara itu bukan sahaja mematuhi keperluan syarak tetapi juga menjadikan negeri dan negara ini sebagai hab halal yang berkualiti tinggi. "

"Dalam hal ini, ingin ditekankan bahawa usaha mendapatkan pensijilan yang mematuhi keperluan syarak tidak harus dilihat sebagai satu perkara remeh atau dianggap beban dalam operasi perniagaan. "

"Hakikatnya, pensijilan ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih terbuka iaitu sebagai strategi ke arah mengukuhkan potensi perniagaan,"

"Matlamat akhir kita sudah pasti untuk melihat sesebuah organisasi atau syarikat dapat diperkasakan sekali gus berprestasi tinggi dan dapat menyumbang secara optimum ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat serta negara,"

- Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Seminar Pengenalan Sistem Pengurusan Kualiti (MS1900:2005) : Keperluan Daripada Perspektif Islam di Kompleks Tabung Haji

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_10.htm&arc=hive


Semua pihak perlu sedar mengenai cuka wain yang difatwa haram
SHAH ALAM 12 Mei — Semua pihak terutamanya pengusaha dan pengeluar makanan perlu mempunyai kesedaran sendiri berhubung penggunaan cuka wain dalam industri makanan yang difatwakan haram pada 2006.

"Walaupun fatwa mengenai pengharamannya dibuat pada 2006, namun masih ramai yang kurang prihatin malah ada yang tidak faham langsung berhubung larangan penggunaan bahan itu dalam penyediaan makanan halal."

"Biasanya cuka wain ini digunakan pada makanan seperti kek dan biskut termasuk di hotel-hotel, mungkin bertujuan supaya makanan yang dihasilkan tahan lebih lama atau mungkin juga bagi tujuan menyedapkanya,”

"Kesedaran adalah faktor penting di mana pengusaha dan pengeluar makanan perlu mengisytiharkan penggunaan cuka wain jika ia terdapat dalam produk yang mereka pasarkan, atau mereka boleh terus mengambil inisiatif tidak menggunakan bahan itu lagi dalam produk-produk mereka."

-Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid, Seminar Penerangan Fatwa Hukum Cuka Wain

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm&arc=hive


Fatwa haramkan cuka wain perlu kajian
SHAH ALAM 12 Mei - Walaupun Majlis Fatwa Negeri Selangor telah mengharamkan penggunaan cuka wain daripada anggur di kalangan umat Islam pada Jun 2006 tetapi sehingga kini ia sukar dilaksanakan.

"Saya berharap matlamat utama seminar untuk mencari jalan agar masalah mengenal pasti produk bercampur cuka wain dapat diatasi segera mencapai sasaran.

"Seminar ini juga diharap mampu memberi panduan kepada pengusaha makanan terutama di hotel untuk memasak makanan selaras dengan tuntutan halal dalam Islam," - Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid, Seminar Penerangan Pengharaman Cuka Wain Untuk Orang Islam.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 dan 27 Jun 2006 menyatakan haram menggunakan cuka wain atau seumpamanya yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan lain.

Bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain atau seumpamanya kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm&arc=hive


Tauhu, taucu, kicap buatan orang Islam
Semasa kecil-kecil dahulu, iaitu tahun-tahun 60-an dan 70-an, memakan tauhu, taucu, kicap, mee dan mihun buatan orang bukan Islam adalah perkara lumrah. Masa itu tidak timbul sama ada makanan itu buatan orang Islam atau tidak. Kerana konsep tanda halal juga belum ada.

Minum di kedai kopi bukan Islam adalah perkara biasa. Makan makanan buatan orang bukan Islam juga perkara biasa. Minum air tauhu, malah makan kuetiau sekalipun. Yang penting diketahui makanan itu sendiri bukanlah sesuatu yang tidak halal.

Pada satu hari di tahun 1978, sekumpulan orang berjubah hijau dan berserban putih datang memberi ceramah di sekolah penulis, Sekolah Menengah Sains Selangor. ..

....Hanya dengan orang Islam membuat sendiri makanan untuk dijual, maka dapat dipastikan halalnya. Ia merupakan fardu kifayah dan oleh kerana di Malaysia tidak ada orang Islam membuat tauhu, taucu, kicap dan pelbagai makanan harian lain, maka adalah kewajipan orang Islam untuk melakukannya.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_11.htm&arc=hive


Komita sasar eksport produk halal RM2.6 juta
PULAU PINANG 18 Mei - Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani (Komita) akan memasarkan produk halal negara ke pasaran antarabangsa dengan sasaran eksport bernilai RM2.56 juta bagi tempoh enam bulan pertama.

Ini merupakan hasil kerjasama strategik dengan AAALink Group Sdn. Bhd. (AAALink) menerusi pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) yang disaksikan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif Komita, Sheikh Ahmad Dasuki berkata, menerusi perjanjian itu, lapan negara terutamanya Timur Tengah antaranya Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Oman, Mesir dan Syria menjadi sasaran pasaran.

''Eksport ini meliputi bekalan bahan-bahan mentah antaranya daging segar, produk tenusu, produk sejuk beku, makanan kering termasuk makanan tradisional yang dikomersialkan seperti kerepek ubi dan kerepek pisang.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0519&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_13.htm&arc=hive


Pasaran jenama Islam semakin penting
KUALA LUMPUR 20 Mei - Kajian yang dijalankan oleh firma pengiklanan antarabangsa, Ogilvy & Mather, mengenal pasti 'pengguna baru Islam' sebagai perkembangan penting untuk jenama yang mahu mewujudkan hubungan yang berjaya dengan dunia Islam.

Pasaran Islam dianggap sangat penting untuk syarikat pemasaran, memandangkan segmen halal sahaja kini bernilai AS$2.1 trilion (RM6.72 trilion) dan berkembang sebanyak AS$500 bilion (RM1.6 trilion) setahun.

Pengarah Global Strategi Kebudayaan Ogilvy & Mather, Nazia Hussain :
"Pengguna muda Islam hari ini lebih terbuka, positif dan inovatif, sama seperti pengguna di tempat lain.

"Prinsip amalan penjenamaan Islam yang baik, merupakan amalan yang baik untuk semua perniagaan di seluruh dunia,"

"Sebagai contoh, label halal yang perlu mempunyai sijil, tidak lagi mencukupi untuk memujuk pengguna baharu Islam bahawa syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan menjalankan perniagaan selari dengan nilai-nilai Islam,"

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0521&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm&arc=hive


Kuat kuasa fatwa haramkan cuka wain
SHAH ALAM 21 Mei - Orang ramai mahu fatwa pengharaman penggunaan cuka wain (cuka dihasilkan daripada buah anggur) dalam makanan umat Islam segera dikuatkuasakan disamping makanan dan pengusaha terbabit disenaraikan.

Fatwa pengharaman tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Negeri Selangor pada 26 dan 27 Jun 2006 yang mengharamkan penggunaan cuka wain dalam kalangan umat Islam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tidak ramai yang tahu sudah wujud fatwa yang mengharamkan cuka wain dalam masakan untuk umat Islam.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0522&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm&arc=hive


Sarawak banyak restoran halal
KUCHING 22 Mei - Sejumlah 281 restoran dan hotel di Sarawak telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga hari ini.

Perkembangan itu menyaksikan Sarawak mendahului negeri-negeri lain di Semenanjung dan Sabah dari segi bilangan yang memperoleh sijil halal Jakim.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, peningkatan bilangan restoran dan hotel yang mendapat pengiktirafan halal jelas menunjukkan pengusaha premis makanan berkenaan bersikap lebih bertanggungjawab.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan para pelanggan Islam tidak berasa was-was apabila mengunjungi premis makanan mereka.

Tambahnya, secara keseluruhannya, hampir 75 peratus sijil halal yang dikeluarkan Jakim dimiliki pengusaha makanan di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

''Perkara ini berlaku mungkin disebabkan pengusaha makanan beragama Islam memandang remeh pengiktirafan ini," ujarnya.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0523&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive


Bukan semua alkohol haram
Salah tanggapan ini antara lain akibat kesilapan dalam menterjemahkan khamar daripada asal perkataan Arab kepada bahasa Inggeris sebagai alkohol. Sedangkan maksud sebenar khamar adalah arak.

Penggunaan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan. Alkohol yang dimaksudkan adalah etanol yang mungkin digunakan sebagai pelarut atau pembawa kepada bahan seperti perisa atau pewarna makanan. Istilah alkohol yang dimaksudkan di sini bukanlah arak. Kerana jika arak ditambah, walaupun pada kadar yang sedikit, tidak memenuhi keperluan halal.

Alkohol, secara umumnya pula merujuk kepada etanol tulen dan etanol nyahasli pada sebarang kepekatan (proof). ..

Dalam hal ini Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 24 Nov. 1988 telah mengeluarkan kenyataan bahawa kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:

- Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak

- Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan.

Pengharaman cuka wain itu adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-76 pada 4-6 April 2006.

Keputusan Muzakarah adalah: Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

Bagaimanapun, saya suka mencadangkan agar kita melihat kepada tiga aspek sebelum membuat keputusan dalam hal ini.

Pertama, memahami asas kepada pengharaman itu. Salah satu daripadanya berdasarkan kepada istilah wain iaitu mengharamkan sesuatu itu disebabkan konotasi pada namanya.

Contohnya, kalau wain ia mesti haram. Begitu juga kalau istilah bak kut teh (sup babi) membawa kepada konotasi bahan yang haram.

Dalam Standard Makanan Halal (MS1500) (Semakan Kedua) yang dikuatkuasakan mulai November 2009, mana-mana produk yang mempunyai istilah yang membawa kepada konotasi bahan yang haram tidak akan diberi pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kedua, kita perlu menjelaskan apakah maksud campur tangan bahan luar sehingga menyebabkan cuka wain itu haram. Ia supaya berlaku adil kepada realiti dan pihak industri.

Sebabnya, dalam industri sekarang, memang secara sengaja dimasukkan bakteria asid asetik supaya hasilnya dimana alkohol secara pastinya akan bertukar menjadi cuka.

Mereka ini tidak boleh mengambil risiko. Misalnya menyediakan 10 tong untuk dijadikan cuka wain atau cuka asli, jika kita membiarkan proses tersebut berlaku secara tabie tanpa dikawal atau diinokulasi secara sengaja, tidak dapat dipastikan sama ada proses fermentasi tersebut akan menghasilkan cuka atau ia akan akan rosak akibat daripada pencemaran bakteria lain.

Ketiga, peratusan kandungan alkohol di dalam cuka tersebut. Kajian yang kami lakukan di atas sampel-sampel yang diambil daripada pasaran setakat ini mendapati kandungan paling tinggi alkohol dalam cuka adalah 0.18 peratus.

Ini menjelaskan bahawa kandungan alkohol sedemikian adalah rendah dan kemungkinan besar tidak boleh memabukkan.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive


Pantau logo halal di kedai makan bukan Islam
SYABAS diucapkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Sarawak atas perhatian mengisytiharkan restoran-restoran dan kedai-kedai makan sebagai tempat yang halal untuk umat Islam menjamu selera.

Tetapi apa yang saya kecewa, pemberian sijil halal tidak disusuli dengan pemantauan yang berterusan. Malahan ada juga restoran-restoran yang bukan Islam turut mempunyai logo halal kerana cuba untuk mengaburi mata umat Islam. Persoalannya, di mana pihak Jabatan Agama Islam Sarawak?

Burunghantu_89@yahoo.com , Semariang Jaya, Kuching

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive


'Ajar' hotel tiada sijil halal
KENYATAAN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Sabtu lalu, bahawa tiada lagi majlis anjuran kerajaan akan diadakan di hotel yang tidak ada sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) amat dialu-alukan.

Syabas diucapkan kepada beliau kerana 'keberanian' mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebenarnya, sudah lama kita menunggu kenyataan tegas itu.

Sebabnya, tindakan itu bermakna kerajaan tidak lagi memberi muka kepada pengusaha hotel yang keras kepala dan memberi pelbagai alasan untuk tidak memohon sijil halal Jakim.

Ia juga sudah pasti dapat dijadikan panduan oleh masyarakat awam - hotel mana yang patut mereka singgah makan dan yang mana patut dipulaukan.

Daripada semakan di laman web e-halal Jakim, setakat semalam, cuma 62 dapur hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal Jakim. Walhal bilangan hotel di negara kita mencecah lebih 2,000 buah.

...Inilah antara akibat apabila pertimbangan keuntungan hanya dibuat berdasarkan neraca hidup di dunia sahaja...

...Apabila disebut halal, maknanya ia bukan sahaja tidak ada campuran babi dan arak. Sebaliknya jika diperhalusi, ia hendaklah bebas daripada unsur- unsur syubhat dan campur tangan walau sekelumit pun benda yang haram..

..Ayuh, kita sebagai umat Islam bersatu hati dan menunjukkan keseriusan kita dalam hal yang sama...

Makan yang halal itu perintah Allah SWT kepada kita sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekelian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban). (al-Baqarah: 168)

Orang beriman akan berusaha mencari makanan yang halal. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Mencari yang halal adalah fardu (wajib) bagi setiap orang Islam." (riwayat Dailami)

Di Malaysia, tiada sebab dan alasan bagi kita untuk tidak mencari makanan halal.
Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di akhirat. Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya." (riwayat Thabrani)

Jika mereka terus ingkar, elok Jakim mengeluarkan sijil tidak halal untuk ditampal di hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal Jakim.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive


Sijil halal diseragam, ujian penilaian KAFA diiktiraf
PUTRAJAYA 25 Mei - Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-51 di sini hari ini mencapai kesepakatan untuk menyeragamkan Sijil Halal Malaysia ke seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perakuan pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu akan dipersembahkan untuk perkenan Majlis Raja-Raja pada persidangan akan datang.

''Ketika ini hanya logo pada Sijil Halal Malaysia itu sahaja yang seragam tetapi kandungan sijilnya masih dikeluarkan secara berbeza-beza oleh kerajaan-kerajaan negeri. Selepas ini nanti, sijil berkenaan masih akan dikeluarkan oleh negeri-negeri ini tetapi kita akan pastikan ia seragam.

Fungsi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam termasuklah memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, kerajaan negeri atau Majlis Agama Islam negeri berkaitan perundangan atau pentadbiran agama Islam dengan tujuan menambah baik atau menggalakkan persamaan undang-undang.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0526&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive


Malaysia tumpu wujudkan ekosistem halal
ALOR SETAR 28 Mei — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih menumpukan kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ekosistem halal dan tidak hanya hab halal bagi produk makanan.

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia boleh dikatakan agak ketinggalan dalam pengeluaran produk makanan halal kepada beberapa negara terutama Thailand tetapi kerajaan tidak mahu fokus halal hanya kepada produk makanan sahaja tetapi juga produk lain.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0528&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm&arc=hive


Inisiatif iktiraf halal peringkat global - KasehDia
KUALA LUMPUR 28 Mei - Halal merupakan satu perkara yang begitu sensitif di kalangan umat Islam khususnya jika ia berkait rapat dengan makanan.

Jika sebelum ini berlaku kesukaran untuk mengenal pasti kesahihan status halal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memanipulasikan logo serta piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan tertentu secara tidak langsung meninggalkan tanda tanya, khususnya dalam pasaran industri makanan dan farmaseutikal di negara ini.

Berikutan tanggungjawab itu, Pengasas dan Pengarah Urusan KasehDia Sdn. Bhd, Jumaatun Azmi merasakan perlu ada satu inisiatif bagi mengiktiraf dan mengukuhkan kedudukan halal di peringkat serantau dan global agar menjadi satu platform kepada masyarakat dan industri khasnya.

Dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan dikenali umum, beliau merasakan Malaysia mampu bertindak dalam kapasitinya untuk menyediakan platform maklumat, rangkaian perhubungan, peluang niaga dan hal-hal yang berkaitan dengan agenda halal.

Jumaatun berkata, pasaran halal bertindak sebagai pintu perdagangan yang lebih besar dengan melibatkan perkhidmatan halal, kontrak dan piawaian halal, dan mata wang halal.

Tidak ketinggalan juga konsep halal turut memberi kesan kepada bidang fesyen dan tekstil, pelancongan, logistik, perkapalan, pengangkutan, hinggalah urusan storan di gudang.

sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive

kit pengesan daging babi (dalam makanan)