Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Wednesday, June 29, 2011

Kisah DNA 6461 lagi..kali ini dalam sos



Utusan ada laporkan 15 Jun lepas, terdapat penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce. Apa yang dilaporkan, JAKIM sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya. Maka, diarahkan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan kedua-dua produk tersebut untuk menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil Halal.

Menurut Incik Sazali Harun, yang dikatakan sebagai 'Pengarah' Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pihak yang telah menggunakan kedua-dua produk tersebut diminta untuk melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada JAKIM. Malah, mereka juga perlu mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak JAKIM.

sumbernya di sini.

Tidak cukup dengan itu, beberapa hari selepas itu, pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pula melalui pena Presidennya, telah meng'highlight'kan sekali lagi berkenaan isu kedua-dua sos tersebut. Apa yang mereka tegaskan, sebarang isu yang berkaitan persoalan Halal dan haram perlu diambil serius kerana ia sesuatu yang amat sensitif kepada pengguna Islam. pihak berkuasa bertindak tegas dengan menguji sampel produk berkaitan dengan sos selain daripada jenama berkenaan memandangkan begitu banyak sos yang dikeluarkan dalam negara atau pun dari luar negara.

Menurut mereka, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana sos digunakan di dalam banyak bahan masakan di rumah dan juga di kedai, restoran dan gerai-gerai makanan terutamanya dalam makanan ala Barat. Melalui pembangunan teknologi makanan, pemprosesan makanan menjadi semakin kompleks dan pengguna juga mempunyai pelbagai makanan yang diproses untuk dipilih dan keadaan inilah yang mendedahkan pengguna kepada pelbagai jenis makanan yang mungkin mengandungi bahan Haram.

sumber yang ini pula di sini.



Bagi tidak hanya membiarkan isu ini berlarutan dan 'ditambah perisa', maka dibuat jugalah kenyataan akhbar oleh yang tertuduh sebagaimana dilaporkan di sini. Pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, telah menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kedua-dua jenama itu telah disahkan Halal. Mereka kata dah patuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing. HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.

Pengilang HP Sauce, Heinz juga telah menjalankan tiga ujian bagi mengesan DNA babi dan didapati tiada kesan DNA babi dan hasil ujian-ujian itu telah dikemukakan kepada JAKIM. Tabasco juga disahkan halal oleh IFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang merupakan pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi JAKIM bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya

Entah macam mana statusnya sekarang. Yang jadi mangsa tetaplah pengguna. Dengar kata, sos ni digunakan oleh salah satu rangkaian restoran makanan antarabangsa di Malaysia ni. Sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah dulu tidak dimakan sos tersebut sehingga disahkan benar-benar Halal dan toyyiba oleh badan autoriti dalam negara iaitu JAKIM.




Satu lagi , Incik Sazali Harun tu 'Pengarah' Hab Halal ke? Apa da Utusan Meloya ni..






(Semua gambar adalah hiasan semata-mata)

No comments:

kit pengesan daging babi (dalam makanan)