Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Sunday, June 5, 2011

Siiru Fil Ardh Fanzuru : Negara India Siri 1

Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada ambo menjejakkan kaki ke bumi India, yang mana laksana ‘Mekah’, menurut kenalan Jemaah Tabligh. Di sinilah salah satu destinasi mereka untuk melalui latihan dan pegembaran rohani ‘khuruj’ selama 4 bulan, selain negara Pakistan dan Bangladesh. Pengembaraan kali ini, sebagaimana pengembaraan sebelum ini, atas urusan kerja dan kali ini ialah untuk membantu saudara seIslam dari Aligarh untuk mematuhi syarat dan keperluan bagi pengeksporan bahan mentah keluaran syarikat mereka ke Malaysia. Misi ambo di sana adalah selama 6 hari bermula 14 April 2011.

Aligarh (Hindi: अलीगढ़,) terletak di negeri utara India, Uttar Pradesh. Jarak antara bandar ini dan New Delhi lebih kurang 90 batu atau 140 km ke tenggara. Di sini terletaknya pusat pentadbiran Daerah dan Divisyen Aligarh dan mempunyai jumlah population lebih kurang 1 juta orang (lebih kurang sama dengan jumlah populasi di negeri Kelantan). Divisyen Aligarh division merangkumi Daerah Aligarh, Etah, Hathras, dan Kanshi Ram Nagar. Bandar Aligarh juga dikenali dengan Bandar Universiti (university town) dan 'Mecca of Education' kerana di sini juga terletaknya Universiti Muslim Aligarh yang terkenal. Beberapa sarjana dan intelektual Islam dikaitkan dengan universiti ini termasuklah Sir Muhammad Iqbal yang mana merupakan antara yang terlibat dalam mengasaskan Negara Pakisatan. Aligarh juga merupakan salah satu daripada 13 Bandar Metro Uttar Pradesh (Aligarh, Agra, Allahabad, Bareliy, Gazhiabad, Gorakhpur, Jhansi, Kanpur, Lucknow, Moradabad, Merrut, Saharanpur, Varanasi).





Tanggapan pertama sebelum ke sana, pastilah agak ‘sukar’ dan ‘mencabar’, tambah-tambah lagi cerita dari kenalan yang pernah ke sana yang menceritakan betapa miskinnya masyarakat India. Namun, sesampainya di sana, tanggapan itu mulai luntur dek kerana melihat Lapangan Terbang Indra Gandhi yang baru. Info lanjut boleh rujuk di sini dan juga di sini.






Perjalanan dari lapangan terbang ke Aligarh mengambil masa lebih kurang 5 jam, tanpa dapat melihat pemandangan sekitar, maklumlah penerbangan tiba jam 10.00 malam (waktu tempatan). Layan mata sahajalah (zzzz). Dari hari pertama hingga hari terakhir, masa bekerja di loji penyembelihan syarikat bermula seawal selepas bersarapan, lebih kurang antara jam 8.00 ke 9.00 pagi. Pemilik syarikat tersebut ialah seorang ‘karkun’ atau ahli Tabligh. Berbanding di Malaysia, pengamalan kehidupan Tabligh lebih dimasyarakatkan di India kerana nilai tersebut amat dominan. Memang benarlah, sifat-sifat yang ada mesyarakat India seperti menghormati dan memuliakan tetamu serta mudah memaafkan perlu dicontohi. Biar hidup dengan serba kekurangan, namun hati tenang dan bahagia.









Hari ke-5 di sana, perut mulai meragam dan mulalah terkeluar segala ‘isi perut’ dari ‘atas’ dan ‘bawah’. Masakan tidak, selama di sana, asyik dihidangkan beriani atau jika tidak pun, maskan yang berempah dan ‘cai masala’ (teh susu yang dicampurkan rempah ratus). Setelah 6 hari di sana, masa untuk pulang dan perjalanan ke lapangan terbang kali ini adalah pada siang hari. Sekurang-kurangnya, dapat juga ambo melihat pemandangan sekitar di sepanjang perjalanan. Tidak jauh sebelum memasuki bandar Faridabad, sempat juga singgah di ‘R & R’ sebentar untuk mengisi perut. Alhamdulillah, tiba di lapangan terbang, solat jamak Taqdim di sana dan selamat tiba di bumi Malaysia pada keesokan harinya.





“Ya Allah, Ya Tuhanku, tempatkanlah aku di tempat yang diberkatiMu dan
sesungguhnya Engkaulah juga sebaik-baik pemberi tempat”

Info tambahn lanjut Aligarh :
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Aligarh
2. http://www.answers.com/topic/aligarh
3. http://www.aligarhdirectory.com/history.php
4. https://sites.google.com/site/greateraligarh/
5. http://www.absoluteastronomy.com/topics/Aligarh

No comments:

kit pengesan daging babi (dalam makanan)