Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Wednesday, June 29, 2011

Kisah DNA 6461 lagi..kali ini dalam sos



Utusan ada laporkan 15 Jun lepas, terdapat penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce. Apa yang dilaporkan, JAKIM sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya. Maka, diarahkan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan kedua-dua produk tersebut untuk menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil Halal.

Menurut Incik Sazali Harun, yang dikatakan sebagai 'Pengarah' Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pihak yang telah menggunakan kedua-dua produk tersebut diminta untuk melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada JAKIM. Malah, mereka juga perlu mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak JAKIM.

sumbernya di sini.

Tidak cukup dengan itu, beberapa hari selepas itu, pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pula melalui pena Presidennya, telah meng'highlight'kan sekali lagi berkenaan isu kedua-dua sos tersebut. Apa yang mereka tegaskan, sebarang isu yang berkaitan persoalan Halal dan haram perlu diambil serius kerana ia sesuatu yang amat sensitif kepada pengguna Islam. pihak berkuasa bertindak tegas dengan menguji sampel produk berkaitan dengan sos selain daripada jenama berkenaan memandangkan begitu banyak sos yang dikeluarkan dalam negara atau pun dari luar negara.

Menurut mereka, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana sos digunakan di dalam banyak bahan masakan di rumah dan juga di kedai, restoran dan gerai-gerai makanan terutamanya dalam makanan ala Barat. Melalui pembangunan teknologi makanan, pemprosesan makanan menjadi semakin kompleks dan pengguna juga mempunyai pelbagai makanan yang diproses untuk dipilih dan keadaan inilah yang mendedahkan pengguna kepada pelbagai jenis makanan yang mungkin mengandungi bahan Haram.

sumber yang ini pula di sini.



Bagi tidak hanya membiarkan isu ini berlarutan dan 'ditambah perisa', maka dibuat jugalah kenyataan akhbar oleh yang tertuduh sebagaimana dilaporkan di sini. Pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, telah menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kedua-dua jenama itu telah disahkan Halal. Mereka kata dah patuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing. HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.

Pengilang HP Sauce, Heinz juga telah menjalankan tiga ujian bagi mengesan DNA babi dan didapati tiada kesan DNA babi dan hasil ujian-ujian itu telah dikemukakan kepada JAKIM. Tabasco juga disahkan halal oleh IFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang merupakan pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi JAKIM bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya

Entah macam mana statusnya sekarang. Yang jadi mangsa tetaplah pengguna. Dengar kata, sos ni digunakan oleh salah satu rangkaian restoran makanan antarabangsa di Malaysia ni. Sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah dulu tidak dimakan sos tersebut sehingga disahkan benar-benar Halal dan toyyiba oleh badan autoriti dalam negara iaitu JAKIM.




Satu lagi , Incik Sazali Harun tu 'Pengarah' Hab Halal ke? Apa da Utusan Meloya ni..






(Semua gambar adalah hiasan semata-mata)

Berita baik (sikit juga ada) untuk penggemar restoran mamak

Akta Perihal Dagangan 2011 bakal berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan dan antara pihak yang mengalami kesan penguatkuasaan akta tersebut dan bakal dikenakan tindakan tkeras termasuklah restoran yang sengaja meletakkan ayat al-Quran atau tulisan jawi bagi mengelirukan umat Islam agar menyangka premis itu halal.





“Tindakan pemilik restoran itu dianggap sebagai cubaan
mengelirukan pengguna
(umat Islam) sehingga wujud anggapan bahawa
sesebuah restoran itu Halal, sedangkan ia tidak."




"Menerusi akta ini, pengguna boleh membuat aduan mengenai kewujudan restoran sebegini dan kita akan mengambil tindakan.”

"Logo Halal juga akan diseragamkan kerana buat masa sekarang terdapat tujuh syarikat swasta yang mengeluarkan sijil Halal."

“Penyelarasan ini juga memberi kuasa kepada pihak Kastam untuk menghalang kemasukan barangan import yang tidak mempunyai perakuan Halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sesi perbahasan rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat, Jun 2011)
sumber : utusan meloya






Jangan main-main yer. Awas tokey-tokey mapley (Gambar sekadar hiasa jer..)

Friday, June 17, 2011

Renungan 2

Hadith 1 :
Abu Sa'id al-Khudri (radhiAllaahu 'anhu) reported,
"One day the Prophet (sallallaahu 'alaihi wa sallam) entered the mosque.
He (sallallaahu 'alaihi wa sallam) saw there a man from the Ansar called Abu Umamah.
He(sallallaahu 'alaihi wa sallam) asked, 'What is the matter with you
that I see you sitting in the mosque when it is not the time of prayer.
' He replied, 'I am very much worried and in great debt, O Messenger of Allah!'
The Prophet (sallallaahu 'alaihi wa sallam) said,

'Let me teach you words to say so that
Allah will remove your worries and settle your debt?'

He exclaimed, 'Of course, O, Messenger of Allah.'
The Prophet (sallallaahu 'alaihi wa sallam) said,
'Say in morning and evening,





Allahumma innee a`udhu bika mina al-hamm wal hazan
wa a`udhu bika mina al-`ajzi wa al-kasal
wa a`udhu bika mina al-jubun wa al-bukhl
wa a`udhu bika min ghalabati al-dayni wa qahri al-rrijaal





"O Allah, I seek refuge in You from all worry and grief. I seek refuge in You from
incapacity and slackness. I seek refuge in You from cowardice and niggardliness,
and I seek refuge in You from being overcome by debt and being subjected to men".
' The man said, 'When I did that, Allah removed all my worries and settled my debt'."
[Abu Daw'ud]





Hadith 2:
Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported:
The Messenger of Allah Sall-Allahu alayhi wa sallam said,

"There are two statements that are light for the tongue
to remember, heavy in the Scales and are dear to the Merciful:

`Subhan-Allahi wa bihamdihi, Subhan-Allahil- Azim

[Glory be to Allah and His is the praise, (and) Allah,
the Greatest is free from imperfection)'.''
[Al-Bukhari and Muslim].

Tuesday, June 14, 2011

DNA 6461 dalam makanan : Masih ada Sinarnya

Kesedaran terhadap peri penting mengambil berat aspek makanan dan pemakanan Halal semakin meningkat terutama dalam zaman milenium baru yang serba canggih ini. Sekiranya dahulu isu-isu Halal-Haram hanya berlegar di sekitar sama ada makanan tersebut bercampur dengan daging Babi sahaja atau diproses oleh orang bukan Islam, namun kini persoalan Halal-Haram bukan sahaja berkait bahan hasilan Babi yang dicampur dalam makanan, bahkan sehingga kepada isu-isu yang berkaitan DNA Babi yang dijumpai dalam makanan. Sedikit info berkaitan berkenaan DNA boleh dirujuk di sini. Lebih-lebih lagi makanan tersebut telah disahkan Halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini.

Secara ringkasnya, pihak JAKIM terlibat dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam d negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak. Penggunaan sijil pengesahan beserta logo halal bagi pengesahan halal bermula pada tahun 1994 dan pada 30September 1998, pihak kerajaan telah melantik Syarikat Ilham Daya untuk melaksanakan pemeriksaan halal. Walau bagaimanapun, pada 1 September 2002, kerajaan telah memutuskan bahawa semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam yang mempunyai hanya 28 jawatan.

Dengan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan keperluan semasa umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hub Halal. Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation (HDC)(Rujuk di sini untuk info ringkas). Walau bagaimanapun mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan pensijilan Halal Malaysia dalam dan luar negara dikembalikan kepada JAKIM (Rujuk di sini untuk info ringkas).

Berbalik kepada persoalan DNA babi,apabila masyarakat didedahkan satu demi satu berita penemuan DNA babi dalam makanan, sudah pasti ia mendatangkan kegusaran dan kebimbangan kepada mereka dalam memilih makanan yang benar-benar bebas dari unsur-unsur yang mendatangkan syubhah dan seterusnya mengelakkan terjebak daripada memakan makanan yang dikotori unsur-unsur najis mughallazah ini. Atas kesedaran untuk sedikit sebanyak membantu masyarakat awam, beberapa inisitif telah diambil oleh pihak institusi pengajuan tinggi tempatan dan swasta menghasilkan peralatan, kit atau bahan bantuan ringkas yang mana pantas mendapatkan keputusan, mudah dibawa ke mana-mana dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya.

Antara perlatan atau kit yang telah dihasilkan termasuklah HaFSY (Halal Verification System) atau sistem pengesahan halal yang dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM). Alat ini berfungsi sebagai pengesan produk halal atau haram melalui pengesanan dan pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA) yang dikhaskan bagi menentukan sesuatu produk mengandungi DNA babi atau tidak. Berbanding kaedah kajian sebelum ini, sampel produk perlu dibawa ke makmal untuk dikaji dan keputusan paling cepat akan diperoleh selepas dua hari. Namun, dengan penggunaan HaFSY, keputusan cuma diperoleh dalam masa satu jam untuk menentukan produk mengandungi DNA babi atau tidak. Ia bermaksud pengguna boleh mengenal pasti atau mengesan kehadiran DNA babi dengan satu langkah penyediaan saja, menekan butang pada mesin Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Ujian Tindakan Rantai Polimeris dan keputusan sama ada positif atau tidak boleh diperoleh dalam masa satu jam, bersesuaian dengan moto produk HaFYS iaitu ‘one step, one button, one hour’ (satu langkah, satu butang, satu jam).

Alatan ini telah direka dengan rekaan bentuk primer dan ‘probe’ (alat siasatan) sepadan dengan jujukan DNA babi. Seterusnya analisis lanjut PCR dijalankan bagi menentukan sama ada wujud DNA babi dalam sesuatu produk halal di mana hanya ada dua keputusan tepat iaitu positif atau negatif. Malah, HaFYS juga direka untuk mengesan unsur DNA babi dalam kajian terhadap pakaian, barangan kosmetik. Apa saja yang mempunyai unsur DNA babi walaupun dalam jumlah yang terlalu kecil, boleh dikesan menggunakan alat berkenaan. Setakat ini, IPPH hanya memfokuskan kepada alat pengesanan kehadiran unsur DNA babi dan kini membangunkan kaedah sama mengesan kehadiran unsur alkohol. Meskipun banyak pihak dikatakan mempunyai alatan PCR dalam menjalankan kajian makmal, namun produk HaFYS diakui satu-satunya produk di dunia yang lebih terperinci dan dikhaskan kepada mengesan DNA babi.

Kaedah penggunaan HaFSY dilihat menepati cita rasa masyarakat kerana pengguna hanya perlu memasukkan sampel kecil produk ke dalam tabung kecil sebesar batang pen sebelum meletakkannya ke dalam pemegang khas. Sampel itu akan dimasukkan ke dalam tabung kecil yang mengandungi semua bahan kajian dan ia akan mengesan sebarang unsur DNA babi. Produk HaFYS akan dapat mengesan dengan tepat jika terdapat anggaran unsur DNA babi dalam sebarang produk dengan catatan bacaan 0.001 peratus ataupun satu auns (0.04 gram) bagi setiap satu kilogram. Mesin HaFYS yang seberat 4 kilogram ini bernilai RM50,000 di mana setiap satu cartridge bernilai RM200.

Kaedah lain yang digunakan untuk mengesan unsur-unsur yang haram ini termasuklah Protein (ELISA), Lemak (Kromatografi, FTIR), Electric Nose dan Alkohol (GC).

Selain itu, pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (Ihram) juga telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Porcine Rapid Test Kit atau Kit Ujian Khinzir melalui kerjasama dengan pihak Envo Green Sdn. Bhd. Kit Ujian khinzir direka untuk mengesan kewujudan atau kehadiran khinzir dalam masa yang singkat. Kit ini mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran tertentu untuk mengendalikannya. Kaedahnya ialah dengan hanya mencampurkan sedikit air dengan produk yang hendak diuji. Kemudian masukkan Kit Ujian Khinzir ke dalam campuran berkenaan dan tunggu seketika untuk mendapat keputusannya.

Malah, tidak kurang juga usaha yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga telah berjaya menemui kaedah mudah, murah dan cepat bagi membezakan antara daging ayam dengan daging babi dengan menggunakan alat 'spectrophometer' dan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose'. Melalui penggunaan perlatan tersebut, daging kedua-dua haiwan itu akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut. Proses ujian tersebut amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi kerana seseorang hanya perlu mengambil secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan untuk diuji. Kemudian, campuran ini akan dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya. Dengan menggunakan alat 'spectrophometer', julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi. Melalui ujian yang memakan masa kurang daripada dua jam itu, warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging babi. Kos spectrophometer ini hanya serendah RM10,000 manakala kos gula ribose ini adalah RM15 bagi empat gram berbanding peralatan sofistikated lain di pasaran yang boleh membuat uji kaji yang sama tetapi harganya tinggi hingga mencecah RM300,000.

Dengan sedikit contoh usaha dan inisiatif yang telah dihasilkan oleh kumpulan penyelidik tempatan, sekurang-kurangnya masyarakat mampu sedikit menafik nafas lega.Malah, makmal-makmal penyelidikan bagi menjalankan kajian serta analisis terperinci secara saintifik terhadap produk yang ingin mendapatkan status ke'halal'annya giat dibangunkan dewasa ini termasuklah Makmal Institut Halal Malaysia yang pertama seumpamanya di negara ini yang dibangunkan oleh JAKIM dengan kos pembinaan RM27.3 juta di Bandar Enstek, Nilai yang dijangka akan beroperasi pada seawal tahun 2013 dan Makmal Analisis Halal yang dibangunkan oleh Technology Park Malaysia melalui anak syarikatnya, TPMB sejak awal tahun 2010 yang menawarkan perkhidmatan analisis halal merangkumi pengesanan jujukan DNA khinzir melalui kaedah biologi molekul, serta pengesanan dan penentuan kandungan logam berat, alkohol dan mikroorganisme dari sampel produk melalui kaedah GC-MS, ICP-MS dan bakteria identifikasi.

Namun, sejauh mana penyelidikan ini dan pembangunan dapat dimanfaat oleh majoriti masyarakat masih menjadi cabaran dalam perkembangan industri Halal. Penyelidikan demi penyelidikan masih perlu dilakukan selain usaha pengkomersilan peralatan yang pengesanan yang dihasilkan secara lebih meluas agar masyarakat umum dapat benar-benar mendapat manfaat daripada uasaha dan inisiatif ini . Mungkinkah pada masa itu, masyarakat mampu memiliki peralatan tersebut dan membuat ujian pengesahan semudah kertas litmus atau test-pen sahaja.




Maklumat tambahan juga boleh didapati di :
1. http://www.halal.upm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=149
2. http://pragmatisusim.blogspot.com/2010/06/usim-envo-green-hasil-kit-kesan-khinzir.html
3. http://unmsia.com/the-new-definitions-of-halal/
4.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm
5. http://www.faqs.org/patents/app/20100216136
6. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jaminanhalal/Article/index_html
7. http://www.halaljournal.com/article/4509/boost-for-halal-industry

Friday, June 10, 2011

Rejab : Bulan umat





Bulan Rejab termasuk didalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci oleh umat Islam. Bulan Rajab ini menduduki senarai yang ke 7 dalam bulan-bulan Qamariyyah.

Firman Allah didalam surah At-taubah ayat 36 yang bermaksud: “Sesunguhnya bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati, ketetapan yang demikian ialah agama yang betul lurus,maka janganlah kamu mengganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu(dengan melanggar larangannya). Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.

Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan dalam ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan peperangan didalam bulan tersebut. Inilah sesuatu pengiktirafan oleh Allah SWT terhadap bulan Rejab disamping bulan-bulan haram yang lain.

Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku didalam bulan rejab, diantaranya ialah:

Pertama-Peristiwa israk dan mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama Islam, ia adalah peristiwa dimana Rasulullah s.a.w telah diperjalankan dari Mekah ke Baitil Muqaddis dan kemudiannya diangkat kelangit untuk bertemu Allah SWT, disinilah bermulanya kefarduan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

Kedua-Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habshah oleh beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w termasuk Saidina Uthman Bin Affan ra dan isterinya Ruqayyah binti Rasulullah s.a.w.

Ketiga-Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan hijrah. Ia adalah peperangan yang menguji iman para sahabat kerana ia beraku pada musim panas.Pertempuran ini dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab. Walau bagaimana pun pertempuran tidak berlaku kerana tentera Rom membatalkan hasrat mereka lantaran perasaan gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.

Selain daripada itu,terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku didalam bulan yang mulia ini seperti kelahiran Imam ahlis sunnah, Imam As-Shafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam ditanah air iaitulah dalam bulan rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi.Demikian juga peristiwa bersejarah iaitu pembebasan semula Palestin dan kota Baitul Maqdis oleh Solahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera solib juga berlaku dalam buan Rejab iaitu sekitar 27 Rejab 538 Hijrah.

Kaum muslimin Rahimakumullah,

Sesetengah umat Islam akan berpuasa sunat didalam bulan rejab. Sesetengahnya pula akan pergi menunaikan umrah, kerana menganggap umrah yang mereka lakukan didalam bulan ini ada fadilatnya yang khusus. Tidak kurang juga terdapat umat Islam yang berusaha memperbanyakkan sedekah pada bulan ini dengan beranggapan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan ulama mutakhirin menyatakan bahawa tanggapan ibadah-ibadah sunat ini akan mendapat ganjaran berpuluh kali ganda atau beribu kali ganda adalah tanggapan yang tidak benar. Apa yang pasti bahawa bulan ini adalah termasuk didalam kelompok bulan-bulan haram dimana umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat sama ada solat sunat, berpuasa, bersedekah atau lain-lain lagi.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Hakikat ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang beramal soleh hanya dia sahaja yang maha mengetahui. Oleh kerana itu sudah sewajarnyalah didalam bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan yang lain diisi dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan mendapat keredaannya.

Sesungguhnya terdapat banyak hadis-hadis nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang memberikan galakkan kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu amal ibadah tanpa mengira didalam bulan mana mereka melaksanakannya. Oleh kerana itu, bersempena datangnya bulan Rejab ini banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan seperti mana juga didalam bulan-bulan yang lain, diantaranya,

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab.
Amalan berpuasa sunat adalah merupakan satu galakan daripada Allah SWT kepada umat Muhammad s.a.w sebagaimana disebutkan didalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud,

“Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah SWT berfirman bahawa puasa itu adalah untukKu maka Akulah yang akan membalasnya”.

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim Al-Ansori, beliau (Uthman) pernah bertanyakan kepada Said bin Jubair mengenai puasa Rejab. Said menjawab “Aku mendengar Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa rejab sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka (terus menerus berpuasa) dan baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa”.

2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam yang bermaksud “Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik dari dari tangan yang dibawah (penerima)”.

3. Memperbanyakkan zikirullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ra''d ayat ke 28 yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia”.

Demikianlah sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Amalan ini sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan, sudah pasti akan dapat melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT. Ini sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan masalah sosial yang lain. Malangnya, amalan mulia sebegini sering ditinggalkan oleh sebahagian umat Islam sama ada oleh golongan muda mahupun golongan tua. Akibatnya, mereka lebih banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terlibat dengan pelbagai bentuk kegiatan jenayah.

Saudara-saudariku seaqidah sekalian,

Al-Imam al-Nawawi mengkhususkan suatu bab dalam karya ulungnya Riyadhus Salihin tentang keutamaan beriltizam dengan surah-surah yang tertentu, juga wirid-wirid yang khusus sebagai satu komponen yang penting membentuk peribadi salih.Ini termasuk keutamaan membaca al-Fatihah, ayatul Kursiy, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Mulk dan 3 Qul ( al-Ikhlas, al-Falaq & al-Naas ) .

Wirid-wirid yang tertentu juga amat mustahak diamalkan kerana ia adalah supplement ruhani yang sering diabaikan menyebabkan berlakunya kecenderungan melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.Kita juga seharusnya tidak melupakan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa dengan zikrullah, hati mereka akan merasa aman dan tenteram.

Di samping itu ramai umat Islam yang melupakan sabda Rasulullah s.a.w tentang keutamaan berpuasa untuk mengelakkan diri dari perkara- perkara maksiat. Inilah merupakan sebahagian dari program pengabdian diri bagi melahirkan rasa ubudiyyah buat menongkah perangai mazmumah sebagai persiapan menyemarakkanisemangat Ramadhan.

Marilah kita bersama memulakan tazkiyyah ini dengan melakukan senarai semak atau bermuhasabah agar amalan-amalan sunat ini didalam membentuk jiwa dan peribadi yang sempurna. Dengan bermulanya bulan Rejab ini, anak-anak muda khususnya dan umat Islam umumnya harus diberikan kesedaran dan sedikit suntikan semangat supaya bersama-sama menghidupkan amalan-amalan mulia ini dan seterusnya dapat membangunkan diri mereka menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT.

Apa yang kita harapkan agar amalan-amalan didalam bulan Rejab ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8 bermaksud: “Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam suratan amalannya)dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalannya)”.










Wednesday, June 8, 2011

Renungan 1




Abu Hurairah Radiyallahu 'anhu reported that

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam in a Hadith Qudsi said:


When Allah had created the creation,

He wrote in His Book which

is with Him above the Throne:





"Indeed My Mercy prevails over My Anger".


{ Muslim }

Merealisasikan Ekosistem Halal untuk Kesejahteraan Umat

Sunday, June 5, 2011

Siiru Fil Ardh Fanzuru : Negara India Siri 1

Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada ambo menjejakkan kaki ke bumi India, yang mana laksana ‘Mekah’, menurut kenalan Jemaah Tabligh. Di sinilah salah satu destinasi mereka untuk melalui latihan dan pegembaran rohani ‘khuruj’ selama 4 bulan, selain negara Pakistan dan Bangladesh. Pengembaraan kali ini, sebagaimana pengembaraan sebelum ini, atas urusan kerja dan kali ini ialah untuk membantu saudara seIslam dari Aligarh untuk mematuhi syarat dan keperluan bagi pengeksporan bahan mentah keluaran syarikat mereka ke Malaysia. Misi ambo di sana adalah selama 6 hari bermula 14 April 2011.

Aligarh (Hindi: अलीगढ़,) terletak di negeri utara India, Uttar Pradesh. Jarak antara bandar ini dan New Delhi lebih kurang 90 batu atau 140 km ke tenggara. Di sini terletaknya pusat pentadbiran Daerah dan Divisyen Aligarh dan mempunyai jumlah population lebih kurang 1 juta orang (lebih kurang sama dengan jumlah populasi di negeri Kelantan). Divisyen Aligarh division merangkumi Daerah Aligarh, Etah, Hathras, dan Kanshi Ram Nagar. Bandar Aligarh juga dikenali dengan Bandar Universiti (university town) dan 'Mecca of Education' kerana di sini juga terletaknya Universiti Muslim Aligarh yang terkenal. Beberapa sarjana dan intelektual Islam dikaitkan dengan universiti ini termasuklah Sir Muhammad Iqbal yang mana merupakan antara yang terlibat dalam mengasaskan Negara Pakisatan. Aligarh juga merupakan salah satu daripada 13 Bandar Metro Uttar Pradesh (Aligarh, Agra, Allahabad, Bareliy, Gazhiabad, Gorakhpur, Jhansi, Kanpur, Lucknow, Moradabad, Merrut, Saharanpur, Varanasi).





Tanggapan pertama sebelum ke sana, pastilah agak ‘sukar’ dan ‘mencabar’, tambah-tambah lagi cerita dari kenalan yang pernah ke sana yang menceritakan betapa miskinnya masyarakat India. Namun, sesampainya di sana, tanggapan itu mulai luntur dek kerana melihat Lapangan Terbang Indra Gandhi yang baru. Info lanjut boleh rujuk di sini dan juga di sini.






Perjalanan dari lapangan terbang ke Aligarh mengambil masa lebih kurang 5 jam, tanpa dapat melihat pemandangan sekitar, maklumlah penerbangan tiba jam 10.00 malam (waktu tempatan). Layan mata sahajalah (zzzz). Dari hari pertama hingga hari terakhir, masa bekerja di loji penyembelihan syarikat bermula seawal selepas bersarapan, lebih kurang antara jam 8.00 ke 9.00 pagi. Pemilik syarikat tersebut ialah seorang ‘karkun’ atau ahli Tabligh. Berbanding di Malaysia, pengamalan kehidupan Tabligh lebih dimasyarakatkan di India kerana nilai tersebut amat dominan. Memang benarlah, sifat-sifat yang ada mesyarakat India seperti menghormati dan memuliakan tetamu serta mudah memaafkan perlu dicontohi. Biar hidup dengan serba kekurangan, namun hati tenang dan bahagia.









Hari ke-5 di sana, perut mulai meragam dan mulalah terkeluar segala ‘isi perut’ dari ‘atas’ dan ‘bawah’. Masakan tidak, selama di sana, asyik dihidangkan beriani atau jika tidak pun, maskan yang berempah dan ‘cai masala’ (teh susu yang dicampurkan rempah ratus). Setelah 6 hari di sana, masa untuk pulang dan perjalanan ke lapangan terbang kali ini adalah pada siang hari. Sekurang-kurangnya, dapat juga ambo melihat pemandangan sekitar di sepanjang perjalanan. Tidak jauh sebelum memasuki bandar Faridabad, sempat juga singgah di ‘R & R’ sebentar untuk mengisi perut. Alhamdulillah, tiba di lapangan terbang, solat jamak Taqdim di sana dan selamat tiba di bumi Malaysia pada keesokan harinya.





“Ya Allah, Ya Tuhanku, tempatkanlah aku di tempat yang diberkatiMu dan
sesungguhnya Engkaulah juga sebaik-baik pemberi tempat”

Info tambahn lanjut Aligarh :
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Aligarh
2. http://www.answers.com/topic/aligarh
3. http://www.aligarhdirectory.com/history.php
4. https://sites.google.com/site/greateraligarh/
5. http://www.absoluteastronomy.com/topics/Aligarh

Thursday, June 2, 2011

penemuan demi penemuan DNA 6461





Rantaian isu-isu Halal-Haram semasa berkenaan babi dihangatkan semula dalam bulan Mei 2011 dengan isu penarikan sijil Halal syarikat Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966)yang dikatakan berpunca daripada penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut.Arahan JAKIM berkenaan penarikan serta sijil Halal syarikat tersbut boleh dirujuk di sini.

Selepas itu,muncul pula isu penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757) dan akibatnya, permohonan persijilan syarikat mereka tidak diluluskan JAKIM. Maklumatnya di sini. Namun, yang lebih hangat, apabila sebuah syarikat rangkain restoran cafe Secret recipe juga terpalit kononnya menggunakan bahan mentah yang dikeluarkan oleh Puratos. Ai, cepat benor sebarkan maklumat yang belum disahkan kebenarannya ni..Sebagai contohnya di sini.

Maka, hebohlah orang ramai perkatakan makan produk Secret Recipe adalah Haram kerana menggunakan ramuan yang mengandungi DNA Babi. Tapi, tidak lama selepas itu, Eksekutif Halal syarikat tersebut telah menerangkan bahawa mereka tidak menggunakan ramuan dari syarikat Puratos dan setelah diselidiki sememangnya Secret Recipe yang dimsksudkan ialah nama ramuan yang dikeluarkan oleh Puratos dan tidak melibatkan syarikat Secret Recipe. Maklumatnya di sini. Bahkan, disahkan lagi keHalalan produk Secret Recipe melalui kenyataan rasmi dari JAKIM sebagaimana dinyatakan di sini. Yang dah forwardkan isu yang tidak benar tu, elok-eloklah ditarik semula atau mohon maaf; dibimbangi dah sebarkan FITNAH.




sibuk-sibuk duk cakap pasal DNA, apa sebenarnya DNA ni?

Secara ringkasnya, DNA atau nama penuhnya Asid deoksiribonukleik merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat sifat organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat. Dengan kata lain, DNA ialah sejenis molekul yang menyimpan kod genetik yang menentukan semua ciri-ciri manusia seperti warna kulit, mata, jenis rambut dan sebagainya.

Dalam bakteria, organisma sel prokaryotik,dan organisma rendah yang lain, DNA tersebar di dalam keseluruhan sel. Dalam sel rumit atau sel eukaryotik yang membentuk tumbuhan, haiwan dan organisma pelbagai-sel yang lain, kebanyakan DNA terdapat di dalam nukleus sel. Organel penjana tenaga seperti kloroplas dan mitokondria dan kebanyakan virus juga mengandungi DNA. DNA adalah sepasang molekul yang berpaut seperti sulur paut untuk membentuk heliks berkembar. Setiap molekul merupakan seurat DNA: rantaian nukleotida yang bersambung secara kimia, setiap satunya mengandungi gula, fosfat dan satu dari empat jenis aromatik berasaskan Nitrogen (Nitrogenous base). Oleh kerana utasan DNA terdiri daripada sub-unit nukleotida, DNA adalah polimer.

Kepelbagaian asas beerti terdapat empat jenis nuleeotida, yang biasanya dikenali dengan asas mereka. Ini adalah adenina (A), timina (T), sitosina (C), and guanina (G).

Dalam helix DNA berkembar, dua utas polynucleotide bergabung melalui pasangan asas "base pair / pasangan secucuk asas, yang terdiri daripada ikatan hidrogen. Setiap asas cenderung untuk membentuk ikatan hidrogen hanya dengan pasangannya. -- A kepada T dan C kepada G -- jadi pengenalpastian pada asas satu untaian menentukan asas pada untaian pasangan. Oleh itu keseluruhan urutan utama nucleotide bagi setiap utaian menurut kepada yang lain, dan apabiladipisahkan, setiap satu mampu bertindak sebagai acuan kepada mana salinan kepada yang asal yang lengkap dapat dislin dengan sempurna.

Disebabkan berpasangan menyebabkan asas nukleotida untuk menghadap teras heliks, kumpulan nukleotida gula dan fosfat selari di luar, dan dua rantaian yang dibentuk kadang kala dipanggil tulang belakang heliks. Malah, ikatan kimia antara fosfat dan gula yang mengikat setiap nukleotida kepada untaian DNA seterusnya.

Info lanjut lagi berkenaan DNA ini boleh juga didapati sebagaimana berikut :
1. materialilmiah.blogspot.com
2. http://materialilmiah.blogspot.com/2010/04/apa-maksud-teknologi-dna.html
3. ms.wikipedia.org
4. hikmatun.wordpress.com







Dan banyak lagi sumber yang diperoleh dari Encik Google ataupun Encik Yahoo.




Moga bersama-sama dapat manfaat!







Seminar Halalan Toyyiba Kelantan 2011 : Kertas Kerja 2 (1)

Unsur Babi Dalam Industri Halal: Isu,Cabaran Dan Penyelesaian
oleh Dr Saadan Man, API UM

























Seminar Halalan Toyyiba Kelantan 2011 : Kertas Kerja 2 (2)

Unsur Babi Dalam Industri Halal: Isu,Cabaran Dan Penyelesaian
oleh Dr Saadan Man, API UM





























Seminar Halalan Toyyiba Kelantan 2011 : Kertas Kerja 1 (1)

Pengurusan Prinsip Halalan Toyyiban Dalam Pensijilan Halal_sambungan)
(oleh Ustaz Nik Mohamad Zawawi B. Ibrahim, JAHEIK)





























kit pengesan daging babi (dalam makanan)