Assalamualaikum
Kami telah berpindah ke :
(we have move to)
terima kasih
(thank you)
berkuatkuasa 25 Rabiul Akhir 2014

Allahumma innee a`udhu bika mina al-hamm wal hazan
wa a`udhu bika mina al-`ajzi wa al-kasal
wa a`udhu bika mina al-jubun wa al-bukhl
wa a`udhu bika min ghalabati al-dayni wa qahri al-rrijaal


"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat."...."Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara."..
.."Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun."..
Utusan ada laporkan 15 Jun lepas, terdapat penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce. Apa yang dilaporkan, JAKIM sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya. Maka, diarahkan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan kedua-dua produk tersebut untuk menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil Halal.
Tidak cukup dengan itu, beberapa hari selepas itu, pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pula melalui pena Presidennya, telah meng'highlight'kan sekali lagi berkenaan isu kedua-dua sos tersebut. Apa yang mereka tegaskan, sebarang isu yang berkaitan persoalan Halal dan haram perlu diambil serius kerana ia sesuatu yang amat sensitif kepada pengguna Islam. pihak berkuasa bertindak tegas dengan menguji sampel produk berkaitan dengan sos selain daripada jenama berkenaan memandangkan begitu banyak sos yang dikeluarkan dalam negara atau pun dari luar negara.
Pengilang HP Sauce, Heinz juga telah menjalankan tiga ujian bagi mengesan DNA babi dan didapati tiada kesan DNA babi dan hasil ujian-ujian itu telah dikemukakan kepada JAKIM. Tabasco juga disahkan halal oleh IFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang merupakan pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi JAKIM bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya

(Semua gambar adalah hiasan semata-mata)

“Tindakan pemilik restoran itu dianggap sebagai cubaan
mengelirukan pengguna (umat Islam) sehingga wujud anggapan bahawa
sesebuah restoran itu Halal, sedangkan ia tidak."
Jangan main-main yer. Awas tokey-tokey mapley (Gambar sekadar hiasa jer..)
Hadith 1 :Allahumma innee a`udhu bika mina al-hamm wal hazan
wa a`udhu bika mina al-`ajzi wa al-kasal
wa a`udhu bika mina al-jubun wa al-bukhl
wa a`udhu bika min ghalabati al-dayni wa qahri al-rrijaal
Kesedaran terhadap peri penting mengambil berat aspek makanan dan pemakanan Halal semakin meningkat terutama dalam zaman milenium baru yang serba canggih ini. Sekiranya dahulu isu-isu Halal-Haram hanya berlegar di sekitar sama ada makanan tersebut bercampur dengan daging Babi sahaja atau diproses oleh orang bukan Islam, namun kini persoalan Halal-Haram bukan sahaja berkait bahan hasilan Babi yang dicampur dalam makanan, bahkan sehingga kepada isu-isu yang berkaitan DNA Babi yang dijumpai dalam makanan. Sedikit info berkaitan berkenaan DNA boleh dirujuk di sini. Lebih-lebih lagi makanan tersebut telah disahkan Halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini.
Antara perlatan atau kit yang telah dihasilkan termasuklah HaFSY (Halal Verification System) atau sistem pengesahan halal yang dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM). Alat ini berfungsi sebagai pengesan produk halal atau haram melalui pengesanan dan pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA) yang dikhaskan bagi menentukan sesuatu produk mengandungi DNA babi atau tidak. Berbanding kaedah kajian sebelum ini, sampel produk perlu dibawa ke makmal untuk dikaji dan keputusan paling cepat akan diperoleh selepas dua hari. Namun, dengan penggunaan HaFSY, keputusan cuma diperoleh dalam masa satu jam untuk menentukan produk mengandungi DNA babi atau tidak. Ia bermaksud pengguna boleh mengenal pasti atau mengesan kehadiran DNA babi dengan satu langkah penyediaan saja, menekan butang pada mesin Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Ujian Tindakan Rantai Polimeris dan keputusan sama ada positif atau tidak boleh diperoleh dalam masa satu jam, bersesuaian dengan moto produk HaFYS iaitu ‘one step, one button, one hour’ (satu langkah, satu butang, satu jam).
Selain itu, pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (Ihram) juga telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Porcine Rapid Test Kit atau Kit Ujian Khinzir melalui kerjasama dengan pihak Envo Green Sdn. Bhd. Kit Ujian khinzir direka untuk mengesan kewujudan atau kehadiran khinzir dalam masa yang singkat. Kit ini mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran tertentu untuk mengendalikannya. Kaedahnya ialah dengan hanya mencampurkan sedikit air dengan produk yang hendak diuji. Kemudian masukkan Kit Ujian Khinzir ke dalam campuran berkenaan dan tunggu seketika untuk mendapat keputusannya.
Dengan sedikit contoh usaha dan inisiatif yang telah dihasilkan oleh kumpulan penyelidik tempatan, sekurang-kurangnya masyarakat mampu sedikit menafik nafas lega.Malah, makmal-makmal penyelidikan bagi menjalankan kajian serta analisis terperinci secara saintifik terhadap produk yang ingin mendapatkan status ke'halal'annya giat dibangunkan dewasa ini termasuklah Makmal Institut Halal Malaysia yang pertama seumpamanya di negara ini yang dibangunkan oleh JAKIM dengan kos pembinaan RM27.3 juta di Bandar Enstek, Nilai yang dijangka akan beroperasi pada seawal tahun 2013 dan Makmal Analisis Halal yang dibangunkan oleh Technology Park Malaysia melalui anak syarikatnya, TPMB sejak awal tahun 2010 yang menawarkan perkhidmatan analisis halal merangkumi pengesanan jujukan DNA khinzir melalui kaedah biologi molekul, serta pengesanan dan penentuan kandungan logam berat, alkohol dan mikroorganisme dari sampel produk melalui kaedah GC-MS, ICP-MS dan bakteria identifikasi.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, tempatkanlah aku di tempat yang diberkatiMu dan
sesungguhnya Engkaulah juga sebaik-baik pemberi tempat”
Selepas itu,muncul pula isu penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757) dan akibatnya, permohonan persijilan syarikat mereka tidak diluluskan JAKIM. Maklumatnya di sini. Namun, yang lebih hangat, apabila sebuah syarikat rangkain restoran cafe Secret recipe juga terpalit kononnya menggunakan bahan mentah yang dikeluarkan oleh Puratos. Ai, cepat benor sebarkan maklumat yang belum disahkan kebenarannya ni..Sebagai contohnya di sini.
