PENDAHULUAN
Agak lama juga ambo tidak pulang ke kampung dengan bas waktu siang hari. Teringat waktu nak beli tiket balik kampung kat Hentian Kajang tempoh hari, semua kaunter telah kehabisan tiket dari 3hb sehinggalah malam raya (InsyaAllah, hari raya Eid Fitr tahun ini jatuh pada 10 September) sejak awal Ogos lagi. Kaunter Sani Express yang masih menjadi pilihan kerana dibuka lewat sedikit, jadi kena beratur agak panjang juga. Semasa beratur, salah seorang pekerja Sani asyik kata tiket dah habis dari 6 hingga 9hb, jadi tarikh yang lain sahaja boleh dibeli. Ambo terus beratur sehinggalah samapai giliran ambo membeli tiket. Ambo membeli tiket balik ke Bangi terlebih dahulu, satu tiket untuk kembali selepas cuti Hari Kebangsaan dan satu lagi tiket untuk kembali setelah berhari raya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah selesai membeli dua tiket tersebut, kerani kaunter mengatakan tiket untuk Hari Raya ke Kelantan masih dibuka untuk 7, 8 dan 9hb. Ambo terus membeli tiket untuk pulang pada 8hb, jam 8.30 pagi.
Perjalanan pada pagi ini memerlukan persediaan fizikal dan mental. Perjalanan yang panjang mestilah telah dijangka lebih awal dan dengan berbekalkan beberapa buku, tafsir al Quran, majalah dan sinar Harian, diharapkan agar sedikit sebanyak memberi keseronokan pulang beraya ke kampung (Oh ya, tahun ini ambo pulang ke kampung dengan bas berbanding memandu sendiri dua tahun sebelum ini).

HENTIAN PUTRA DAN TOL GOMBAK
Memang terasa benar suasana Hari Raya bila bas mula menjengah ke Hentian Putra dengan kehadiran dan kesesakan orang ramai yang memenuhi stesyen bas ke destinasi Pantai Timur ini. Masing-masing sedang menunggu bas masing-masing, mungkin ada juga yang masih mencari tiket untuk pulang ke kampung pada saat-saat akhir.
Kelihatan beberapa kenderaan rasmi kerajaan negeri Selangor memenuhi Plaza Tol Gombak. Dari jauh, kelihatan Menteri Besar Selangor sedang berada di pentas utama. Mungkin memberi ucapan dan amanat kepada pegawai-pegawainya sempena Hari Raya. Walaubagaimanapun, setelah diakses melalui internet, maklumat lanjut berkenaan majlis tersebut boleh dirujuk di sini (atau di sini).

TRAFIK MENJELANG HARI RAYA
Meskipun trafik agak lancar selepas keluar dari tol Gombak sehinggalah selepas susur keluar ke Bentong. Seperti dijangka, trafik mulai perlahan, kelajuan dianggarkan 20 ke 30 km/j sahaja. Bayangkan jam 12.30 tengah hari baru tiba di Raub (biasanya perjalanan dari Bangi ke Raub Cuma mengambil masa antara 2 ke 2 ½ jam sahaja).
MINUMAN, AIR, RASIONALISASI DAN UKM
Menghargai masa yang dikurniakan, ambo mengambil kesempatan menyelak dan membaca helaian-helaian naskhah Sinar Harian Edisi Selangor. “Jauhi minuman berkarbonat : CAP” menghiasi salah satu ruangan akhbar tersebut. CAP, sebagaimana yang dikenali adalah persatuan pengguna yang komited dan konsisten memperjuangkan hak-hak pengguna termasuk dalam mendidik masyarakat dan pengguna dalam pemilihan makanan yang halal, baik dan selamat Menurut SM Mohamed Idris, presiden CAP, kebanyakan minuman ringan tidak mempunyai sebarang khasiat melainkan karbonat, pewarna, asid, perisa dan air manis yang membahayakan kesihatan. Minuman tin yang mengandungi kira-kira tiga hingga 20 sudu the gula menjadi sumber utama kalori pada badan manusia sehingga menyebabkan risiko penyakit seperti diabetes, jantung, kanser, kencing manis, kerosakan gigi dan penyakit kronik lain. Jumlah minuman ringan yang diambil juga menunjukkan peningkatan setiap hari kira-kira 1,000 minuman tin diminum setiap minit. Minuman ringan mengandungi gula fruktos dan tidak seperti gula biasa yang boleh dipecahkan oleh organ dalam tubuh. Fruktosa ini akan terus bergerak ke hati dan berkumpul sebagai lemak dan paras fruktusa yang tinggi akan menghalang pertumbuhan tulang. Memahami hari raya yang semakin menjelang, menu minuman alternatif dicadangkan dihidangkan air jus buah-buahan atau air susu kacang soya yang mengandungi zat besi, kalsium, magnesium, vitamin A dan C yang berguna untuk tubuh badan.
Juga dipaparkan gangguan bekalan air di Selangor yang melibatkan empat wilayah termasuk Hulu Langat. Ambo sedari gangguan ini setelah bertemu dengan seorang sahabat (yang juga jiran satu blok dengan ambo) di salah satu pasaraya di Bangi semalam yang mengatakan tiada air di rumah. Alhamdulillah, dengan sedikit air yang masih berbaki dalam tangki, dapatlah ambo mandi pada pagi ini. Gangguan yang tidak berjadual ini dilaporkan ekoran penutupan operasi loji Rawatan Air Sungai Sungai Semenyih akibat pencemaran sisa buangan atau lechate. Menurut CEO SYABAS, pihaknya mengenalpasti pencemaran berpunca dari benteng pusat pelupusan sampah telah pecah dan menyababkan lechate mengalir masuk ke sungai Kembong dan ke muka sauk loji. Tahap ammonia begitu tinggi iaitu 6.41 mg/liter (melebihi paras Kementerian Kesihatan = 4.5 mg/ liter).
Antara laporan lain ialah cadangan bekas MB Selangor (kini dah jadi pembangkang di Selangor) yang mempersoalkan rasional penubuhan Makmal Rasionalisasi Subsidi yang bagi beliau tidak menguntungkan rakyat dan parti beliau. Malah beliau mencadangkan ditubuhkan Makmal Menurunkan Kos Sara Hidup Rakyat atau Mengurangkan Bebanan Hidup Rakyat selaras dengan slogan “rakyat diuatamakan”. Jelas benar, beliau amat bimbang bukan sahaja Selangor akan terus ditadbir oleh Pakatan Rakyat, malah laluan PR ke Putrajaya juga mungkin lebih mudah dan mengambil alih tampuk pentadbiran Negara selagi kerajaan sedia ada Be End terus mengamalkan dasar “rakyat kena dulu”. Beita juga memuatkan pelantikan semula Prof Dr Saran Kaur sebagai Timabalan Naib Cancelor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM) UKM. Apa yang menarik perhatian ambo ialah betapa institusi pengajian tinggi yang diasaskan atas perjuangan mendaulatkan pendidikan aliran Melayu dan Islam ini kini semakin didominasi oleh golongan Hawa termasuklah Naib Cancelornya, Timbalan Naib Canselornya dan ahli Lembaga Pengarah UKM. Harapannya, agar kepimpinan ini tidak dipengaruhi atau mempengaruhi pemikiran feminism melampau dan bertugas dengan penuh tanggungjawab selaras dengan tuntutan syariah.
Menghargai masa yang dikurniakan, ambo mengambil kesempatan menyelak dan membaca helaian-helaian naskhah Sinar Harian Edisi Selangor. “Jauhi minuman berkarbonat : CAP” menghiasi salah satu ruangan akhbar tersebut. CAP, sebagaimana yang dikenali adalah persatuan pengguna yang komited dan konsisten memperjuangkan hak-hak pengguna termasuk dalam mendidik masyarakat dan pengguna dalam pemilihan makanan yang halal, baik dan selamat Menurut SM Mohamed Idris, presiden CAP, kebanyakan minuman ringan tidak mempunyai sebarang khasiat melainkan karbonat, pewarna, asid, perisa dan air manis yang membahayakan kesihatan. Minuman tin yang mengandungi kira-kira tiga hingga 20 sudu the gula menjadi sumber utama kalori pada badan manusia sehingga menyebabkan risiko penyakit seperti diabetes, jantung, kanser, kencing manis, kerosakan gigi dan penyakit kronik lain. Jumlah minuman ringan yang diambil juga menunjukkan peningkatan setiap hari kira-kira 1,000 minuman tin diminum setiap minit. Minuman ringan mengandungi gula fruktos dan tidak seperti gula biasa yang boleh dipecahkan oleh organ dalam tubuh. Fruktosa ini akan terus bergerak ke hati dan berkumpul sebagai lemak dan paras fruktusa yang tinggi akan menghalang pertumbuhan tulang. Memahami hari raya yang semakin menjelang, menu minuman alternatif dicadangkan dihidangkan air jus buah-buahan atau air susu kacang soya yang mengandungi zat besi, kalsium, magnesium, vitamin A dan C yang berguna untuk tubuh badan.

Antara laporan lain ialah cadangan bekas MB Selangor (kini dah jadi pembangkang di Selangor) yang mempersoalkan rasional penubuhan Makmal Rasionalisasi Subsidi yang bagi beliau tidak menguntungkan rakyat dan parti beliau. Malah beliau mencadangkan ditubuhkan Makmal Menurunkan Kos Sara Hidup Rakyat atau Mengurangkan Bebanan Hidup Rakyat selaras dengan slogan “rakyat diuatamakan”. Jelas benar, beliau amat bimbang bukan sahaja Selangor akan terus ditadbir oleh Pakatan Rakyat, malah laluan PR ke Putrajaya juga mungkin lebih mudah dan mengambil alih tampuk pentadbiran Negara selagi kerajaan sedia ada Be End terus mengamalkan dasar “rakyat kena dulu”. Beita juga memuatkan pelantikan semula Prof Dr Saran Kaur sebagai Timabalan Naib Cancelor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM) UKM. Apa yang menarik perhatian ambo ialah betapa institusi pengajian tinggi yang diasaskan atas perjuangan mendaulatkan pendidikan aliran Melayu dan Islam ini kini semakin didominasi oleh golongan Hawa termasuklah Naib Cancelornya, Timbalan Naib Canselornya dan ahli Lembaga Pengarah UKM. Harapannya, agar kepimpinan ini tidak dipengaruhi atau mempengaruhi pemikiran feminism melampau dan bertugas dengan penuh tanggungjawab selaras dengan tuntutan syariah.
(bersambung)
No comments:
Post a Comment