Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Friday, September 17, 2010

Siirul Fil Ardh Fanzuru : Kembara Raya 2010 Siri 2

(sambungan dari siri 1)

MEMILIH YANG HALAL SUATU KEFARDHUAN
DARAH! Itulah perkataan yang di’highlight’kan untuk Al-Islam Edisi Oktober 2010. Isunya adalah berkenaan plasma darah yang dicampurkan ke dalam bebola ikan sama ada kita sedar atau tidak sedar selama ini. Alhamdulillah, kesedaran umat yang semakin tinggi berkenaan isu halal-haram terutama makanan memberi natijah satu-persatu isu ini dapat dibongkarkan. Seawal sebelum Ramadhan, pihak JAKIM menarik perhatian masyarakat di Malaysia terutamanya berkenaan mengambil kira halal haram makanan yang akan diambil untuk berbuka puasa. Bagi memastikan makanan yang ditawarkan adalah halal terutama di hotel-hotel dan restoran yang menawarkan ‘Bufet Ramadhan’ , pihak JAKIM telah memantau secara serius dan bersepadu bersama agensi-agensi berkaitan halal yang lain sepanjang bulan Ramadhan ini. Menurut Ketua Pengarah JAKIM, sebanyak 24 hotel di lembah Kelang yang menawarkan ‘Bufet Ramadhan’ namun didapati menggunakan bahan yang diragui status halalnya (sila klik di sini untuk maklumat lanjut)


Berkenaan isu pencampuran bahan yang tidak halal ke dalam makanan, plasma darah (tidak berwarna) yang telah diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan dan dikeringkan kepada bentuk serbuk digunakan untuk meningkatkan kualiti surimi (isi daging ikan) yang digunakan untuk menghasilkan bebola ikan. Plasma darah digunakan kerana mengandungi sumber protein yang tinggi sehingga 80% dan bahan tambah tersebut berupaya memperbaiki kepejalan dan kekenyalan (keupayaan mengental = gelling ability) sesuatu produk selain berfungsi sebagai enzim penghalang hidrolisis molekul protein serta mengawal kualiti produk ketika sejuk beku. Memandangkan ianya sukar mengenalpasti produk yang dicemari atau diacampur plasma, maka ianya boleh dikenalpasti melalui kajian makmal termasuk menggunakan teknik Enzymelinked Immunosorbent Assay (ELISA). Kebiasaannya, keyakinan tepat keputusan ujian boleh mencapai 90 sehingga 99 peratus dan lebih mudah untuk makanan yang tidak diproses atau bahan mentah. Cara terbaik untuk mengesan kehadiran bahan tambah dalam surimi ialah ujian ke atas blok bahan mentah surimi yang diimport sebelum diagihkan kepada pegusaha industri berasakan surimi. (sumber lain di sini)


Yang jelas, apa jua alasan menghalalkan penggunaan darah adalah tidak diterima kerana ianya najis dan tidak halal di sisi syarak (al-Baqarah:173, al Maidah:3, an Nahl:115, al An’am:145). Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan kepada kita bahawa apabila berlaku percampuran antara Halal dan haram, maka dilebihkan haram ke atas Halal. Juga ada perbincangan berkenaan ‘Istihalat’ (perubahan, pertukaran), yang mana tiada konsep di dalam sains yang sinonim atau memberi pengertian yang tepat berkenaannya. Daripada aspek perundagan makanan Negara, meskipun aspek-aspek keselamatan makanan telah diberi perhatian namun hakikatnya, masih belum ada peraturan yang benar-benar menjamin kehalalan produk disuap oleh kita hari ini. Peraturan makanan hanya melihat dari aspek berapa peratus bahan tambah dibenarkan untuk diletakkan di dalam makanan dengan tujuan mengelakkan kemudharatan kesihatan kepada pengguna. Pun begitu, kajian-kajian dan perkembangan teknologi dari semasa ke semasa memungkinkan trauma ini boleh diminimumkan. Kejayaan menghasilkan produk pengesan DNA babi dalam produk makanan atau bukan makanan yang dinamakan ‘HaFYS’ oleh sekumpulan penyelidik UPM boleh dibanggakan dan sedikit sebanyak mengubat permasalahan halal-haram yang mengelilingi umat Islam mutakhir ini.


KIAMAT, AKHIR ZAMAN DAN AZAN
Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini bahawa hari kiamat untuk dunia ini pasti datang. Sebagaimana yang boleh kita lihat, peperangan demi peperangan, bencana demi bencana, gejala sosial dan krisis moral yang meruncing (contoh seks bebas, anak luar nikah, buang bayi di Malaysia yang semakin meningkat) serta petanda-petanda kiamat yang melanda dunia hari ini , telah bersediakan untuk hari tersebut atau setidak-tidaknya bersedia menghadapi hari kiamat diri sendiri (hari kematian?) Amat benarlah pesanan Rasulullah S.A.W,. bahawa sebijak-bijak manusia ialah yang sentiasa mengingati maut dan besedia untuknya. Apa tidaknya, hidup di dunia hanya untuk maksimum 60 ke 70 tahun (kata orang, umur sabsidi), tapi hidup selepas mati setelah dibangkitkan adalah selama-lamanya tanpa noktah. Sejauh manakah kita meyakini peringatan –peringatan dari Allah dan RasulNya, sebagaimana dikatakan persiapan kaum Yahudi menghadapi kebangkitan umat Islam di akhir zaman?

“ Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi maka pada waktu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok lalu mereka bersuara dengan katanya, “ Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakang ku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya, kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi” (Riwayat Bukhari, Muslim dan al Tirmizi)

Tahukah kita, berapa banyakkan pokok Yahudi ini telah ditanam di negara haram Israel untuk menghadapi hari yang diperingatkan oleh Rasululluah S.A.W. lebih dari 1400 tahun yang lalu?

Propaganda musuh melalui ejennya, Hollywood telah menjaja filem 2012 kononnya berlaku kemusnahan besar terhadap dunia dan masih ada yang terselamat dengan menaiki bahtera penyelamat (jauh nun di China). Pada pandangan ambo yang serba lemah ini, filem ini tidak lain tidak bukan untuk menimbulkan penafian kepada kita terhadap suatu agenda besar yang dirancang oleh musuh yang disasarkan pada tahun 2012 nanti. Di sebalik kita menafikan berlakunya kiamat pada tahun 2012 nanti, dikatakan musuh bersedia untuk memulakan perang dunia ketiga dengan penghapusan etnik dan manusia secara besar-besaran, lebih hebat dari perang dunia pertama dan kedua. Bukankah di akhir cerita tersebut menunjukkan masih ada minoriti manusia (kebanyakkannya golongan elit, berkedudukan dan berharta) yang tinggal di atas bahtera tersebut dan menghala ke Afrika? Renung-renungkan..salah satu tanda kiamat adalah kehadiran dajal dan yakjuj makjuj.

Juga yang menarik perhatian berkenaan hikmah azan dari sudut gelombang otak. Azan yang dilaungkan bukan sekadar menyeru solat malah bertindak menstabilkan gelombang dunia yang tinggi. Apabila dilaungkan, azan mengeluarkan gelombang theta yang bergelombang rendah. Dalam kajian ini, terdapat empat jenis gelombang yang dihasilkan iaitu alfa (pokok dan haiwan yang sentiasa bertasbih kepada Allah), beta (manusia), theta (azan, memuji Allah) dan delta (tidur). Dianggarkan hampir 90% populasi dunia kini berada dalam gelombang beta (stress, buntu dan segala perkara negatif). Ini kerana semakin banyak pokok ditebang, haiwan dibunuh dan hutan diterangkan untuk pemodenan dan pembangunan, maka tahap gelombang alfa semakin berkurangan. Ada benarnya andai menatap dada-dada akhbar dan media elektronik dengan pendedahan kes-kes pembunuhan, amuk, membunuh diri dan krisis moral yang semakin berleluasa.

Azan tanda sayang dari Allah? Mengapa amat-amat dianjurkan solat pada awal waktu? Kerana Allah terlalu sayangkan hambaNya maka diberi peluang kepada setiap orang untuk menikmati gelombang theta ini. Solat pada gelombang theta menyebabkan tiga perkara; pembebasan hormone melatonin (pengawal trafik benda dalam badan, tekanan, mengoksidakan radikal bebas), edrofin (morfin semulajadi manusia, penenang) dan serotonin (agen ceria) selain untuk mencapai salah satu cara kekhusyukan dalam solat. Wallahu a’lam.



(bersambung lagi)

No comments:

kit pengesan daging babi (dalam makanan)