Semua pengusaha produk makanan, kosmetik dan farmaseutikal akan diwajibkan untuk mendapatkan sijil halal selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.
"Kita tidak boleh menyalahkan pihak syarikat sahaja, mungkin ada kekangan yang lain, tetapi apabila akta itu dipinda nanti, ia membolehkan mereka berusaha untuk mendapatkan sijil halal,” ~Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Sijil halal, ayuh gunakan kuasa massa (17/08/2010)
Isu restoran halal, kopitiam halal dan hotel halal bukanlah baru. Ia dibangkitkan dan terus berbangkit. Pada bulan Ramadan ini, status hotel yang menyediakan bufet Ramadan sekali lagi mendapat sorotan umum. Begitulah saban Ramadan. Dalam hiruk-pikuk Malaysia mahu dikenal sebagai hab halal global, masih banyak hotel yang tak peduli soal itu. Alasannya saban tahun tetap sama - syarat mendapatkan sijil halal rumit dan remeh.
Mengapa masih sukar untuk sebuah hotel yang boleh berbelanja besar untuk perkara lain, tidak berusaha mendapatkan sijil halal?
70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim (18/08/2010)
"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan,"~Mohd. Amri Abdullah,Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim
"Saya harap masyarakat Islam negara ini tidak memilih hotel yang tidak memiliki sijil halal kerana mencari yang halal adalah wajib dan jauhilah perkara yang meragukan,"~Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
BISIK-BISIK (18/08/2010)
Jakim yang melakukan pemeriksaan ke atas hotel dan premis makanan seumpama itu di sekitar Lembah Klang dan mendapati 70 peratus daripadanya mencampurkan alkohol dalam penyediaan bufet Ramadan.
Perasaan was-was perlu ada pada diri seseorang yang mahu memilih makanan halal, jika sesebuah premis menjual makanan itu tidak mempamerkan sijil halal.
Wajibkan dapat sijil halal (20/08/2010)
“Hotel dan restoran ini kemudian diawasi secara berkala oleh kedua-dua jabatan menggunakan khidmat pakar teknologi makanan bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi pensijilan halal yang diterima. Begitu juga dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, mereka perlu lebih agresif mengawasi situasi dan bertindak terhadap pengendali makanan yang melanggar akta Perihal Dagangan 1972,”~SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Laporan akhbar sebelum ini mendedahkan hanya 22 hotel dan 51 dapur di sekitar ibu kota diberikan pensijilan halal Malaysia oleh Jakim sehingga 10 Ogos lalu.
Pastikan hidangan halal (20/08/2010)
“Masyarakat Islam perlu melihat dan meneliti terlebih dahulu makanan serta minuman yang ingin dimakan tidak mempunyai unsur-unsur haram seperti arak. Walaupun penggunaan arak hanya sedikit dan tidak memberi kesan mabuk ke atas pengguna tetapi ia tetap haram dan tidak dibenarkan sama sekali,”~Datuk Abdul Majid Omar, Timbalan Mufti Selangor
“Umat Islam yang telah mengambil arak hukumnya berdosa besar dan sembahyang mereka selama 40 hari tidak akan diterima Allah.Ia jelas menunjukkan bahawa arak merupakan ibu kepada segala maksiat dan Rasulullah telah melarang umatnya daripada mendekati najis ini,”~Datuk Abdul Rahman Osman, Mufti Pahang
Jumlah hotel halal bertambah (20/08/2010)
Lima lagi hotel di negeri ini mendapat pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Hotel-hotel tersebut ialah Concorde Shah Alam, Singgahsana Petaling Jaya, Carlton Holiday Shah Alam, Grand Dorsett Subang Jaya dan Hotel Crystal Crown Pandamaran.
Ini menjadikan jumlah hotel yang telah mendapat pengesahan halal di Selangor kini berjumlah 22 buah.
24 hotel tawar Bufet Ramadan guna bahan diragui (20/08/2010)
"Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan dan stor penyimpanan,”~Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
24 hotel diragui statusnya (21/08/2010)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 24 hotel di Lembah Klang yang mengadakan promosi Bufet Ramadan telah menggunakan bahan yang diragui status halalnya.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut adalah daripada 34 hotel di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang dan Kedah yang telah dipantau oleh pihaknya sejak 1 Ramadan.
24 hotel yang didapati menggunakan bahan tidak halal itu termasuklah One World Hotel First Avenue; Shah's Village Hotel; Prescoot Inn Kajang; Lagenda Cuisine Sdn. Bhd.; Oriental Crystal Kajang dan Eastin Hotel Petaling Jaya di Selangor.
Selain itu, hotel dan restoran di Selangor yang turut didapati tidak menepati status halal ialah Restoran Tupai-Tupai Kampung Sungai Tangkas, Bangi; Bangi Golf Restaurant dan The Saujana Kuala Lumpur, Subang.
Mandatori pengusaha hotel dapat sijil halal (21/08/2010)
Gesa kerajaan menjadikan satu mandatori kepada pengusaha hotel yang menyediakan makanan untuk orang Islam supaya mendapatkan sijil halal..ini penting supaya pengusaha hotel akan memastikan premis mereka tidak mengabaikan hak pengguna Islam..prosedur berhubung pemprosesan dan pembungkusan makanan halal juga perlu diawasi secara berkala kerana kebanyakan hotel di negara ini menggunakan perkhidmatan pakar asing yang kabur konsep makanan halal,''~SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Lebih baik jika kerajaan menggubal undang-undang baru selaras dengan cadangan ini bagi memantapkan lagi usaha kerajaan meletakkan Malaysia berstatus hub halal...ini akan memudahkan kerajaan bertindak jika status halal terhadap produk misalnya tidak dipatuhi...secara tidak langsung ini juga akan menggalakkan pengusaha hotel untuk menyediakan dapur halal supaya dapat menyediakan makanan halal untuk pengguna Islam.~Datuk Dr. Maamor Osman, Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Guna kuasa pengguna (21/08/2010)
Mereka gagal menjadi pengguna bijak dalam usaha menekan pengusaha hotel yang tidak mempunyai sijil halal. Sepatutnya, umat Islam perlu menggunakan kuasa pengguna bagi memboikot hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal. Inilah kaedah terbaik bagi ‘mengajar’ pengusaha hotel yang liat mendapatkan sijil halal.
JAIM tegur hotel lima dan empat bintang lewat baharui sijil halal (21/08/2010)
Pemilik hotel perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan ketika mereka memohon pensijilan halal daripada Jakim bagi mengelak timbul sebarang kekeliruan...kebanyakan hotel di negeri ini terutama bertaraf lima dan empat bintang mengambil sikap sambil lewa dan tidak ambil peduli kerana lewat memperbaharui sijil halal yang tamat tempoh sah...Sepatutnya mereka memperbaharui sijil halal dalam tempoh enam bulan sebelum tamat kerana ia terkandung dalam arahan yang dikeluarkan ketika mula-mula mohon sijil halal.~Sulaiman Harmain Shah, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)