Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Wednesday, August 18, 2010

Koleksi berita Halal Jun 2010 (utusan online) : Siri 1



USIM, Envo Green hasil kit kesan khinzir
Tarikh : 16/06/2010

Produk : Porcine Rapid Test Kit atau Kit Ujian Khinzir - peralatan sains yang boleh memastikan makanan adalah selamat dan bebas daripada bahan haram.

Kajian : Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (Ihram), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Envo Green Sdn. Bhd, hasil penggunaan kepakaran Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Institut Pengurusan Fatwa Sedunia (Infad), USIM.

Aplikasi :
1. mengesan kewujudan atau kehadiran khinzir dalam masa yang singkat.
2. mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran tertentu untuk mengendalikannya.

Kaedah :
1. Campurkan sedikit air dengan produk yang hendak diuji.
2. Masukkan Kit Ujian Khinzir ke dalam campuran berkenaan
3. Tunggu seketika untuk mendapat keputusannya.





Memperkasa integriti standard halal
Tarikh : 18/06/2010

Senario :
- TIDAK semua pengguna Islam yakin penuh dengan logo halal walaupun ia dikeluarkan oleh pihak berkuasa, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) - rentetan peristiwa salah laku penyalahgunaan kelulusan halal
- Pengguna juga terdedah dengan amalan memalsukan logo halal serta memperoleh sijil halal dari badan-badan atau syarikat yang tidak diiktiraf kerajaan.
- Peratusan pengguna Islam yang sedar mengenai hak mereka dalam memperoleh produk halal amat rendah

Penyelesaian :
1. Peningkatan integriti pensijilan halal melalui pemerkasaan standard halal MS1500:2004 yang telah dikemaskini menjadi MS1500:2009 namun masih tidak menjamin kehalalan produk sehingga ke meja pengguna kerana masih melalui beberapa proses logistik (termasuk pengangkutan, penggudangan dan peruncitan) yang berisiko terkomtaminasi dengan berbagai-bagai produk lain termasuk produk yang syubhah atau haram baik dalam bentuk fizikal, kimia dan juga biologikal setelah dikeluarkan dari kilang.

2. Garis panduan MS2400:2100 (Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline) telah dikeluarkan oleh Standards Malaysia yang menyentuh secara menyeluruh dalam memelihara integriti makanan halal apabila melalui proses logistik itu merangkumi :

- Part 1: Management System Requirements for Transportation of Goods and/or Cargo Chain Services (Terusan Jaminan Halalan Toyyiban Bahagian 1: Keperluan Pengurusan Sistem untuk Pengangkutan Barangan dan/atau Perkhidmatan Rantaian Kargo)


- Part 2: Management System Requirements for Warehousing and Related Activities (Terusan Jaminan Halalan Toyyiban Bahagian 2: Keperluan Pengurusan Sistem untuk Penggudangan dan Aktiviti yang berkaitan)


- Part 3: Management System Requirements for Retailing (Terusan Jaminan Halalan Toyyiban Bahagian 3: Keperluan Pengurusan Sistem untuk Peruncitan)

Kronologi :
- Garis panduan MS2400:2100 (Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline) telah dikeluarkan
- Forum konsultatif standard ini telah diadakan pada 11 Februari 2010 lalu untuk menerima maklum balas daripada pihak industri dan para pengamal standard halal.
- Dibawa semula untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa pemandu.
- Dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Industri Standard mengenai Halal dan telah diluluskan.
- Kini dalam proses untuk kelulusan menteri dan digazetkan.

Latarbelakang :
- Dipelopori oleh Yayasan Ekonomi Sejagat dengan input :
- pengguna, khususnya dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia
- pihak penyedia perkhidmatan logistik iaitu Cold Chain Network, CCN, serta diselia oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd.
- Jakim, Halal Industry Development Corporation dan pakar-pakar perunding serta pengamal standard.
- MS2400:2010 ini diperkenalkan kepada umum dalam pameran pada MIHAS 23 dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di gerai Yayasan Ekonomi Sejagat.
(Oleh ZULKEFLI MOHAMAD, AJK Industri Standard Halal, Standards Malaysia)





'Tiada kompromi bagi kami'
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
Tarikh : 21/06/2010

Kejayaan syarikat yang dikenali dengan jenama Dutch Lady dengan penguasaan 20 peratus pasaran, antaranya adalah hasil ketegasannya memastikan setiap produk keluarannya adalah halal.

Pengarah Urusannya, Bas Van Den Berg yang menjawat jawatan itu sejak 1 Januari lalu, berkata, pihaknya tidak berkompromi memastikan produknya benar-benar halal, malah Jawatankuasa Halal Dalaman turut ditubuhkan dalam syarikat itu :
- setiap bahan mentah, mesin serta lain-lain perlu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh jawatankuasa tersebut.
- pernah sekali ditegur kerana membawa masuk hadiah berupa sebotol wain yang belum dibuka ke pekarangan kilang Dutch Lady di Petaling Jaya, Selangor meskipun baru tiba di negara ini.
- setiap mesin dan peralatan pengeluaran yang digunakan turut disamak secara berjadual oleh pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengekalkan keyakinan pengguna di negara ini walaupun Dutch Lady hanya mengeluarkan produk susu yang pastinya dijamin halal.

Mengulas lanjut tentang hasrat syarikat untuk memantapkan lagi perniagaannya, beliau berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perancangan dan akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik pengguna :
- kajian terhadap 4,500 kanak-kanak berumur antara enam hingga 12 tahun bagi mengkaji tabiat pemakanan, penggunaan susu serta diet dalam usaha untuk benar-benar memahami keperluan pemakanan mereka.
- tinjauan terhadap kanak-kanak di bandar dan di luar Bandar
- mengkaji keperluan dan pembangunan produk supaya kadar pengambilan produk tenusu keluarannya meningkat.
- mendapati kadar pengambilan susu di negara ini adalah terlalu rendah dengan purata setiap orang mengambil sebanyak 25 liter setahun atau segelas susu seminggu. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan setiap orang perlu meminum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari.

Beliau juga berkata, pihaknya juga berdepan dengan masalah bekalan bahan mentah terutamanya susu kerana jumlah pengeluarannya belum mencukupi :
- jumlah pengeluaran susu adalah sebanyak 20,000 liter hingga 25,000 liter setahun dan Dutch Lady telah membeli 10,000 liter daripada 718 ladang ternakan tempatan dengan 28,000 ekor lembu di seluruh negara.
- terpaksa mengimport susu untuk menampung keperluan keseluruhan di negara ini.
- bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membantu pengusaha ladang ternakan untuk mengeluar susu-susu yang berkualiti mengikut syarat yang ditetapkan oleh Dutch Lady.
- membeli susu dari pengusaha pada harga RM2.20 seliter berbanding RM1.50 pada harga pasaran tetapi mereka perlu menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan agar susu tersebut berkualiti




Empat modul halal global dilancar
Tarikh : 22/06/2010

Latarbelakang Perikatan Integriti Halal Antarabangsa, IHI
- ditubuhkan pada Forum Halal Sedunia, WHF sebelum ini
- berfungsi sebagai badan rujukan halal bagi mana-mana pihak terutama negara Islam di seluruh dunia.
- mendapat mandat daripada Dewan Perniagaan dan Industri Islam (ICCI) untuk menjalankan tugas sebagai badan rujukan halal bagi pihak-pihak yang mahu mendapatkan khidmat mereka

Latarbelakang Standard halal IHI :
- input daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), SIRIM serta beberapa badan berkaitan khususnya di peringkat antarabangsa.
- dibuat berasaskan kepada mazhab Shafie.
- Empat modul halal yang dilancarkan adalah logistik, perkhidmatan makanan, proses penyembelihan serta kebajikan haiwan daripada keseluruhan 10 modul yang dibangunkan untuk tujuan berkenaan.
- Draf empat modul lagi sedang dosediakan yang melibatkan analisis dan penyelidikan makmal, pemakanan haiwan, pemprosesan bahan makanan serta kosmetik dan penjagaan diri.
- Dua lagi modul melibatkan sistem kewangan dan farmaseutikal.
- dikendalikan oleh panel syariah antarabangsa yang mengambil kira standard global, hukum syariah dan pegangan mazhab negara masing-masing
- bukan satu kewajipan kepada mana-mana negara Islam
- bertindak sebagai garis panduan semata-mata
- kemungkinan besar modul ini akan dibawa kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi diperkenalkan kepada ahli-ahlinya




Dua standard halal dilancar
Tarikh : 24/06/2010

Pelancaran dua standard halal terbaru iaitu MS 2200:2008 dan MS 2400:2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Rzak (perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2010 (Mihas 2010)

“ MS 2200:2008 adalah untuk standard halal bagi barangan kosmetik manakala MS 2400:2010 adalah untuk logistik.”


- bertujuan meletakkan satu standard halal bagi industri tersebut berasaskan halalan-toyyiban.
- Dalam kategori logistic, mengambil kira tiga komponen utama iaitu pengangkutan, gudang dan peruncitan.



Mihas tarik penyertaan 163 syarikat asing
Tarikh : 24/06/2010

- 661 gerai pameran
- 163 penyertaan daripada syarikat-syarikat asing.
- 32 buah negara dengan penyertaan terbesar datangnya dari China, Iran, Singapura dan Indonesia.
- pembesaran ruang pameran terutamanya dari Perancis, Indonesia dan Jepun selain negara yang pertama kali menyertai Mihas ialah Albania, Belgium, Hong Kong dan Itali.
- program menemukan 510 pembeli antarabangsa yang dipadankan dengan 969 buah syarikat tempatan
- kumpulan pembeli terbesar yang menyertai program tersebut adalah datang dari China, Singapura, Australia, Rusia, Jepun, Mesir dan Ukraine.
- tidak lagi didominasi oleh produk-produk dari sektor makanan dan disertai oleh sektor bukan produk makanan dan perkhidmatan seperti, kosmetik, farmaseutikal, pembungkusan makanan, mesin, logistik dan perkhidmatan pembiayaan Islam.



Bestari sasar pasaran ke tiga Negara
Tarikh : 24/06/2010

Syarikat Bestari
- rangkaian produk serbuk perencah. Anak syarikat kendalian Synerchem Sdn. Bhd. yang pada mulanya menjalankan perniagaan mesin dan juga mengedarkan rempah ratus kepada para pengeluar rempah ratus utama di Malaysia.
- berusia empat tahun, tahun keempat Bestari menyertai Mihas
- sudah memulakan sasarannya untuk memasarkan produk ke Indonesia, Vietnam dan Papua New Guine pada tahun ini.
- setakat ini telah dipasarkan di pasar raya seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
- terdapat lebih 15 produk rangkaian Bestari yang terdapat di pasaran - serbuk perencah ayam goreng perisa asli, pedas, lada hitam, mamak, tomyam, kajun, mexicana, italiano adn bawang putih.





Kita mampu jadi pengendali industri halal
Tarikh : 24/06/2010

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak :
- yakin Malaysia berkeupayaan untuk muncul sebagai sebuah negara pengendali industri halal peringkat global.
- berdasarkan pengalaman Malaysia sejak sekian lama dalam bidang itu selain komitmen kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan khususnya infrastruktur bertaraf dunia - mampu menarik pelabur antarabangsa dan tempatan untuk bersama-sama kerajaan memajukan lagi industri halal di negara ini.
- Malaysia diakui negara destinasi pelaburan pilihan kerana mempunyai infrastruktur berkelas dunia serta sistem telekomunikasi yang maju selain faktor jaringan logistik yang amat baik.
- polisi mesra perniagaan diamalkan kerajaan khususnya dalam sektor halal.
- Malaysia mengorak beberapa langkah ke hadapan sejak beberapa tahun lalu dalam usaha menjadikan industri halal salah satu sektor terpenting di negara ini.
- memperkenalkan standard halal, sijil halal, menawarkan pelbagai insentif selain menubuhkan pusat rujukan halal untuk peringkat global.
- pusat rujukan halal untuk peringkat global yang ditubuhkan kini berfungsi menjadi sumber rujukan fatwa mengenai halal, peluang-peluang perniagaan serta insentif yang ditawarkan
- Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) memperkenalkan aplikasi halal melalui i-Phone bertujuan membantu pelanggan mengetahui lokasi restoran halal menggunakan Sistem Pengesanan Global (GPS) serta peta Google selain mengakses segala direktori mengenai halal, fatwa, berita mengenai halal serta segala maklumat mengenai halal sehingga akhir tahun ini
- kesediaan Malaysia membantu negara lain dari segi kepakaran bagi membangunkan industri halal.



Potensi Malaysia jadi pusat rujukan halal sedunia
Tarikh : 24/06/2010

INDUSTRI halal bukan hanya terhad kepada industri produk yang berasaskan makanan dan minuman sahaja malah ia merangkumi sektor yang lebih besar merangkumi farmaseutikal, kosmetik, penjagaan kesihatan, pembungkusan, logistik, perbankan dan kewangan, jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelancongan dan bidang-bidang lain di dalam ekosistem industri halal.

Kesungguhan Malaysia menjadi peneraju hab halal dunia terbukti dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang diletakkan di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF) untuk menjadi sebuah institusi yang memfokuskan usaha memajukan industri halal di negara ini.

HDC berperanan dan bertanggungjawab untuk menjadi peneraju kepada penetapan piawaian halal termasuk proses mengaudit, pengeluaran sijil halal (?) bagi melindungi integriti halal, membangun, mempromosi dan memasarkan jenama halal Malaysia dan mempromosi konsep barangan halal dan perkhidmatan di Malaysia kepada pasaran dunia yang lebih luas.

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2004.

Kerajaan proaktif dengan menyediakan lapan taman perindustrian pengeluaran produk dan perkhidmatan halal negara dan juga menawarkan insentif menarik untuk menggalakkan perniagaan untuk menyertai industri halal di Malaysia termasuklah elaun cukai pelaburan untuk pengeluaran makanan halal, faedah istimewa untuk eksport produk halal dan pengecualian duti import bahan mentah.

Perdagangan halal di pasaran global mencatatkan nilai RM7.4 trilion setahun dan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang dianggarkan 1.6 bilion adalah pemangkin kepada perkembangan industri halal.
(Oleh NADZIR AWANG AHMAD, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis)

No comments:

kit pengesan daging babi (dalam makanan)