Sejak minggu Halal Jun yang lalu, banyak idea yang berlegar dalam fikiran ambo tapi gagal diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Mungkin cetusan idea ambo kali ini, mampu sedikit sebanyak memberi suatu semangat baru untuk ekspedisi mencari kebenaran. Mungkin agak ‘tidak-cerdik’ juga persoalan ini, tapi ambo terfikirkan tentang makanan yang selalu kita makan, namun jarang menjadi persoalan. Amat mustahil pada zaman ini untuk mengatakan manusia terutama mereka di Malaysia ini yang tidak pernah memakannya. Malah, sering menjadi isu hangat di media cetak dan elektronik apabila dikaitkan dengan penyembelihan yang betul dan Halal sama ada dari aspek penyembelih mahupun kaedah menyembelih. Sejak bila kita berkenalan dengan ayam atau lebih spesifik lagi, bila kita mula makan ayam? Ayam yang dimaksudkan ialah ayam pedaging (ada juga orang kata ayam ‘bandar’ atau ayam ‘bodoh’), dan bukan ayam kampung! Dan sekarang pula ada ayam organik dan tak-organiknya.
Kenapa ayam tidak dapat dipisahkan dari menu makanan kita seharian? kalau Zaman sekolah rendah dulu (awal 1990an), seingat ambo, jarang boleh lihat ayam yang disembelih dan dijual di pasar-pasar melainkan ayam yang telah siap disembelih (di tempat lain dan sedia untuk dijual. Kalau nak dibandingkan dengan hari ini, agak sukar untuk mengawal tempat-tempat sembeliahn ayam ini malah orang ramai juga lebih suka untuk melihat ayam disembelih depan mereka. Ada baiknya untuk meyakinkan para pelanggan bahawa ayam-ayam disembelih dengan cara yang betul dan halal, tapi kalau dah banyak ayam yang perlu disembelih? Bagaimana pula dengan proses penyembelihan ayam untuk keperluan industri pemprosesan tambah nilai berasakan daging ayam?
Persoalan yang kedua pula yang terlintas, dari manakah asal-usul ayam ‘bandar’ ini? Melalui perbincangan ambo dengan seorang mantan pegawai tinggi Jabatan Veterinar, beliau ada memaklumkan bahawa ayam yang dimakan pada hari ini berasal dari kepulauan nusantara (Malaysia? Indonesia?) yang kemudian telah untuk diubah genetiknya terutama dari aspek pemakanan supaya hanya boleh makan makanan yang berasaskan jagung. Apabila harga jagung naik, harga makanan ayam naik, harga ayam pun naik, harga makanan berasaskan ayam pun naik!
Tapi kembali kepada persoalan asal, sejak bila kita mula makan ayam? Andailah benar-benar terdapat keupayaan dan teknologi untuk pengubahan genetik ini telah diguna oleh musuh untuk melemahkan umat Islam dari sudut pemakanan, sudah berapa tan ayam telah kita makan sehingga saat ini? Orang bijak pandai kata, ‘Kita adalah apa yang kita makan’ (We are what we eat). Andai kata kelesuan dan kelemahan (juga kebodohan?) umat dewasa kini mungkin berpunca dari aspek pemakanan ayam ‘bodoh’ ini, tidak mustahilkah kita dengan mudah sahaja dikalahkan oleh musuh?. Tepuk dada, Tanya IMAN!
No comments:
Post a Comment