Sah!
Jakim ambil alih keluar sijil halal
KUALA LUMPUR 9 Julai - Semua tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu yang berkuat kuasa serta-merta diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.
Katanya, Kabinet berpendapat HDC perlu memberikan tumpuan kepada fungsi asalnya untuk membangunkan produk dan hab halal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
''Dengan pengambilalihan tugas ini, Jakim kini bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Halal Malaysia bagi produk tempatan dan luar negara serta menguruskan soal-soal pembayaran untuk mendapatkan sijil berkenaan.
''Jakim sebenarnya mempunyai pengalaman luas untuk menguruskan pengeluaran sijil halal ini kerana ia telah menjalankan fungsi sama sebelum peranan ini diserahkan kepada HDC pada April tahun lalu,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Selaras dengan keputusan itu, Jamil Khir berkata, semua kakitangan kerajaan yang dipinjamkan kepada HDC bagi menguruskan urusan pengeluaran sijil dan membuat pemantauan akan diserap semula ke Jakim.
''Kakitangan terbabit terdiri daripada pegawai Jakim yang bertanggungjawab mengendalikan ujian secara saintifik dan Islamik serta kakitangan Kementerian Kesihatan yang telah dipinjamkan bagi membuat pemantauan," jelasnya.
Menurut beliau, semua sijil halal yang telah dikeluarkan oleh HDC sebelum ini adalah sah untuk digunakan sehingga tarikh tamat tempoh.
''Sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim akan terus menggunakan reka bentuk logo lama, sama seperti yang telah dikeluarkan oleh HDC," jelasnya.
Tambah beliau, kerajaan juga akan memastikan Jakim dapat meningkatkan kualiti proses permohonan dan pengeluaran sijil halal supaya ia lebih cekap dan berkesan.
P/S : Alangkah baik juga jika keputusan memansuhkan PPSMI juga berkuat-kuasa serta-merta.
4 comments:
Salam saudara abbas.
pada pandangan anda, mana lebih better dalam menguruskan pensijilan halal di malaysia ni?
Salam saudara anonymous,
JAKIM pada saya lebih mempunyai autoriti dan kredibliti dalam menguruskan pensijilan Halal Malaysia.
tapi dari segi kualiti kijo adakah JAKIM lebih baik? bakpo pulok ditarik balik hak HDC untuk mengeluarkan sijil hahal? sebel mempunyai kecanggihan teknologi dan pengurusan yang cekap?? bakpo tu profesor li?
Salam saudara anonymous II,
terima kasih atas perhatian saudara terhadap isu ini.
JAKIM sepatutnya mengambil pengajaran dari pengalaman yang lepas untuk meningkatkan lagi kualiti dan pengurusan kerja mereka. Juga, lebihkan salam dan senyuman..:-)
Pada hakikatnya, kredibiliti Halal Malaysia dipandang tinggi memandangkan Malaysia sebagai peneraju pensijilan Halal dunia melalui pensijilan yang dikawal langsung oleh agensi kerajaan.
Soal jumlah tenaga kerja, teknologi, penyelidikan dan lain-lain aspek semakin nampak peningkatannya lebih-lebih lagi JAKIM telah menubuhkan Divisyen Halal Hub di Cyberjaya.
Cuma, lebihkan lagi salam dan senyuman..:-)
Post a Comment