Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Thursday, July 9, 2009

Apabila hak kembali..




Alhamdulillah.. itulah perkataan yang pertama terbit dari bibir ambo hari ini bila ada dua isu yang melegakan hati ambo..

PERTAMA, apabila KERAjaan Be End telah mulai menampakkan ke’sedar’an untuk mengembalikan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa ibunda. Menurut Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012 sekaligus keputusan Kabinet ini telah mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Tegas Menteri Pelajaran Malaysia, keputusan itu diambil setelah mengambil kira keperluan sistem pelajaran di sekolah-sekolah serta manfaat yang bakal diterima oleh golongan pelajar pada masa depan. Menurutnya, keputusan ini dibuat atas asas pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus dilakukan bukan pertimbangan semata-mata

Pemansuhan ini amat-amat diterima baik oleh kebanyakan pemimpin bukan sahaja dari pihak Pembangkang KERAjaan Malaysia bahkan repon yang positif diberikan oleh pemimpin-pemimpin KERAjaan yang suatu masa dulu mengHALALkan dasar ini dilaksanakan.

Ahli Parlimen Batu Pahat dari UMNO Be End, Dr. Puad Zarkashi gembira dengan keputusan yang diumumkan kerajaan hari ini kerana menepati pendirian beliau selama ini. Dasar yang kurang berjaya ini akhirnya membawa kepada keputusan memansuhkan dasar PPSMI berkuatkuasa 2012. UMNO Johor sememangnya sejak mula lagi tidak bersetuju dengan PPSMI juga tumpang gembira melihat bahasa ibunda mula kembali mendapat tempat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik.

Setelah bantahan-bantahan dibuat melalui laporan kepada pihak polis, himpunan demi himpunan, roadshow dan pelbagai wacana, seminar dan forum diadakan secara intensif sejak awal tahun 2009 belakangan, akhirnya tuntutan rakyat ini membuahkan hasil. Andaikata semua rakyat terus pekak, tuli dan bisu dalam isu ini dibuai lena dan mimpi-mimpi pemimpin Be End, pasti KERAjaan Be End akan terus memuja-muja dan mengekalkan ‘wawasan’ cerdik mantan Perdana Menteri keempat ini. Terbukti, KERAjaan Be End dibawah pemerintahan Perdana Menteri keenam ini telah membuktikan ‘eksperimen’ terhadap pelajar-pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris melalui Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik ‘kurang’ berjaya setelah diasak teruk oleh rakyat melalui manifestasi keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil yang lalu.

Yang pasti, pejuang-pejuang bahasa terutama pejuang-pejuang Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) tersenyum lebar mendengar pengumuman tersebut. Gerakan Memansuh PPSMI atau ringkasnya GMP telah dilancarkan pada 31 Januari 2009 di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Keputusan perlancaran ini telah diputuskan pada mesyuarat Badan Induk GMP pada 20.01.09 yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr Hassan Ahmad yang juga Pengerusi GMP. Pelancaran ini dipimpin oleh Pengerusi GMP yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kejayaan GMP memobilasikan Himpunan Aman 100 Ribu pada 7hb Mac 2009 dilihat kemuncak bantahan rakyat terhadap dasar ‘eksperimen’ ini.

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang sejak awal komited menyokong pemansuhan dasar ‘eksperimen’ ini, dalam satu kenyataan media beliau menyatakan PAS mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003. Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.

PAS juga menyeru pihak kerajaan supaya memperbetulkan kesilapan lalu apabila pihak kerajaan pimpinan UMNO juga meneruskan sistem yang melemahkan Bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad yang lalu apabila digubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967.


PAS berpendapat bahawa episod ini menyerlahkan beberapa kepincangan dalam pengenalan dasar dan pelaksanaan oleh kepimpinan negara.

Pertama, dasar yang sebegini besar dan melibatkan beberapa generasi pelajar khususnya, seharusnya melalui proses kajian dan perbahasan yang lebih mendalam sebelum ianya dapat dilaksanakan.

Ianya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan yang menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan pelajar sebagai satu objek ujikaji dengan membuat dasar berpandukan kepada pandangan satu dua orang pemimpin negara semata-mata.

Kedua, pihak KERAjaan tidak mempunyai satu mekanisme yang cekap dalam membuat penilaian segera terhadap pengenalan dasar ini, terutamanya dari segi keberkesanan dan juga audit perbelanjaan peruntukan yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya.



Berita KEDUA, Persijilan Halal dikembalikan kepada JAKIM. (5.07 petang waktu Malaysia dalam Utusan online ) –(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm) .



Pensijilan Halal dikembalikan kepada JAKIM?





No comments:

kit pengesan daging babi (dalam makanan)