Dunia makin cemas
Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin

Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.
Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS mulai hari ini.
Pelan strategik wabak selesema diaktifkan
(sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090427123108/Article/index_html)
KUALA LUMPUR: Seluruh negara kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan pelan strategik wabak influenza negara diaktifkan semula berikutan wabak selesema babi yang melanda beberapa negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata selain pengamal perubatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) turut diarahkan bersiap sedia. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada kes selesema babi dilaporkan di negara ini.
Pantau selesema babi
(sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20090426233611/Article/index_html)
Kerajaan laksana empat langkah serta-merta hadapi wabak landa Mexico, AS, New Zealand
KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan empat langkah serta-merta bagi memantau dan menghadapi risiko wabak selesema babi yang kini melanda Mexico dan Amerika Syarikat serta mula menular ke New Zealand, semalam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya sudah mengarahkan Bahagian Kawalan Penyakit di kementerian supaya mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau penyakit itu yang sudah mengorbankan 81 penduduk Mexico.
Serentak itu, katanya, semua pengamal perubatan termasuk di sektor swasta diarah memaklumkan kepada pejabat kesihatan daerah serta-merta jika wujud kes yang mempunyai tanda-tanda seperti dijangkiti penyakit itu. "Kementerian Kesihatan juga sudah mula bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membuat saringan terhadap pelancong dari luar negara dan rakyat Malaysia yang pernah melawat Mexico, California atau Texas, Amerika Syarikat selepas 17 April lalu. "Selain itu, kita juga akan memaklumkan menerusi media massa dari semasa ke semasa mengenai perkembangan wabak berkenaan serta langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mengelak ia merebak ke negara ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Agensi berita antarabangsa melaporkan, selain 81 yang maut akibat selesema babi di Mexico, 12 kes baru wabak itu sudah disahkan di Amerika Syarikat iaitu di Kansas, California dan Texas, manakala New York turut dikhuatiri terjejas. Sementara itu, buat pertama kalinya semalam, pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehubungan itu, sebagai langkah tambahan, Liow turut meminta semua rakyat Malaysia yang pernah ke Mexico, Texas atau California selepas 17 April lalu, segera membuat pemeriksaan perubatan bagi memastikan mereka bebas penyakit itu.
"Adalah penting untuk kita segera mengesan semua rakyat negara ini yang pernah pergi ke tempat berlakunya wabak itu bagi membolehkan kementerian memastikan bahawa virus berkenaan tidak masuk ke negara ini. "Kementerian memandang serius terhadap risiko selesema babi kerana WHO sudah memberi amaran bahawa virus berkenaan boleh merebak dan menyebabkan kematian dengan cepat," katanya. Ditanya, kemungkinan kerajaan akan mengeluarkan larangan untuk rakyat negara ini berkunjung ke negara yang dilanda wabak itu, Liow berkata setakat ini tiada arahan daripada WHO untuk semua negara berbuat demikian.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, menasihatkan rakyat di negara ini supaya tidak cemas dengan situasi yang berlaku kerana Malaysia sudah bersedia sepenuhnya (?) menghadapi kemungkinan risiko penularan sebarang penyakit berjangkit.
Beliau berkata, pengalaman yang diperoleh ketika menguruskan wabak penyakit berjangkit seperti Japanese Encephalitis (JE), Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) dan selesema burung sebelum ini boleh digunakan bagi memperkukuhkan sistem pengawasan. "Kementerian mengambil serius perkara ini dan memberi jaminan negara mempunyai sistem mengesan virus terbabit dengan pantas, mengetahui puncanya dan mengawal penularan," katanya selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Ortodontik Malaysia (MAO), di sini.
nak lagi, klik di sini :
________________________________________________________________
Setiap penciptaan makhluk oleh Allah S.W.T. penuh dengan hikmat yang tersirat dan membawa pengertian yang bermakna. Dan yang pastinya, hikmat penciptaan ini adalah untuk manusia merenungi dan menghayati kebesaran Sang Pencipta yang Maha Berkuasa menguasai sekalian makhluk dan alam untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.
No comments:
Post a Comment