Isu halal-haram takkan pernah berakhir dalam kamus dan diari hidup sebagai Muslim. Yang pasti, persoalan ini akan berakhir apabila tanah dah masuk dalam mulut anak cucu cicit keturunan Adam. Dalam konteks orang Melayu di Malaysia, apabila bab isu makanan Halal, memang pantang. Asalkan ada dengar-dengar cerita pasal terdapat daging BABI @ 6461 dalam makanan,terus siarkan dalam media-media massa dan elektronik. Maka, terkeluarkan segala cadangan penyelesaian dari pak-pek menteri dan pihak yang berautoriti untuk menyelesaikan masalah ini. 1001 penyelesaian dan rungutan dikeluarkan untuk isu ini. Tak kurang pula yang mengeluarkan sumpah seranah, caci maki dan kejian terhadap pengusaha dan penjual makanan yang tidak bertanggungjawab ini.
Sekarang ni di Indonesia, serunding pun mengandungi daging babi. Entahlah, makanan mana pula selepas ni yang akan dicemari dan dinodai daging babi ni.
Pelancong Malaysia ke Indonesia diminta awasi serunding babi
JAKARTA 17 April - Berikutan penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran, seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, pelancong Malaysia terutama yang beragama Islam ke sini perlu lebih berhati-hati.
Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama.
''Sebenarnya tekstur serat babi tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (polymerase chain reaction),'' kata Ketua BPOM, Husniah Rubiana Thamrin, seperti dipetik akhbar tempatan, Republika, hari ini.
Jenama-jenama itu ialah:
1. Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
2. Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran sebuah syarikat fiktif/palsu)
3. Abon/dendeng sapi asli cap A.C.C.
4. Dendeng sapi istimewa merek Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
5. Dendeng sapi Istimewa No. 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
1. Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
2. Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran sebuah syarikat fiktif/palsu)
3. Abon/dendeng sapi asli cap A.C.C.
4. Dendeng sapi istimewa merek Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
5. Dendeng sapi Istimewa No. 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
Husniah berkata, satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda 'halal' yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) manakala pengeluar lain pula menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya.
Umat Islam yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak- anak yang sukakan roti berisi serunding, boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda daripada warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut.
MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.
MUI juga dilaporkan mengesyaki label halal itu palsu tetapi jika benar, ia akan ditarik balik dan pengeluarnya akan didakwa.
Persatuan pengguna di sini pula mendesak pengawasan lebih ketat kerana khuatir produk makanan siap saji itu sudah dipasarkan meluas.
Tidak dapat dipastikan sama ada produk itu telah dieksport ke Malaysia secara besar-besaran tetapi di kalangan pelancong Malaysia, serunding dan daging salai tempatan memang digemari untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. - BERNAMA
1 comment:
Ingat Serunding PTD tadi.
Hahaha...
Post a Comment