
Hari jadi Kabupaten Bogor dan Kota Bogor diperingati setiap 3 Jun , kerana apabila 3 Juni 1482 merupakan hari penobatan Prabu Siliwangi sebagai raja dari Kerajaan Pajajaran.
Bogor sekian lama dijadikan pusat pendidikan dan penelitian pertanian nasional. Disinilah pelbagai lembaga dan balai-balai penelitian pertanian nasional berdiri. Institut Pertanian Bogor yang telah ditubuhkan sejak awal abad ke-20 telah mengharumkan nama Bogor hingga ke luar negara.

LOKASI : Kota Bogor terletak di antara 106°43’30”BT - 106°51’00”BT dan 30’30”LS – 6°41’00”LS serta mempunyai ketinggian secara purata minimum 190 meter, maksimum 350 meter dengan jarak lebih kurang 60 km dari ibu kota Jakarta.
Kota Bogor mempunyai keluasan wilayah 118,5 km² dan mengalir beberapa sungai yang permukaan airnya jauh di bawah permukaan dataran, iaitu: Ci5 Liwung, Ci Sadane, Ci Pakancilan, Ci Depit, Ci Parigi, dan Ci Balok. Topografi yang sedemikian menjadikan Kota Bogor secara semulajadi bebas daripada bahaya banjir.
Kota Bogor bersempadan dengan kecamatan-kecamatan dari Kabupaten Bogor sebagai mana berikut:
Utara: Kecamatan Sukaraja, Bojonggede, dan Kemang
Timur: Kecamatan Sukaraja dan Ciawi
Selatan: Kecamatan Cijeruk dan Caringin
Barat: Kecamatan Kemang dan Dramaga
IKLIM : Kota Bogor mempunyai ketinggian dari permukaan laut pada minima 190 m dan maksima 330 m disebut Kota Hujan dengan keadaan cuaca dan udara yang sejuk dengan suhu udara secara purata setiap bulan adalah 26°C dan kelembaban udaranya lebih kurang 70%. Suhu terendah di Bogor adalah 21.8°C, yang kerap berlaku pada bulan Disember dan Januari. Arah mata angin waktu-waktu ini dipengaruhi oleh angin monsun. Bulan Mei sehingga Mac dipengaruhi angin Monsun Barat dengan arah mata angin 6% terhadap arah Barat.
SEJARAH : Dari aspek sejarah, Bogor dikenalpasti sebagai tempat berdirinya kerajaan pertama yang dikenali di Indonesia sebagai Kerajaan Hindu Tarumanegara di abad ke-5. Kemudian, beberapa kerajaan lain juga memilih untuk bermukim ditempat yang sama kerana daerah pergunungannya yang tinggi membuatkan lokasi ini mudah untuk dijadikan pusat pertahanan daripada ancaman serangan di samping pada masa yang sama adalah daerah yang subur.
Di antara prasasti-prasasti yang ditemukan di Bogor adalah tentang kerajaan-kerajaan yang silam, salah satu prasasti tahun 1533, menceritakan kekuasaan Raja Prabu Surawasesa dari Kerajaan Pajajaran, salah satu kerajaan yang paling berpengaruh di pulau Jawa. Prasasti ini dipercayai memiliki kekuatan ghaib, keramat dan dilestarikan hingga sekarang.
Pada tahun 1744, Gabenor Jeneral Gustaaf Willem baron van Imhoff terpesona akan kedamaian sebuah kampung kecil di Bogor (Kampung Baru), sebuah wilayah bekas Kerajaan Pajajaran yang terletak di hulu Batavia (Betawi). Van Imhoff mempunyai perancangan untuk membangunkan wilayah tersebut sebagai daerah pertanian dan tempat peristirahatan bagi Gabenor Jeneral.
Setahun kemudian, pada tahun 1745, Van Imhoff menggabungkan 9 daerah (Cisarua,
Sebagai sebuah stesyen yang berlokasi di bukit yang penting pada masa penjajahan Belanda, kota Bogor pada abad ini berkembang sebagai daerah yang terdiri dari Kebun Raya Bogor dan Istana Bogor. Pusat-pusat perekonomian mulai tumbuh di sekitarnya. Nama Bogor diambil dari salah satu spesies palma. Dari kota ini dapat terlihat Gunung Salak, Gunung Pangrango dan Gunung Gede.
Sumber : "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Bogor"
1 Dalam pembahagian pentadbiran, Indonesia terdiri daripada Provinsi, yang diketuai oleh seorang Gabenor. Provinsi masing-masing dibahagi kepada kabupaten dan kota. Ketika ini Indonesia mempunyai 33 provinsi.
2 Kabupaten merupakan sejenis daerah di Indonesia yang diketuai oleh seorang kepala daerah yang digelarkan bupati. Kabupaten, bersama-sama dengan kota merupakan pecahan daripada provinsi.
3 Kecamatan adalah sebuah pembahagian pentadbiran negara Indonesia di bawah Daerah Tingkat II. Sebuah kecamatan diterajui oleh seorang camat dan dipecah kepada beberapa kelurahan. Dalam bahasa Inggeris kata kecamatan seringkali diterjemahkan kepada sub-district.
4 Dalam konteks autonomi daerah di Indonesia, Kelurahan adalah unit pemerintahan yang terkecil dalam hierarki pentadbiran kabupaten atau kota. Walaupun setaraf dengan desa, ia memilik kuasa yang lebih terhad kerana desa bukanlah bawahan kecamatan dan justera ini, tidak merupakan sebahagian hierarki pentadbiran kabupaten atau kota. Dalam perkembangannya, sebuah desa boleh ditingkatkan statusnya menjadi sebuah kelurahan.
5 Sungai
4 Dalam konteks autonomi daerah di Indonesia, Kelurahan adalah unit pemerintahan yang terkecil dalam hierarki pentadbiran kabupaten atau kota. Walaupun setaraf dengan desa, ia memilik kuasa yang lebih terhad kerana desa bukanlah bawahan kecamatan dan justera ini, tidak merupakan sebahagian hierarki pentadbiran kabupaten atau kota. Dalam perkembangannya, sebuah desa boleh ditingkatkan statusnya menjadi sebuah kelurahan.
5 Sungai
Sumber lain :
3.http://masjidkotabogor.com/
No comments:
Post a Comment