
Dewasa ini, perkembangan industri halal telah berkembang dengan pesatnya samada di dalam atau di luar negara. Perkembangan yang pesat ini didorong oleh tahap kesedaran yang tinggi di kalangan umat Islam di seluruh dunia tentang penggunaan logo halal bagi barangan umat islam. Sebagai natijahnya, pelbagai program telah diadakan oleh pihak-pihak tertentu contohnya, Konvensyen Halal, Halal Showcase, World Halal Forum, National Halal Forum dan banyak lagi adalah semata-mata untuk menyediakan satu platform atau medium kepada pengusaha halal mengetengahkan produk mereka diperingkat yang lebih global. Di samping itu program-program tersebut juga dapat memberi informasi terbaru kepada pengguna tentang perkembangan industri halal di peringkat dunia. Oleh yang demikian, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang merupakan satu badan yang diberi kuasa untuk mengurus pensijilan halal di negeri ini, juga tidak ketinggalan akan turut mengadakan program Karnival Halal Kelantan 2008 buat kali ke4 bagi memastikan para pengusaha dan pengguna halal negeri Kelantan tidak ketinggalan dengan arus perkembangan industri halal. Dengan tema “CAKNA HALAL MEMBAWA BERKAT”, ia akan berlangsung dari 20 hingga 26 Rejab 1429H/ 23 hingga 29 Julai 2008 bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi ,
Sekretariat KarnivalD/A IPPJ Sdn Bhd,Tingkat 25, KOMTAR,80000 Johor Bahru,Johor Darul Ta'zim
sumber : http://www.halalkelantan.com.my/?lang=my&cat=1&id=1&mnu=1
No comments:
Post a Comment