Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Friday, May 30, 2008

Thursday, May 29, 2008

Kerajaan Be eNd 'rampas' kuasa raja-raja Melayu?



The mandate to set up HDC was mentioned by Prime Minister, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, on 31 March 2006 at the tabling of the motion for the Ninth Malaysian Plan, 2006 – 2010 (Plan). During the tabling, the Prime Minister announced that “To leverage on Malaysia’s advantages in the Halal sector, particularly in terms of certification and logo recognition, the Plan will drive the sector’s growth in making Malaysia an international hub for Halal products and services. The Halal Industry Development Corporation will be established to develop this industry in a holistic and orderly manner.”


HDC was established on 18 September 2006 (after 5 - 6 moths) to co-ordinate the overall development of the industry with its main focus being the development of Halal standards, audit and certification, capacity building for Halal products and services as well as to promote and facilitate growth and participation of Malaysian companies in the global Halal market.


HDC spearheads Malaysia’s vision to develop Halal as a powerful market force, bringing the benefits of Halal products and services to both Muslims and non-Muslims throughout the world. Malaysia has the potential to become the leading World Halal Hub and gather the global industry under a unified umbrella that can take the Halal business to higher levels.





HDC ambil alih tugas pengurusan Sijil Halal JAKIM


Semua tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).


Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa penyerahan secara rasmi tugas itu kepada HDC dibuat di ibu pejabat JAKIM di Putrajaya pada 17 April lepas disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi . Namun, katanya, soal keseragaman undang-undang halal dan semua persoalan mengenainya akan dilakukan dengan kerjasama JAKIM.


Wan Mohamad berkata semua 163 pegawai JAKIM yang bertanggungjawab mengendalikan ujian secara saintifik dan Islamik masih diberikan tugas untuk meneruskan kerja mereka walaupun selepas urusan itu diambil alih oleh HDC.


1. "Dengan pengambilalihan tugas ini juga bermakna HDC turut bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal Malaysia termasuk bagi produk dari negara luar yang menggunakan logo Jakim," - Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim (sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.aspy=2008&dt=0430&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_07.htm&arc=hive)


2. "Langkah memberi hak pensijilan kepada badan-badan selain badan berkenaan lebih-lebih lagi kepada pihak yang cenderung menjaga kepentingan ekonomi semata-mata dikhuatiri akan mengundang keraguan. Dan hal ini dihuatiri akan membawa implikasi yang serius terhadap kepentingan umat Islam. Semua pihak khususnya kerajaan wajar berhati-hati dalam mengambil langkah berhubung perkara ini. Ini kerana, isu halal dan haram dalam makanan melibatkan integriti, darah daging serta maruah umat Islam. Sehubungan itu, kami berharap supaya sebarang langkah yang diambil untuk mengubah bidang kuasa yang melibatkan hal ehwal Islam termasuk dalam isu pensijilan halal ini dipandang serius dan ia wajar dibantah Pengesahan status sesuatu produk mestilah dilakukan oleh badan-badan Islam yang ada autoriti tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan - Dr Roslan Mohd Nor, Setiausaha Agung PUM (sumber : http://www.e-ulama.org/Berita/Default.asp?mode=0&ID=230)


3. "Kerajaan merampas secara tidak langsung kuasa raja-raja Melayu dalam soal pentadbiran urusan agama. Perkara tersebut berlaku apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Halal Industry Development Corporation, mengambil alih tanggungjawab persijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Soal pengesahan dan persijilan halal hakikatnya berada di bawah tanggungjawab majlis agama negeri-negeri yang diketuai Raja-Raja Melayu. Majlis agama negeri-negeri telahpun bersetuju bahawa Jakim menjadi badan tunggal yang mengeluarkan sijil halal. Hari ini, HDC rampas kuasa raja-raja Melayu. Bila HDC diperbadankan, bilakah akta untuk memperbadankan HDC dibentangkan. Apakah status HDC? Betulkan ia (sebuah perbadanan) atau (hanya) syarikat?" - Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS (sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14417&Itemid=28)


4. "...I am not saying that all this is haram or that there is wrong doing here, but the PM - HDC - PM's dear brother Ibrahim - Temasek link will have a lot of people edgy and will have great serious repercussions on Malaysia's Islamic finance aspirations." - rocky's bru (sumber : http://rockybru.blogspot.com/search?q=hdc)


5. "Apabila undang-undang yang sedia ada terlalu “lemah” dan tiada “kehebatan” , pihak -pihak yang terbukti bersalah akan membayar denda atau kompaun dan esok mengulangi kesalahan atau langgar lagi undang-undang yang sama. Tiada kesudahan.Inikah caranya negara kita bercita-cita untuk menjadi pembekal dan pengeksport produk atau makanan “halal” - halal hab. Rakyat dalam negara sendiripun hilang keyakinan tentang kehalalan produk makanan yang terdapat dalam negara." - Dr Halimah Ali, N45 (sumber : http://drhalimahali.wordpress.com/2008/04/29/kehalalannya-diharamkan/)



6. "Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) is set to step up its development and promotional activities at the national and international levels under its 2008-10 Strategy & Action Plan recently approved by its board of directors. The strategy & action plan will help realise the objectives of the industry's masterplan which aims to drive the industry's contribution to the national economy in terms of export value, job openings and value added ." - Datuk Jamil Bidin, CEO HDC (sumber : http://www.hdcglobal.com/v4/MediaCentre/archives_page.asp?newsID=23)


7. "Bidang kuasa Jakim yang terhad menyebabkan penguatkuasaan sukar dijalankan sehingga gagal menyerlahkan komitmen Jakim untuk menghapuskan keraguan umat Islam di negara ini. Amat bertepatan jika kerajaan menggubal akta halal dan haram yang merangkumi semua aspek berkaitan penganugerahan sijil halal dan kuasa penguatkuasaan kepada semua pihak yang berkenaan." - Datuk Dr. Maamor Osman, SUA PPIM (sumber : http://www.halalguide.org/Keraguan_logo_halal.html)




HDC ambil alih peranan JAKIM?




KUALA LUMPUR, May 27, 2008 22:24 PM (Bernama)


The government said the move to give the responsibility of issuing the Malaysian Halal certificate to the Halal Industry Development Corporation (HDC) was important as it was intended to expand the adoption of the certificate to other countries such as Argentina and Brazil.


Deputy Finance Minister I, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah said this was important as both the countries were among the best quality producers of beef in the world market."The transfer of the halal certification duty from Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) to HDC was intended to help in the promotion, marketing and holding of exhibitions on halal products and services at the international market," he said.


"The government cannot look at the strength of the halal certificate in the context of the country alone. It can be brought outside the country," he said."For an example, we know that Argentina and Brazil are among the best producers of meat in the world but the halal certificates issued by these countries are said not to be acknowledged by some countries.


"The government sees this as important for getting to expand the use of the Malaysian Halal certificate," he said at the Dewan Rakyat Tuesday.


To avoid any confusion (?), the government decided that only one body should monitor the development of the halal industry, he said."This is an issue of rationalisation as we are now looking into specialisation as when placed under HDC, the certification will be more efficient as HDC is an agency of economy," he said.


The promotion of Halal Malaysia involves a difficult ISO system and HDC is capable of carrying it out, he said.HDC, established on Sept 18, 2006 as a private company fully owned by the Ministry of Finance, was recently given the responsibility of issuing the Malaysian Halal certificate, taking over the function from Jakim.-- BERNAMA


Sunday, May 25, 2008

temubual bersama Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM)

BAB halal-haram sentiasa menjadi topik perbincangan umat Islam terutama produk industri makanan kerana ia akan menjadi darah daging manusia. Berikut adalah hasil temubual wartawan UTUSAN MALAYSIA, MOHD. RADZIMOHD. ZIN dan jurufoto, BAIZURA HARUN bersama Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr.Yaakob Che Man pada 6 Mac 2007 bagi mengulas mengenai kedudukan industri halal negara.

*UTUSAN MALAYSIA: Apakah status industri makanan halal negara?*
*PROF. DR. YAAKOB:* Salah satu objektif Pelan Induk Pembangunan Ketiga(IMP3) 2006-2020 adalah menjadikan Malaysia sebagai hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan halal. Malaysia mempunyai kelebihan dalam pembangunan industri halal kerana kita adalah negara Islam moden yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka. Selain itu, negara mempunyai infrastruktur fizikal dan institusi yang berupaya menyokong inisiatif dan program bagi membangun serta mempromosi industri ini. Masyarakat Islam sering keliru kerana ramai yang beranggapan produk halal ini hanya makanan sahaja. Sebaliknya, industri ini termasuk sektor perkhidmatan seperti logistik, pembungkusan, penjenamaan dan pasaran. Ia juga meliputi produk farmaseutikal, dandanan diri dan kosmetik, kewangan dan sebagainya. Pada tahun 2005, saiz pasaran dianggarkan berjumlah RM1,371.6 per kapita untuk perbelanjaan makanan halal bagi 26.1 juta rakyat Malaysia dengan saiz pasaran sebanyak RM21.2 trilion. Industri ini melibatkan operasi 'ladang ke meja'. Ini mewujudkan hubungan baru dalam rantaian nilai terutama logistik, pelabuhan, perkapalan, penghantaran, kemudahan pengendalian dan gudang. Semua ini kini muncul sebagai bidang yang menguntungkan dalam pasaran halal global.

Bagaimanakah keupayaan negara dalam mengeluarkan sijil halal kepada bahan-bahan pemprosesan bagi tujuan komersial?
Pelbagai negara pengeluar dan pengeksport makanan utama sedang mengambil inisiatif mendapat keuntungan daripada potensi pertumbuhan pasaran global terhadap produk dan perkhidmatan halal. Mereka tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran produk dan perkhidmatan halal tetapi juga persijilan halal. Malaysia adalah negara yang membangunkan sistem persijilan yang kukuhberasaskan standard MS1500:2004. Ia dibangunkan oleh Jabatan StandardMalaysia dan diwartakan pada Julai 2004. Ia diiktiraf oleh banyak negara termasuk negara di bawah Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri bermuafakat mengeluarkan sijil halal kepada perniagaan yang mematuhi standard tersebut. Prosedur Jakim ini adalah sistem yang mantap dan memenuhi semua aspek pengeluaran makanan dan sejajar dengan standard lain yang dibangunkan oleh negara luar.

Adakah perlu negara mempunyai pusat khas atau badan yang mengesahkan status halal sesuatu produk?
Setiap negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam wajib mempunyai pusat dan badan khas bagi mengesah dan memantau pengeluaran dan pemasaran produk halal. Ini bagi mengelakkan sebarang anasir yang mencemar kandungan produk tersebut terutama dari segi perlabelan dan nutrisinya. Kita sewajarnya menjadikan ayat 168 surah Al-Baqarah sebagai pemangkin untuk menghasilkan produk halal lagi baik. Rasulullah s.a.w juga bersabda, "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya." (riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim). Selain itu, pusat sebegini boleh dijadikan tempat rujukan kepada syarikat bagi mengesahkan kandungan sesuatu produk sebelum boleh dipasarkan.

Adakah negara sudah cukup persediaan dari segi kepakaran tenaga dan kelengkapan untuk pengesahan status halal ini?
Negara masih kekurangan dari segi sumber manusia, teknologi dan kewangan dalam bab ini. Oleh itu, IPPH berperanan menyelidik dan membangunkan teknik supaya lebih berkesan untuk mengesan kehadiran komponen haram seperti lemak dan daging khinzir dalam makanan. Beberapa teknik telah dibangunkan dan antara kaedah yang sedang dibangunkan ialah kaedah instrumentasi, kaedah pengesanan berasakan DNA dan kaedah kromatografi. Proses menaiktaraf dan peningkatan perlu bagi mewujudkan makmal yang mempunyai akreditasi pengesahan halal di seluruh negara. Dalam masa yang sama, kita perlu menjalin kerjasama dengan badan berkaitan untuk mencari pendekatan yang lebih praktikal, tepat, cepat dan mengikut peredaran masa. Sebab itu, adalah penting para ulama fikah dan ahli sains duduk semeja bagi mencari titik pertemuan dalam agama dan sains untuk produk halal ini. Kalau kita rujuk semula kepada halalan thoiyiban (halal lagi baik), halalan itu adalah merujuk kepada aspek agama contohnya dari segi penyembelihan dan penyediaan. Thoiyiban ini pula melibatkan ilmu sains seperti makanan itu tidak mengandungi bahan merbahaya seperti asid borik atau ganja dan lain-lain. Ini juga penting dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam terutama di kalangan para saintis. Setakat ini, kita telah membangunkan beberapa kaedah saintifik pengesahan produk halal.Makan dan minum yang halal adalah isu utama bagi orang Islam.

Sejauh mana ketepatan pemeriksaan status halal yang diguna pakai setakat ini?
Prosedur pemeriksaan status halal Jakim adalah mantap. Walaupun terdapat pelbagai tuduhan yang kurang manis dilemparkan kepada Jakim, sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam bab ini, saya mempertahankan Jakim. Malah, mereka telah melakukan yang terbaik selama ini. Yang menjadi kelewatan dalam mengesahkan produk halal ialah ketiadaan kepakaran dan makmal oleh Jakim. Ini menyebabkan mereka bergantung kepada pihak lain seperti Jabatan Kimia untuk mendapatkan keputusan analisis. Bagaimanapun, Jakim dan badan berkaitan kini dalam proses penambahbaikan dan memantapkan lagi dari segi input dan analisis. Jakim dan Jabatan Standard Malaysia juga dijangka akan mengumumkan standard halal yang baru berkaitandengan produk dandanan diri dan kosmetik halal sedikit masa lagi. IPPH membantu dengan membangunkan beberapa teknik pengesanan menggunakan Spektroskopi Penukaran Fourier Inframerah, Hidung Elektronik, KalorimeterImbasan Pembe zahan dan teknik biologi molekul iaitu Tindakan BerantaiPolimerase (PCR) dan Enzyme Linked Immunorsorbant Assay (ELISA).

Sejauh mana hendak memahamkan pengusaha bukan Islam dalam aspek kandungan dan pengendalian halal. Ini kerana fahaman mereka halal cuma tidak mengandungi arak dan khinzir?
Tanggapan tersebut memang betul. Itulah yang selalunya berlaku apabila kami mengadakan perbincangan dengan orang bukan Islam. Malah di kalangan orangIslam pun ada yang tidak memahami bab ini dengan baik. Masalahnya, hampir 90 peratus pengeluar makanan negara adalah bukan Islam. Pendek kata, kesedaran tentang kandungan dan pengendalian makanan halal oleh golongan ini masih belum menyeluruh. Contohnya, bukan Islam menganggap makanan halal adalah selain khinzir sedangkan terdapat banyak isu seperti ekstrak dari haiwan itu digunakan dalam industri makanan seperti gelatin, enzim untuk menghasilkan keju dan minyak dalam coklat. Bagi masyarakat Islam pula, alkohol semuanya haram. Walhal bukan semua alkohol haram. Yang memabukkan sahaja adalah haram. Tapai yang kita makan itu pun ada 8 peratus alkohol tetapi ia bukan haram. Kita akan mempunyai peralatan untuk menganalisis alkohol dan kajian terperinci akan dibuat untuk menangani permasalahan ini. Sebab itu adalah penting untuk ulama terutama yang mengeluarkan fatwa dan ahli sains sama-sama berbincang agar seia sekata dalam hal ini. Lagi pun banyak perkara sains disebut dalam al-Quran.

sumber : http://www.mail archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg07430.html

Halal agenda as one of the core element in IMP3

Food Industry To Be Expanded Under IMP3, Emphasis On Halal Food
KUALA LUMPUR, Aug 18 2006 (Bernama)

The food processing industry will be expanded and diversified towards making Malaysia a regional food production and distribution hub, with particular emphasis on halal products, under the third Industrial Master Plan (IMP3).

It is the government's objective to make Malaysia the global halal hub for the production and trade in halal goods and services, said the IMP3 report released by the Ministry of International Trade and Industry here Friday, said.

It is envisaged (future posibility) that by 2008 (?)Malaysia will be the centre for the production and distribution of halal products and service, the reference on the halal standard and research and development (R&D) base for halal matters. The halal industry covers food, non-food products such as pharmaceuticals and cosmetics, as well as services, including logistics, tourism and marketing.

The report said that to expand Malaysia's food processing industry, the government would also upgrade human resource and technology, enhance R&D, undertake the production and export of high-value added and niche products, and adopting quality standards. Targets have been set on investments and exports for the industry, with total investments set at RM24.6 billion for the entire IMP3 period, or RM1.6 billion per annum.

Meanwhile, exports are targeted to grow at an average annual rate of 7.8 per cent to reach RM24.2 billion by 2020, the report said. It said that since the food industry was less vulnerable (easily influenced) to economic changes, with global retail sales in food products expected to grow at an annual rate of 4.8 per cent to US$6.4 trillion in 2020, Malaysia will need to take advantage of this trend to become the regional food processing hub, especially for the global Muslim markets. Three main factors identified to drive the demand for food products are changes in disposable incomes, changes in consumer demand and global trade liberalisation.

The report said growth areas that have been identified are convenience foods, functional foods, food ingredients and related support services. As for halal food, global market value for trade in halal food and non-food products are estimated at US$2.1 trillion annually. The report said that 11 strategic thrusts have been set for the development and promotion of Malaysia as the global halal hub. These include 1. enhancing awareness on Malaysia as the centre for halal products, 2. managing the competition, 3. leveraging upon outward investments to gain access to raw materials, 4. enhancing R&D and 5. developing halal services. Others are 6. utilising and leveraging Malaysian halal standard, 7. ensuring quality and safety, 8. undertaking systematic development of halal parks, 9. harmonising certification process, 10. enhancing coordination and 11. strengthening institutional capacity.

However, the report said that there are several challenges that needed to be addressed in order for Malaysia to become a regional food production and distribution hub, such as insufficient supply of raw material, technology and product development, quality and safety and market access. To overcome this, the government has set seven strategic thrusts, which include ensuring availability of raw materials supply, expanding and diversifying food processing activities and promoting the growth of targeted areas. Others are enhancing sectorial linkages and support services, intensifying R&D, enhancing competitiveness overseas, strengthening human resource development as well as institutional support and delivery systems.-- BERNAMA

sumber : http://web5.bernama.com/events/imp3/?type=no&id=214739

* Apa agaknya perkembangan industri Halal di Malaysia? Harapan ambo agar industri Halal ini berkembang dengan tersusun dan berstrategik dengan bimbingan dan pimpinan kumpulan ulamak dan ilmuan Islam yang benar-benar diakui kredibiliti mereka, bertqwa kepada Allah agar salah satu agenda Ummah yang amat besar ini dapat dijayakan dengan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah. Janganlah urusan yang besar ini hanya dikaut dan dimonopoli oleh golongan tertentu yang hanya mahu mengaut untung & habuan dunia yang sementara dan berasaskan urusan perniagaan semata-mata. Yang kita mahukan, untung di dunia dan untung di akhirat.

Thursday, May 22, 2008

Fatwa Mengenai Kaedah Thoracic Stiking Dalam Sembelihan Haiwan





Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam




Oleh : Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Tarikh Keputusan : 29 September 2005



TArikh Muzakarah : 29 September 2005 hingga 29 September 2005



Ahli-ahli Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa kaedah Thoracic Stiking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-sarat berikut:



(i) Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus keempat-empat urat Mari', haklum dan wadajain);



(ii) Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna(complete bleding) atau selepas 30 saat penyembelihan berlaku;



(iii)Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah Thacis Stiking hanya sekadar membantu mempercepatkan kematian; dan(iv) Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.



MS 1500:2004

Standard Malaysia berkenaan Makanan Halal (MS 1500:2004)


Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2004) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal.

Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasuk JAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISC I di dalam sistem ini.

Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.

Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama.

Pada masa hadapan, adalah diharapkan agar Standard Malaysia (dokumen rasmi Kerajaan) akan dipromosikan di luar negara dan diiktiraf oleh negara-negara lain atau blok seperti Amerika, Eropah, China dan negara-negara ASEAN, dll.


MS 1500 : 2004 HALAL FOOD PRODUCTION, PREPARATION, HANDLING AND STORAGE GENERAL GUIDELINES (FIRST REVISION)

• The standard was developed by the Technical Committee on Halal Food under the authority of the Halal Standards Industry Standards Committee.

• It describes the practical guidelines for the food industry on the preparation and handling of halal food (including nutrient supplements) and to serve as a basic requirement for food product and food trade or business in Malaysia.

• This standard should be used together,

1. MS 1480, Food safety according to hazard analysis and critical control point (HACCP) system.
2. MS 1514, General principles of food hygiene.


• Chapter 3 of the standard covers a few definition such as syariah law, halal food, najs, slaughtering including competent and Islamic authority.


• Chapter 4 of the standard details out the requirements covering
1. Source of halal food and drinks
2. Slaughtering process
3. Product processing, handling and distribution
4. Equipments and utensils
5. Hygiene issue
6. Packaging


• Including also annexes on,
1. Use of stunning in slaughter
2. Mechanical slaughter
3. Washing and ritual cleansing methods


source :
1. http://www.halal.gov.my/corporate.php?ID=115&parent_id=79
2. http://www.halalsquare.com/HalalSquare/homepage/MS1500.html

Hukum Mengenai Stunning Haiwan



Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Oleh : Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Tarikh Keputusan : 29 September 2005
Tarikh Muzakarah : 29 September 2005 hingga 29 September 2005

(i) Kaedah stunning jenis Petetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan

(ii) Hanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:a. Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner)b. Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; danc. Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.

(iii)Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat;a. Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan; dan. Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.

(iv) Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan
tersebut.

source : http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=175






[Al Baqarah, Ayat 168]




O mankind! Eat of what is lawful and good on the earth, and do not walk in Satan's footsteps, for he is an open enemy for you.




No. 1
- Narrated 'Umar bin Al-Khattab: "I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for." (Sahih Bukhari)






kit pengesan daging babi (dalam makanan)