Jenis-Jenis Kesalahan Pensijilan Halal Malaysia
i. Kebersihan premis
ii. Kebersihan peralatan
iii. Kebersihan pekerja
iv. Kebersihan persekitaran (tiada kawalan kebersihan yang baik)
v. Tiada kawalan makhluk perosak
vi. Lain-lain kesalahan berkaitan kebersihan dan sanitasi
vii. Pengendali makanan tidak mendapat pelalian anti Thyphoid
viii. Memasak/membawa masuk makanan/minuman lain ke kawasan pemprosesan
ix. Gagal mengemukakan dokumen yang dikehendaki semasa pemeriksaan
x. Perubahan/penambahan pengeluar bahan ramuan yang mempunyai sijil pengesahan halal tanpa memaklumkan secara bertulis kepada JAKIM/JAIN/MAIN
TINDAKAN:
Pemegang Sijil Pengesahan Halal (SPHM) akan diberi amaran dan arahan/tindakan pembetulan atau mengambil tindakan sebagaimana yang diarahkan.
1.2 KESALAHAN BESAR iaitu kesalahan yang melibatkan perkara berikut:
i. Perubahan/penambahan pembekal/pengeluar bahan ramuan yang tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM atau JAIN/MAIN atau badan pensijilan halal yang diiktiraf
ii. Menggunakan logo halal Malaysia pada produk yang tidak terdapat di dalam SPHM
iii. Pemalsuan sijil halal atau penyalahgunaan logo halal Malaysia
iv. Memberi pinjam/serah sijil pengesahan halal asal kepada premis atau syarikat lain
v. Mengubahsuai maklumat yang terdapat pada SPHM
vi. Menukar atau menambah bahan ramuan yang telah diisytiharkan di dalam borang permohonan tanpa kebenaran bertulis daripada JAKIM/JAIN/MAIN
vii. Tiada pekerja Muslim warganegara Malaysia sekurangkurangnya 2 (dua) orang di kawasan pemprosesan/dapur
viii. Mengguna dan mempamerkan sijil pengesahan halal yang tamat tempoh
ix. Alat atau unsur penyembahan agama terletak di kawasan pemprosesan/dapur
x. Terdapat haiwan lain berkeliaran di dalam kawasan premis
xi. Terdapat pekerja tinggal di dalam kawasan premis
xii. Tidak mematuhi mana-mana piawaian halal Malaysia yang berkaitan
xiii. Gagal mematuhi arahan pembetulan kesalahan kecil
TINDAKAN:
Pemegang SPHM akan dikenakan tindakan penggantungan SPHM bagi mendapat keputusan Panel Pengesahan Halal.
1.3 KESALAHAN SERIUS iaitu kesalahan yang melibatkan hukum syarak dan aspek teknikal seperti berikut:
1.3.1 Kesalahan yang melibatkan hukum syarak:
i. Pengesahan status tidak halal terhadap produk/bahan ramuan/peralatan oleh autoriti agama
ii. Penggunaan bahan ramuan tidak halal setelah memiliki SPHM
iii. Penyimpanan antara bahan ramuan halal dengan tidak halal di dalam satu tempat yang sama
iv. Penyimpanan produk halal dengan tidak halal di dalam satu tempat yang sama
v. Perkakasan/Peralatan yang digunakan bercampur aduk antara halal dan tidak halal
vi. Memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihan atau tidak sempurna mati
vii. Penggunaan stunning sehingga menyebabkan haiwan mati atau hayat mazbohah
viii. Membawa masuk bahan tidak halal ke premis atau syarikat yang telah mendapat SPHM
1.3.2 Kesalahan yang melibatkan aspek teknikal:
i. Perpindahan premis/kilang tanpa memaklumkan kepada JAKIM
ii. Perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa memaklumkan kepada JAKIM
iii. Penyembelih dan checker tidak memiliki tauliah/surat kebenaran menyembelih
iv. Penyembelih dan checker menggunakan tauliah/surat kebenaran menyembelih tamat tempoh
v. Penggunaan stunning tidak mengikut standard yang ditetapkan
vi. Stunner dikawal oleh pekerja bukan Muslim
vii. Menggunakan bahan terlarang yang dikuatkuasakan di bawah Akta/Undang-undang berkaitan
TINDAKAN:
Pemegang SPHM boleh dikenakan tindakan ditarikbalik SPHM oleh pegawai pemeriksa dan perlu dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad.
(gambar adalah hiasan semata-mata)