Pages

Topik pilihan/Selected topics

6461 (9) JAKIM (12) daging (16) fatwa (3) kembara (12) koleksi (7) pensijilan (16) renungan (9) seminar (8)

Thursday, May 7, 2009

PESTA HALAL DINODAI “SPEAKER HARAM”





"Speaker ini haram", selagi Speaker ada di sini, Speaker ini adalah
“haram" dan Perak ada Speaker “haram."
- http://malaysiakini.com/news/103763

Don’t try this at home! Jangan sangka ada yang terbeli speaker radio second-hand, atau ada yang menggunakan speaker curi. Akan tetapi, inilah hakikat yang telah berlaku dalam kekecohan seawal permulaan Persidangan DUN Perak yang bermula hari ini, 7 Mei 2009.


Al kisahnya hari ini ambo telah ke Matrade Exhibition Convention Centre (MECC) di Jalan Duta. Bukan saja jalan-jalan makan angin, tapi diminta untuk menjadi Pempamer (Exhibitor) bagi acara tahunan negara Malaysia tercintaku, Malaysia International Halal Showcase atau nama glamornya MIHAS. MIHAS ini telah diperkenalkan sejak tahun 2004 dan ambo dah ikuti acara sejak 2005 lagi, tapi waktu tu cuma jadi pelawat (Visitor). Sejak semalam lagi, rakan sekerja ambo dah bagi tag nama untuk masuk ke tempat pameran, hari ni hari kedua MIHAS berlangsung. Berat juga nak pergi, tapi memandangkan ambo ada ada kepentingan dengan syarikat, maka dengan kepaksarelaannya ambo melangakahkan kaki ke sana (Dengar katanya PM baru dengan slogan “Al-1Malaysia Al-******a” nak datang rasmi). Jom kenali MIHAS. http://www.halal.com.my/intro.asp



Hari ni, jam jam 9.15 pagi ambo bertolak ke sana bersama Pengarah (Director) Syarikat. Memandangkan projek Halal Food Park ambo dikhaskan di booth HDC, ambo dok melepaklah kat situ. Kebanyakan staf HDC ni muka-muka baru (bukan sebab banyak makan tempe yer) berbanding kunjungan pertama ambo ke pejabat HDC yang lama di Pusat Bandar Damansara. Sekarang ni dah pindah ke Damansara Utama dan staf pun dah bertambah dalam anggaran 150-200 orang (dulu seingat ambo tak sampai 50 orang pun, ada peningkatan ni. Harapannya, kualiti kerja pun meningkat).

Pada ambo, pada acara MIHAS ini, kita banyak didedahkan dengan syarikat-syarikat pengeluar produk Halal yang bukan sahaja merangkumi produk makanan, bahkan kosmetik, IT, mesin pemprosesan, bahkan sarung tangan Halal pun ada. Bak kata orang, “Macam-macam ada”. Tapi semestinya, bagi pengunjung-pengunjung MIHAS ni, terutama pelajar (student) sudah pasti MIHAS ini menjadi suatu pesta mencuba makanan Halal pelbagai rasa, dari dewan ke dewan. Mana taknya, dah pameran pun dah nama Halal, mestilah semua produk yang dipamerkan dan dijual adalah Halal..jeng..jeng..jeng…

Dalam pukul 10.30 pagi sementara menunggu PM baru kita ni singgah kat booth HDC, dari jauh kelibat pancaran-pancaran flash kamera yang memfokus pada seseorang, VIP agaknya. Bila makin dekat, baru ambo tahu rupanya KM yang datang. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng ropanye. Semakin hampir dengan ambo, semakin nampak keramahan dan sifat rendah diri beliau. Rupa-rupanya booth Kerajaan Pulau Pinang sebelah HDC jer. Tak putus-putus orang ramai bersalaman, bertanya khabar, mengambil gambar, yang tengok jer dan macam-macam lagilah, tak tahulah kalau ada yang terlopong. Apa lagi, ambo pun ambil kesempatan juga untuk merakam gambar kenang-kenangan bersama beliau. Terima kasih YAB. Hidup Pakatan Rakyat!



Dalam pukul 11.30 pagi, Pengarah ambo inform ambo pasal maklumat terbaru dari Perak (Dia ni penyokong Pakatan Rakyat, siap langgan SMS Suara Keadilan lagi). Katanya, sidang Dun Perak kecoh, MB non Halal (adik beradik haram) dan awak-awaknya dah melantik Speaker Haram. Katanya Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah dah tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN namun belum dapat masuk ke dewan untuk merasmikan majlis pembukaan persidangan DUN. Di saat berlangsungnya dan berderetan acara Halal bermula World Halal Forum dari 4 hingga 5 Mei, diikuti World Halal Research pada 7 dan 8 Mei dan MIHAS dari 6 Mei hingga 10 Mei, masih ada produk haram dikeluarkan di persidangan DUN Perak hari ini, Speaker Haram!. Ayuh, siapkan jentera! Apa lagi yang ditunggu-tunggu, siapkan kerahan bala tentera JAKIM(?),HDC, PPIM, KPDN HEP, IMP,KKM dan semua jentera HALAL. Kita gempur DUN Perak. Jangan lupa bawa bersama logo Halal, kita kembalikan kepada yang berhak! Jangan biarkan “pesta” Halal dinodai speaker “Haram” dan seumpamanya.

kit pengesan daging babi (dalam makanan)